Thursday, April 16, 2009

Speaker Tiada Kuasa Gantung ADUN

Mulai sekarang semua Speaker DUN yang dilantik oleh parti yang memerintah negeri samada dari BN atau PR tiada lagi mempunyai kuasa untuk menggantung mana mana Ahli atas salah laku.

Ini adalah kerana
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan keputusan yang mengejutkan dan tidak pernah berlaku dalam negara kita bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Perak rampasan kuasa, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN.

Kes yang telah diputuskan ini mungkin akan menjadi kes rujukan bagi membuat keputusan untuk membicara kes kes yang serupa pada masa akan datang. Oleh itu mana mana DUN atau MP yang telah di gantung boleh membawa kes ke mahkamah untuk dibicarakan dan pastinya keputusan seperti diatas.

Adakah Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan seperti dibawah ini terlepas pandang semasa membuat keputusan ?

(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.


(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.


(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.


(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.


(5) Walau apa pun Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja berperlembagaan Negeri itu.

Adakah maksud Artikel 72 ini mempunyai pemahaman yang berbeza antara yang mempunyai kepakaran dalam undang undang dengan pemahaman rakyat biasa. Siapakah yang boleh menjawap persoalan ini. ?????

Apa lagi YB Gobind... terpulang pada kamu.

1 comment:

Seladang said...

Sekali air bah sekali pasir berubah, begitulah di Malaysia ini termasuklah mahkamahnya. Kuih itu terbentuk mengikut acuannya! itu pegangan One Malaysia. Kalau Najib nak begini! Beginilah! Kalau begitu! Begitulah!!! Najib bukan bijak tapi berkuasa pada semua dalam Malaysia. One Malaysia! Dengar cakap dan kehendak seorang iaitu Najib!

Kalau tak akur ikut telunjuk one Malaysia - singkir!!!!

Isteri pun one juga! Cuma gundek mungkin banyak!

BERITA DARI BLOGGER 2