Sunday, June 28, 2009

Kelantan secara logiknya berhak nikmati royalti minyak.

Kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, hanya tiga negeri menikmati royalti minyak di negara ini iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Kata beliau lagi , isu royalti itu tidak sepatutnya dibangkitkan Pas kerana minyak itu berada dalam kawasan pertindihan di antara Malaysia, Thailand dan Vietnam dan ia dibuat selaras peraturan antarabangsa yang memerlukan kerjasama antara negara terbabit bagi mengusahakannya serta berkongsi hasilnya.

Jikaalau Menteri sudah berkata bahawa Trengganu layak menerima royalti minyak, satu soalan perlu ditanya. Adakah royalti minyak ini hanya layak kepada negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional kerana apabila PAS memerintah Trengganu, royalti minyak dihentikan dan ditukar bermacam macam cara dan tidak disalurkan kepada kerajaan Negeri Trengganu.


Jikalau perairan tersebut berada di kawasan bertindih tentunya kawasan pertindihan tersebut berada di perairan salah satu negeri di Malaysia dan yang sudah pastinya negeri pantai timur iaitu Kelantan atau Trengganu. Tidak mungkin ia berada di perairan Wilayah Persekutuan Putra Jaya atau Kuala Lumpur.

Dimana keikhlasan Barisan Nasional didalam kes royalti minyak ini ?????


No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2