KUALA LUMPUR - Kepayahan ramai warga kota untuk membayar tol di laluan tunai pada waktu puncak dirasai sendiri oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor (gambar kecil) yang terpaksa menunggu 15 minit sebelum dapat membuat bayaran di Plaza Tol Jalan Duta semalam.
Shaziman yang memandu sendiri kereta Proton Perdana V6 dalam kempen turun padang, mengikuti barisan sepanjang 100 meter di plaza tol itu pada pukul 8.45 pagi, hanya dapat melepasi kaunter tol 15 minit kemudian.
"Barisan saya tak sampai 100 meter, itupun sudah kena tunggu hingga 15 minit tetapi kalau sampai satu kilometer pasti pengguna menunggu satu jam, bayangkan berapa banyak masa dibazirkan,'' ujarnya kepada pemberita semalam.
Cadangan kepada Menteri.
Untuk mengurangkan kesesakan atau menghapuskan kesesakan lalu lintas di TOL adalah amat mudah. Kajian perlu dibuat kenapa ada kesesakan. Suruh consultant yang besar buat kajian dan lapurkan pada kementerian dan bayar pada mereka jutaan ringgit untuk kajian tersebut. Tentunya kajian mereka sudah tentunya terperinci.
Tetapi jangan terkejut pada perenggan penutupnya dan cadangan. Konsultan akan mencadangkan:
1. Meruntuhkan pondok pondok TOL dan menjadikan ruang rehat dan rawat.
2. Menghapuskan TOL maksudnya semua lebuh raya dari utara ke selatan dan dari timur ke barat adalah bebas dari TOL.
Senangkan .... semua pasti gembira ..... konsultant gembira (dapat duit buat kerja) .. peniaga pun gembira kerana dapat berniaga di bekas bekas pondok TOL dan akhir sekali pemandu kenderaan paling gembira ... perjalanan lancar ... tol tak kena bayar ...

No comments:
Post a Comment