Monday, May 25, 2009

1 Malaysia - 2 Perak

Sekali baca tajuk diatas macam keputusan bola sepak. Malaysia 1 dan Perak 2. Tentunya Perak yang menang. Maksudnya bukan begitu .....


Satu Malaysia diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah memberi rakyat satu misi bagi memajukan negara secara bersama.Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik dan perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa
Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.

.... Macam cakap orang merapu aje Najib ni ... macam pernah dengar dulu dulu ...seolah konsep ciplak ....


2 Perak pula bermaksud dua Menteri Besar satu Menteri Besar dipilih oleh rakyat dan satu lagi Menteri Besar dipilih oleh mahkamah. Selain itu di Perak juga mempunyai dua Speaker satu speaker yang dilantik oleh rakyat dan undang-undang Tubuh Negeri dan satu lagi speaker baru yang dilantik dengan cara haram. Di samping itu ada dua juga setiausaha DUN satu yang telah dipecat yang masih merasakan dirinya Setiausaha DUN dan seorang lagi yang dilantik baru oleh speaker. Konsep 2 Perak ini.

Ada lagi .....


Malaysia dibawah pemerintahan BN/UMNO yang memPerdana Menterikan Najib telah kalah 1 kali diMahkamah Tinggi dalam kes Zambri lwn Nizar manakala Perak yang berMenteri Besar Nizar kalah 2 kali dimahkamah rayuan. (iaitu mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi mengistiharkan Nizar MB dan mengistiharkan YB Nizar bukan MB Perak )


.

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2