Friday, March 2, 2012

AG pulangkan kertas siasatan NFC kepada polis

Orang ramai yang mengikuti perkembangan skandal National Feedlot Corporation (NFC) perlu menunggu lebih lama lagi kerana Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Menurut laporan The Star Online, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata AG mahu siasatan lanjut dijalankan terhadap kes tersebut, tetapi tidak menyatakan mengapa kertas siasatan itu dipulangkan kepada polis.
NONESebelum itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mendedahkan bahawa pihak polis telah mencadangkan supaya AG mendakwa Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail (kiri) - suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, atas tuduhan pecah amanah.

Dalam reaksinya, NFC menegaskan bahawa kenyataan Syed Ismail sebagai "pra-matang" kerana siasatan masih dijalankan.

Manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pula dilaporkan berkata bahawa keputusan mengenai apa-apa tuduhan terhadap individu yang dikaitkan dengan NFC, akan diputuskan oleh Peguam Negara.



MALAYSIAKINI


Ulasan


Polis dah buat siasatan dan serah pada AG ...... AG tolak....... polis bagi balik siasatan.....  AG tolak ....... Polis fedup....... kes terus disenyapkan........ Begitulah skrip dan derama tersebut akan berkesudahan tanpa diambil tindakan....

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2