Sunday, February 26, 2012

Najib akui BN pernah buat kesilapan di Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui kerajaan BN ada membuat sedikit kesilapan pada masa dulu hingga menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong mereka.

NONENamun katanya, BN kini sudah insaf daripada kesilapan sebelum ini dan juga memohon maaf kepada rakyat di Selangor.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya dipetik Bernamapada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di Pelabuhan Kelang, hari ini.

Sehubungan itu, Najib juga dipetik Bernama sebagai berkata Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Dakwanya, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.

Bernama
 bagaimanapun tidak melaporkan sama ada Najib ada menyatakan kesilapan-kesilapan BN itu dan di bawah Menteri Besar manakah perkara itu berlaku
.

Malaysiakini

Ulasan...  
Buat silap bukan di Selangor sahaja malah di semua negeri di Malaysia....

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2