Thursday, May 28, 2009

Pusat membeli belah Jaya Supermarket Runtuh

28/05/2009 9:22pm

PETALING JAYA 28 Mei –

Seorang buruh warga Indonesia maut, manakala enam lagi dikhuatiri tertimbus apabila bangunan lama pusat membeli belah Jaya Supermarket setinggi enam tingkat di Seksyen 14 di sini runtuh ketika kerja-kerja mengubah suai dilakukan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed,

kejadian dipercayai berlaku pukul 4.45 petang ini.

“Seramai 150 pegawai dan anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela dikerahkan ke tempat kejadian.

“Dua daripada mangsa sudah diselamatkan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala enam lagi dikhuatiri tertimbus,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat dijalankan menjurus kepada kawasan di mana posisi mangsa-mangsa yang tertimbus dikenal past

Operasi mencari dan mengesan enam mangsa yang tertimbus dalam runtuhan pusat beli belah Jaya Supermarket di Seksyen 14 di sini masih diteruskan sehingga malam ini.

Sehingga pukul 9 malam ini, seorang buruh warga Indonesia yang meninggal dunia dalam runtuhan itu dikenali sebagai Maskor, 28.

Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Suriono, 31, dan Salleh, 48. Suriono kini dirawat di Wad Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala Salleh dirawat sebagai pesakit luar.

Ketika kejadian, dianggarkan terdapat 20 hingga 30 orang pekerja warga Indonesia berada di bangunan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan kren serta jentera untuk memantau runtuhan kecil di tapak bangunan enam tingkat itu.

“Pasukan mencari dan menyelamat hanya akan memasuki kawasan bencana setelah keadaan disahkan selamat,” katanya. – Utusan

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2