Sunday, March 27, 2011

Tidak Tahan Sebab Tidak Cukup Bukti - Ketua Polis Negara

Sepasukan empat pegawai dan anggota Bahagian Kawalan Filem (BKF), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Cawangan Negeri Sembilan telah menyerbu sebuah kedai di kompleks beli-belah Terminal1 kerana disyaki menjual permainan komputer berunsur lucah dalam bentuk cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) kepada pelanggan termasuk golongan remaja.

Dalam serbuan itu, penjaga kedai, seorang remaja lelaki berumur 17 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) kerana disyaki mengedar filem lucah.

Sementara itu berhubung dengan pengedaran/menayangkan video lucah oleh Dato' T, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah ditanya berhubung laporan bahawa mereka telah pun ditangkap.

"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti,"

Ulasan,

Kalau video nya dah dapat dan telah pun diserahkan apa bukti lagi yang diperlukan untuk disabitkan kesalahan mengedar/memiliki video lucah. Mengapa tidak ditahan untuk siasatan lanjut seperti kes diatas???

Kenapa pula sekarang malu atau takut orang gelakkan polis. Sebenarnya rakyat dah lama gelakkan polis. Tak kan tak tau ...

Tak kan tak cukup bukti lagi. Kalau kurang boleh lah cari bukti lain ..... macam tak biasa pulak.... Tllam dan bantal boleh di usung ke mahkamah sebagai barang bukti.
Macam tak biasa pulak ....

3 comments:

Anonymous said...

Bravo Zulu...
Ingatlah janjix ALLAH.Takutlah pada ALLAH bukan pada manusia.

Anonymous said...

bukti dah cukup klear , lagi ada tape pulak dan telah ditayang pulak.
Aku tak faham lah.

Anonymous said...

Untuk Anon 10:27 saya ucapkan, "Selamat datang ke realiti sistem kehidupan dan sistem keadilan di Malaysia sekarang."

BERITA DARI BLOGGER 2