Thursday, July 2, 2009

Rayuan DS Anwar Ibrahim di Tolak

PUTRAJAYA:Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Hamid Embong membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, pada 5 Mac lalu, yang mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan perintahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan kes liwatnya kekal dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, jelas jaminan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak terbabit dalam kes ini tidak diterima mahkamah.

"Saya tak terkejut dengan keputusan ini dan sudah menjangkakannya. Jelas sistem kehakiman tak banyak berubah.

"Jaminan bekas Perdana Menteri bahawa Peguam Negara tidak terbabit dalam kes ini jelas tak diterima mahkamah," katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, petang ini.

Anwar berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya, S N Nair supaya mengkaji semula alasan ringkas penghakiman hari ini bagi menentukan sama ada semakan kehakiman perlu dibuat.

Sementara itu, Nair berkata, masih terlalu awal untuk memutuskan sama ada pihaknya akan membuat semakan penghakiman keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

"Kita akan kaji alasan ringkas kehakiman rayuan hari ini sebelum langkah selanjutnya diambil," katanya. ........ Berita Harian

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2