Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Adakah kedua-dua tertuduh itu melakukan pembunuhan wanita Mongolia atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain. Pada saya ini lah soalan utama yang harus diselesaikan kerana jika mereka ni diarahkan oleh sesaorang .... SIAPAKAH ORANGNYA.. (mungkinkah seperti yang kita dimaklumkan). Dan orang ini tentunya mempunyai hubungan dengan Altantuya.
Apakah hubungan kedua dua yang dituduh dengan Altantuya ??? .masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan gadis Mongolia tersebut.
Bagi rakyat biasa tentunya pembunuhan dengan cara meletupkan dengan C4 diarahkan oleh sesaorang yang amat berkuasa.
Kenaikan Mendadak Harga Diesel Sehingga Lebih 100 Peratus Dalam Tempoh Dua
Minggu Disifatkan Sesuatu Yang Tidak Pernah Berlaku
-
*TEMERLOH:* Bekas Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Stesen Minyak
Malaysia, Datuk Mohd Rofaie Hamdan mendakwa kenaikan mendadak harga diesel
sehingga...
10 hours ago
No comments:
Post a Comment