Saturday, March 28, 2009

Dato Seri Dr Rais Yatim Tidak Akan Letak Jawatan

Saya tak berhasrat letak jawatan: Rais

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berhasrat mengikut jejak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Luar selepas tidak terpilih sebagai Naib Presiden dalam pemilihan Umno, semalam.


Beliau berkata, walaupun keputusan seseorang menteri yang tidak berjaya dalam pemilihan partinya untuk meletak jawatan adalah suatu prinsip yang sangat mulia, namun banyak aspek perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.

"Prinsip ini memang lumrah di dunia luar, dan di Malaysia jarang sekali berlaku tapi kita harus menghormati pandangan beliau (Shahrir).


"Namun saya masih berharap agar Shahrir tidak meninggalkan jawatannya sebelum bermuafakat dengan Perdana Menteri akan datang iaitu Datuk Seri Najib Razak," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai keputusan Shahrir hari ini yang meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet selepas kecundang dalam saingan menganggotai Majlis Tertinggi (MT).

Rais berkata apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara rasminya meletak jawatan, menteri di bawah pimpinan Abdullah secara teknikalnya turut dianggap letak jawatan.

"Apabila Perdana Menteri letak jawatan, semua menteri-menterinya dianggap meletak jawatan, ini adalah intepretasi konvensional sistem Westminster.

"Ini ialah prinsip yang diamalkan dan ia sejajar dengan prinsip tanggungjawab bersama. Sama ada ia dipatuhi atau tidak, ia terserah kepada seseorang menteri berkenaan," katanya. - Bernama

P/S Rugi lah letak jawatan kan . Siapa nak bagi bersamaan gaji menteri.... Apa yang penting poket tak kosong ,, Letak jawatan nanti tak berduit pulak...

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2