Tuesday, March 24, 2009

Zambry tak terkejut pencalonan Nizar

Zambry tak terkejut pencalonan Nizar

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak terkejut dengan pemilihan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Pas bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.


Zambry berkata, Barisan Nasional (BN) akan menghadapi siapa juga yang dipertaruhkan oleh pembangkang kerana ia adalah pilihan parti berkenaan untuk mencalonkan sesiapa sahaja sebagai calon.


"Pilihan itu adalah hak mereka. Nanti kita akan tengok pandangan rakyat terhadap pilihan mereka itu semasa pilihan raya nanti. Pilihan mereka itu tidak mengejutkan," katanya.


Kerajaan Perak pimpinan pakatan DAP-Pas-Parti Keadilan Rakyat (PKR) tumbang pada awal Februari lalu apabila tiga daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu dua Adun PKR dan seorang Adun DAP keluar meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas serta menyokong kerajaan BN.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang pada satu perhimpunan Pas di Taman Kota Jaya di Taiping.

BN telah menamakan Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang, Ismail Saffian, 49, sebagai calon bagi kerusi itu.

Bagi kebanyakan pihak, pilihan raya kecil Bukit Gantang akan menjadi pengukur senario politik negeri Perak. - Bernama


P/s . Tak terkejut tapi takut .. Takut kerana BN /Umno akan hilang wang deposit

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2