Berita tersebar luas, ada Adun BN akan berpaling tadah menyokong Pakatan. Umno buat meeting tergempar. Dan didapati Osman dan Jamal tak hadir.
Maklumat daripada sumber kuat, BN melalui Muhyiddin Yassin akan jumpa dengan Sultan Perak esok untuk dapat perkenan untuk bubarkan DUN.
Maklumat itu juga ada menyebut bahawa Osman ada berjumpa dengan Nizar pada minggu sudah dan beliau memohon maaf sambil menyalahkan Jamal dengan apa yang terjadi di Perak sekarang. Beliau juga turut menyalahkan Jamal atas kesalahan mereka di mahkamah.
Kenapa pula Osman dan Jamal mesti hadhir dalam meeting tergempar Umno. Sejak bila pula dia orang ni masuk Umno. Mereka ini dah jadi ADUN Bebas dan secara lojiknya tiada kaitan dengan Umno.
Cerita bubar DUN ini hanyalah khabar angin. Sudah banyak kali tersebar. Umno tidak akan membubarkan DUN Perak. Sultan Perak sendiri pun tak mahu membubarkan DUN Perak selepas DS Nizar mememohon berkenan. Mana mungkin boleh bubar.
Tetapi apa yang kita sangka tak mungkin berlaku boleh terjadi. Semua dah tahu terutama apabila kes kes tersebut melibatkan Umno/Barisan Nasional.
Kalau benar Mahyuddin mahu mengadap Tuanku Sultan mohon membubarkan DUN dan jika Sultan perkenankan tiada sipa yang boleh menghalang.
Memang lah benar seperti kata Jamal, krisis DUN Perak akibat perbuatan mereka. Krisis ini sebenarnya boleh di atasi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya menerima perletakkan jawatan ADUN yang berkaitan dan seterusnya mengadakan pilihanraya kecil bagi kawasan ADUN berkenaan.
Tetapi biasa lah bagi agensi kerajaan mana mana pun sudah mestinya menyokong Umno. Dimana keuntungan kepada Umno itulah keputusannya. Samada PDRM, SPRM, SPR dan termasuk sebahagian dalam bidang kehakiman semasa membuat keputusan. Kalau tidak disokong atau menyebelah UMNO nanti terlepas pulak gaji beribu ribu ringgit akibat ditukar atau di tamatkan kontrak.
Tetapi kalau betul betul ia dibubarkan sudah tentu berita yang amat menggembirakan bagi rakyat Perak kerana kemelut politik Negeri Perak akan berakhir. Tidak kira siapa yang menang yang pastinya ia keputusan rakyat.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara
Gaza
-
BernamaRakaman video yang dikongsi Hussam memperlihatkan kenderaan tentera
Israel menggunakan peranti robotik, meletakkan kotak berisi bahan letupan
di pin...
52 minutes ago
No comments:
Post a Comment