Monday, November 18, 2013

ISU BIAYAI JET ROSMAH DIPERSOALKAN.

 Kerajaan hari ini dipersoalkan bertalu-talu oleh beberapa wakil rakyat pembangkang di Parlimen hari ini dalam isu pembiayaan kerajaan terhadap jet eksekutif swasta dalam lawatannya ke Qatar awal bulan ini oleh isteri perdana menteri, Rosmah Mansor

Mereka mempersoalkan sama ada Rosmah diperuntukkan keistimewaan itu berdasarkan peraturan kerajaan.

Menjawab soalan tersebut, Shahidan (kanan) menjelaskan lawatan tersebut diluluskan kabinet.

Mendengar kenyataan itu, MP Gombak, Azmin Ali berdiri dan mendakwa kelulusan itu mengandungi elemen konflik kepentingan kerana perdana menteri sendiri mengetuai kabinet.

MP Sepang, Hanipa Maidin turut bangkit dan mendakwa perdana menteri boleh didakwa di mahkamah jika beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur dalam membuat keputusan yang melibatkan konflik kepentingan.

Diasak bertalu-talu, Shahidan tidak menjawab kedua-dua pertanyaan tersebut.Beliau hanya menjelaskan yang ada perkara tertentu dalam mesyuarat jemaah menteri kabinet bersifat rahsia dan tidak boleh didedahkan.

Beliau juga menegaskan yang lawatan yang dilakukan Rosmah adalah demi kepentingan negara.

Malaysiakini

1 comment:

pak Samsul said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m

BERITA DARI BLOGGER 2