Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.
Friday, December 23, 2011
Khir Toyo dihukum penjara setahun
Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.
Wednesday, November 2, 2011
Rosmah berlepas ke Arab Saudi - tunaikan Haji sambil shopping
Saturday, October 22, 2011
Harap tarik balik penggantungan.- Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah
Malaysiakini ternampak mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".
Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.
"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.
Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.
Tindakan terhadap pakar itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.
Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Kenyataannya itu mengundang kontroversi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk media yang dikuasai mereka mendakwa tindakan itu cuba memburuk-burukkan institusi raja-raja Melayu sehingga tekanan dibuat bagi beliau digantung tugas.
Najib bayar RM 4.00 Rakyat Bayar RM 6.00 Makanan Yang sama
Namun, apa yang mengejutkan, ada yang mendakwa harga sebenar ‘menu rakyat’ seperti yang didakwa tidaklah semurah yang disangka.
Najib begitu bangga dengan harga makanan ‘menu rakyat’ yang dikenakan padanya.
Dakwa Najib, lauk ‘menu rakyat’ yang diambilnya seperti sepinggan nasi, seketul ayam gorang berkuah kari, kari daging lembu dan acar buah hanya berharga RM4.00.
Namun apa yang sebenarnya ialah, harga RM4.00 yang didakwa Najib itu hanyalah satu pinggan nasi, sepotong ikan goreng, kangkung masak kicap sahaja, tidak pula seperti lauk yang dipaparkan dalam media seperti yang Najib ambil.
Padahal harga sebenar ‘menu rakyat’ yang Najib makan ialah RM6.00 dan itulah rakyat di luar sana perlu bayar. Tidak pula Najib yang mempunyai ‘keistimewaan’ sekadar membayar RM4.00 sahaja dengan lauk yang sama. Untung engkau Najib! Rakyat juga yang terkapai-kapai.
warkah daily
Ulasan . Bagi saja Najib tu makan free lagi baik.... tak usah letakkan harga pada dia...
Monday, October 10, 2011
PKR mahu Khalid disingkir sebagai MB Selangor?
Portal berita AntaraPos.commelaporkan, ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah, akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti melaksanakan tuntutan pimpinan itu.
Bagaiamanapun, difahamkan Wan Azizah enggan berbuat demikian. Tindakan beliau itu sehingga menimbulkan keresahan di kalangan wakil rakyat berkenaan yang semakin tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid.
Memetik beberapa sumber dalaman, AntaraPos.commelaporkan kemelut berkenaan telah mencetuskan krisis dalaman parti yang memberi kesan kepada bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat.
Ini juga dikatakan sedang menghakis peluang gagasan itu untuk mengekalkan kuasa di Selangor pada pilihanraya umum akan datang.
Rungutan utama wakil rakyat PKR terhadap Khalid adalah bahawa prestasi kepemimpinan PKR di Selangor tertinggal jauh berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang.
setrusnya baca DISINI
Malaysiakini
Wednesday, October 5, 2011
POLIS BERSALAH KETIKA MENYURAIKAN HIMPUNAN BERSIH 2.0
Mengulas laporansiasatan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam, dalam satu kenyataan lewat petang ini, berkata anggota polis yang melanggar dan mengengkari peraturan yang ditetapkan itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib polis.
“Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis (SOP) oleh kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut,” kata Mahmood.
Wednesday, September 28, 2011
Mahkamah benar Bersih cabar pengharaman, kes didengar 22 Nov
Thursday, September 15, 2011
"Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.
"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."
A.Samad Said (gambar kanan), atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."
"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.
"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.
"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."
Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.
"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."
"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.
Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.
Melayu dijajah 400 tahun - Kata Ibrahim Ali
Friday, September 9, 2011
DS Najib sebagai semakin lemah akibat tindak tanduk Rosmah
Satu gerakan tersusun yang dinamakan ‘Bersihkan Najib’ di dalam Umno untuk menolak Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan mula dijalankan oleh pihak tertentu di dalam parti itu.
Selain serangan terus terhadap Najib sendiri, gerakan tersebut juga dikatakan banyak menumpukan serangan ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi melemahkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin nombor satu negara.
Antara sebab utama berlakunya penolakan kepimpinan Najib dari dalam Umno sendiri berpunca daripada Najib yang dikatakan gagal mengawal tindak-tanduk isterinya.Najib bukan sahaja nampak lemah dalam beberapa aspek kepimpinannya, imejnya, tapi lebih teruk lagi tindak-tanduk isterinya semakin memberatkan agenda Umno dan Barisan Nasional untuk meraih keputusan yang baik dalam pilihan raya akan datang.
Walaupun Najib dan pemimpin Umno yang lain memang berusaha memberikan persepsi positif di mata rakyat terhadap penglibatan Rosmah dalam urusan kerajaan, orang ramai tetap menganggap sebaliknya.
Dalam isu isteri PM ini, apa yang dilihat oleh ahli-ahli Umno khususnya golongan akar umbi tidak menunjukan apa yang dikatakan oleh Najib mahupun pemimpin-pemimpin Umno sendiri. Lebih menghairankan kebanyakan ahli ahli Umno percaya Najib sendiri sedar kesan negatif dari tindak-tanduk isterinya itu, tetapi malangnya Najib seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa tentangnya.
dari Pena Kusisip blog
Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman Tidak Jujur - Prof Abdul Aziz Bari
Tuesday, September 6, 2011
‘Secara teknikal tidak, pada hakikat British jajah kita’- Aziz Bari:
Saturday, September 3, 2011
Apa Kata TS Mahyuddin Yassin Bila Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera
Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Apakah komen Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri yang kedua-duanya orang Johor berhubung dengan pengiktirafan oleh kerajaan negeri Johor sendiri keatas Mat Indera.?
Selanjutnya baca di SINI
PM bercuti di luar negara pada Hari Kebangsaan?
Kali terakhir, Perdana Menteri dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Beliau hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.
Dalam tweet itu, beliau mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak melupakan perjuangan pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari penjajah.
“Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-54," tulisnya dalam laman Twitter.
Bagaimanapun dengan bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan, Najib menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara.
Thursday, August 18, 2011
Panglima Angkatan Tentera Sangkal Undi Diseleweng
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."
"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.
"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.
Rosmah: Bersyukur dengan keamanan Malaysia
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bersyukur dengan keamanan negara hingga membolehkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding rakyat di beberapa negara asing yang kini bergolak dan dilanda krisis kebuluran.
Wednesday, August 17, 2011
Bekas tentera dakwa mengundi 'sampai lenguh'
Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.
Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.
Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.
Friday, August 12, 2011
MISMAH DITEMUI
Seorang warganegara baru Mismah - yang mencetuskan kegemparan apabila dikatakan mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam - akhirnya ditemui media.
Beliau juga sekali gus tampil menafikan dakwaan mendapat kerakyatan mudah yang dikaitkan dengan dirinya.
"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.
Monday, August 8, 2011
Dr Khir Toyo diarah bela diri
Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terdapat kes prima facie ke atas Khir.
Beliau kemudian menetapkan 26 hingga 30 September ini untuk pembelaan yang dijangka mengemukakan sembilan saksi.
Malaysiakini
Tuesday, August 2, 2011
NAJIB TAKUT DENGAN MIC
Najib bersalaman dengan Palanivel selepas beliau mengumumkan perlantikan Palanivel sebagai menteri penuh di Perhimpunan Agung MIC ke- 65 di PICC di Putrajaya.
Menurut Najib, Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Monday, August 1, 2011
Ku Li ganti Anwar hanya lawak jenaka
KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka. Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia. "Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook. Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu. harakah |
Sunday, July 31, 2011
Musuh Nombor Satu - Raja Petra Kamarudin
Oleh itu, pertama sekali, saya amat berbesar hati bahawa Blogger Umno menganggap saya Musuh Nombor Satu. Ia tidak mudah untuk menjadi Musuh Nombor Satu. Banyak kerja keras perlu dibuat untuk menjadi nombor satu. Lagipun, terdapat berjuta-juta Blogs di luar sana di dunia siber yang bersaing untuk satu nombor.
Ketiga, saya gembira kerana kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat amat membenci sangat kepada saya. Ia tidak mudah untuk mendapatkan kedua-dua belah parti politik untuk membenci anda. Mendapat satu pihak untuk membenci anda dan bahagian lain untuk mencintai anda adalah mudah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya. Tetapi untuk mendapatkan kedua-dua pihak untuk membenci anda adalah tugas yang tidak ramai rakyat Malaysia boleh mencapai.
Keempat, dan perkara yang paling penting sekali, apa yang anda telah dapat semata-mata atas perbuatan anda sendiri. Anda lihat, di Malaysia, anda bersalah sehingga telah terbukti tidak bersalah . Inilah bagaimana kerajaan, Barisan Nasional dan Umno memainkan permainan. Mereka mengaku anda bersalah dan adalah semata-mata peraturan seperti yang ditetapkan oleh orang-orang yang memegang tampuk kuasa.
Dipetik dan terjemahkan dari Malaysia Today dan seterusnya DISINI
Saturday, July 30, 2011
Menteri tidak harus diberi kuasa Tuhan - Professor Shad Saleem Faruqi
Menurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.
"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.
Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai. MALAYSIAKINI
Selanjutnya DISINI
Friday, July 29, 2011
NAJIB BUAT LAWAK BODOH
malaysiakini
Ulasan
Wednesday, July 27, 2011
Wanita berusia 28 tahun membuat ketuk ketampi di Balai Polis - jadi jutawan
Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.
malaysiakini
sila baca diSINI
PENGGUNA INTERNET MENGARAHKAN NAJIB DIAM
Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.
Malah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.
Perkataan “diam lah” turut dicatatakan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.
Tuesday, July 26, 2011
Wajah sebenar pemimpin Umno-BN
Baca seterusnya DI SINI
warkahdaily
Wednesday, July 20, 2011
Mangsa kekejaman polis boleh dakwa kerajaan dan polis – Bekas ketua polis
Lebih dahsyat lagi, tindakan kekejaman kerajaan Umno-BN melalui polis turut membuat sebuan dan semburan air kimia ke arah kawasan hospital dan tempat ibadat.
Bagi bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak, Voon Lee Shan, tindakan itu adalah tidak beradab dari pihak polis.
Dipetik dari Keadilandaily, Voon berkata, semua tangkapan pada hari tersebut sebagai tidak sah, Voon menjelaskan peserta himpunan yang dikasari perlu mempertahankan hak mereka, termasuk mendakwa kerajaan dan polis.
“Sedangkan orang yang bersalah atas dakwaan jenayah pun wajib diberi hak keselamatan dan perlindungan. Apa lagi peserta himpunan aman?
“Kalau orang yang dah berlindung di hospital pun – ditangkap, itu tak beradab. Tak berperikemanusiaan,” kata Voon yang pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Pendakwaraya di Kuching selama 7 tahun.
Beliau menjelaskan, polis selalunya beralasan tindakan mereka dengan tujuan mempertahankan keselamatan dan menguatkuasa undang-undang.
“Tetapi polis perlu ingat, peserta himpunan juga mempunyai hak yang termaktub dalam undang-undang.
“Artikel 10 Perlembagaan Pesekutuan melindungi hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman. Undang-undang itu lebih unggul (superior) daripada Akta Polis yang kononnya digunakan untuk membenarkan tangkapan,” katanya kepada Keadilandaily.
Ditanya mengenai serangan dan tembakan gas pemedih mata terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di KL Sentral, Voon memaklumkan melalui pemerhatiannya, polis tidak mematuhi kaedah standard operasi (SOP)
“Mereka tidak berunding atau memberikan masa. Malah, tembakan amaran yang dilepaskan tak mengikut prosedur yang sepatutnya berjarak masa yang munasabah.
“Ini melampaui batas,. Kerajaan wajib bertanggungjawab atas tindakan mereka,” jelas Voon.
Saturday, July 16, 2011
'Polis bengis macam nak makan saya'
"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.
"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.
Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci"
malaysiakini
Wednesday, July 13, 2011
Perbicaraan Anwar ditetapkan 8 - 26 Ogos in
Tarikh itu ditetapkan olehh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selepas kes itu dibawa untuk sebutan hari ini.
Sebelum prosiding bermula, peguam Anwar dan pihak pendakwa bertemu dua kali dengan Hakim Mohamad Zabidin di kamarnya.
Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula 8 Ogos ini.
6 Julai lalu, Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Mohamad Zabidin sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.
Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.
malaysiakini
Monday, July 11, 2011
5,000 peniaga KL rugi RM100 juta
Menurut Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah, nilai kerugian itu diperoleh daripada anggaran keuntungan RM10,000 setiap hujung minggu bagi seorang peniaga.
Ulasan
1. Mari kita fikir 5000 peniaga rugi 100 juta, jadi satu peniaga rugi rm 20,000 pada hari tersebut kerana tidak dapat jualan sebanyak itu.
2. satu hari je boleh dapat jualan sebanyak rm 20,000 dengan keuntungan sebanyak rm 10,000. bagi seorang peniaga kecil .... Wowwwww banyak tu
3. Satu hari untung RM 10,000... sebulan ada 4 hari ahad dan 4 sabtu... sudah jadi lapan hari .
4. 8 hari rm 10,000 = RM 80, 0000.
5. hari biasa katakan dapat RM 4,000 sehari keuntungan sebanyak 22 hari = RM 88,000
6 Keuntungan keseluruhan ada lah sebanyak RM 168,000 sebulan ....... Tiba masanya LHDN menyiasat .
Keuntungan sahaja sebanyak itu... tak kisah lah .... dah rezeki dia ...tetapi Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah kena lah buat pengiraan bebaik... Rasa macam tak betul je.... Tak kan jual air dan jambu batu boleh untung banyak itu.
Adakah menjual roti canai dan mee goreng boleh dapat banyak itu keuntungan, ?? Dan jual karipap, popeya dan goering boleh ke dapat banyak itu ?????
Kalau nak buat tuntutan buatlah tuntutan kepada Najib / Rosmah atau Hishamuddin kerana dia yang menghalang orang datang ke Kuala Lumpur.
Kementerian dia yang melakukan kekerasan pada orang ramai. Cuba dia benarkan dibuat secara aman berkemungkinan jualan akan meningkat kerana lepas berhimpun mereka makan makan dan membeli belah....
Saturday, July 9, 2011
MAAF BANYAK BANYAK KAMI HANYA MENERIMA ARAHAN
Peserta BERSIH. " Terima kasih kerana bagi kami bom asap dan air pancut."
Ambiga dan Hadi dibebaskan
Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.
Thursday, July 7, 2011
Menteri KDN di Harap Dapat Membezakan Antara Kempen dan Pertubuhan
“Saya berpendapat Bersih bukan sejenis pertubuhan tetapi adalah sejenis kempen,” kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat, Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar).
Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang telah menuduh Bersih adalah sebuah pertubuhan haram.
Atas tuduhan itumaka pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang ceramah-ceramah, menggeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang memakai baju Bersih dan lain-lain lagi.
Suhaizan berkata, dalam Akta Pertubuhan di bawah seksyen 2 akta itu menyatakan bahawa sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal.
Menurutnya, mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kempen pula bermaksud segala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dll) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll) Bersih adalah sejenis kempen untuk menjayakan suatu pilihanraya yang adil dan bersih.
“Kempen ini disingkatkan sebagai Bersih,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, bagi menjayakan kempen itu, maka ditubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh 63 NGO yang diketuai oleh Datuk Ambiga.
Katanya, jawatankuasa kempen ini bergerak keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan bagi mengadakan Himpunan Bersih pada 9hb Julai 2011.
Tambahnya, kempen Bersih adalah seperti Kempen Tak Nak Rokok dan Kempen Kami Benci Dadah.
Jelasnya, kempen-kempen itu dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Luar Bandar, Pemadam, Pengasih dan lain-lain lagi.
Kempen itu, ujarnya tidak memerlukan pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang diwujudkan pada tahun 1966 untuk menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966.
Kempen ini adalah sejenis aktiviti agensi kerajaan dan NGO sahaja. Oleh itu Kempen Bersih adalah aktiviti 63 NGO terbabit.
“Saya berpendapat adalah wajar Menteri Dalam Negeri menarik balik tuduhan Bersihsebagai pertubuhan haram,” katanya.
Baginya, Menteri Dalam Negeri sebenarnya gagal membezakan antara pertubuhan dan kempen.
Oleh itu, ujarnya tuduhan-tuduhan di bawah seksyen 47 dan 50(3), Akta Pertubuhan 1966 yang melibatkan kesalahan menyebarkan bahan-bahan berkaitan dengan pertubuhan haram hendaklah digugurkan dengan segera.
-Harakahdaily
BERITA DARI BLOGGER 2
-
Israel akhirnya mengaku bunuh Ismail Haniyeh - AFPISMAIL Haniyeh. FOTO fail Kementerian Luar Iran / AFP / XGTY / XGTYBaitulmaqdis: Menteri Pertahanan Israel Katz pada Isnin mengakui bahawa Israel membun...1 hour ago
-
Wan Rosdy Harap Melaka International Halal Festival 2024 Buka Peluang Pahang Promosi Industri Halal - *KUALA LUMPUR:* Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 dapat membuka peluang...17 hours ago
-
Artane: Comprehensive Guide to Usage, Benefits, and Side Effects - Understanding Artane: A Comprehensive Guide Artane, also known as trihexyphenidyl hydrochloride, is a medication primarily used to treat the symptoms of Pa...1 day ago
-
The next three years will be critical not only for the Anwar premiership, but also for Pakatan Harapan and DAP - I thank the Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim for relaunching Kee Thuan Chye’s two-volume biography of me and volume 2 of the Chinese translation. I...3 days ago
-
Antara beli kereta Alphard atau hanya menyewa bila diperlukan sahaja: Yang mana lebih baik? - Saya ada seorang kawan yang memiliki sebuah rumah teres di hujung sudut tepi atau biasa disebut ‘corner lot’, maksudnya dia ada kemampuan yang lebih baik d...4 days ago
-
Rosmah’s acquittal: Concrete timeline for AGC-PP Separation needed - JOINT STATEMENT Rosmah’s acquittal: Concrete timeline for AGC-PP Separation needed We the undersigned organisations urge PM Datuk Seri Anwar Ibrahim to ann...4 days ago
-
Kaedah: Jika barang itu menjadi perantara, maka tidak ada riba - Dar Al-Ifta’ Mesir menyatakan bahawa ulama datang dengan hukum fiqh ini, dari firman Yang Maha Esa (واحلّ الله البع وحرّم الرّبوا ) (itu kerana mereka b...5 days ago
-
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016. - Kenyataan Media | 𝗦𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗹 𝗟𝗖𝗦 - 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 Ramai yang terpengaruh dengan naratif mantan P...2 years ago
-
Sidang Nadi Rakyat akan jelajah negeri, daerah – Shamsul Iskandar - Sidang Nadi Rakyat yang buat julung kalinya berjaya dianjurkan di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya hari ini akan diteruskan pada masa hadapan Pengerusi S...2 years ago
-
Nabila Huda, Awal Ashari Tibai Peguam Wakili Siti Bainun. - *SOSMED |* Pergaduhan netizens dengan barisan peguam yang mewakili Siti Bainun nampaknya turut mendapat perhatian golongan artis di negara ini. Pelakon w...2 years ago
-
Ebit Lew Henti Bantuan di Semporna, Dakwa Dihalang ke Pulau - Pendakwah bebas, Ebit Lew hari ini memaklumkan dia terpaksa menghentikan segala bentuk bantuan kepada penduduk di pulau-pulau Semporna, Sabah.Dalam catata...3 years ago
-
Nasihat PM Kepada YDPA Untuk Darurat Adalah SALAH - DSAI Mulakan Semakan Kehakiman! - KENYATAAN MEDIA Semalam, satu permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Dato Seri...3 years ago
-
ADUN Ditangkap Dadah - [image: Image result for adun dengkil] *TANGKAPAN KE ATAS ADUN DENGKIL* Pada 12 Jan 2020, jam 1028, ASP mohamed Salim bin Ahmad Tajudeen - KPB Petaling t...4 years ago
-
BERMULA 11/01/2020 TAMATLAH SUDAH BLOG KEDAHLANIE.INFO - Sesungguh kami sudah berpindah ke link : http://kedahlaniie.blogspot.com4 years ago
-
GENERALISASI MUSLIM MENOLAK PRODUK BUKAN MUSLIM ITU BERSEBAB. - *GENERALISASI MUSLIM MENOLAK PRODUK BUKAN MUSLIM ITU BERSEBAB.* *Muhammad Nuruddin Bashah* Yang bersalah itu DAP, yang biadab menghina Islam, budaya Melay...5 years ago
-
Najib "Ngajing" kepada PH lagi - Hello Nik Nazmi. Saya pinjam, copy dan edit kenyataan lama kamu sekejap. Enam kedai sudah tutup tahun lepas dan dua puluh lagi akan tutup tahun ini tapi Ni...5 years ago
-
SIAPA PENGHASUT SEBENARNYA? - SIAPA PENGHASUT SEBENARNYA? Ehsan Wan Fauzdin SOALAN CEPU EMAS Lantik Anwar sebagai TPM sebelum peralihan kuasa Ehsan Keadilan Daily PERANCANGAN PERLU TPM,...5 years ago
-
PEMBANGKANG TERUS MENGHASUT, KERAJAAN PH TERUS MABUK INKLUSIF! - 1. Semakin hari penyokong Pakatan Harapan (PH) terus dilanda kerisauan, kerana pihak pembangkang khususnya dua parti; parti Totok dan parti Lebai terus men...5 years ago
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak?? - #YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 years ago
-
Mengenal Perbedaan Kopi Robusta dan Kopi Arabika - Salam Ngopi!!! bagi penggemar kopi mungkin sudah tidak asing lagi apa itu Kopi Robusta dan Kopi Arabika, Kopi Robusta dan Arabika dalam klasifikasi ilmiah...5 years ago
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ... - Ramai bertanya kepada saya, latar belakang audio YB Nik Mohamad Abduh (UNA) menerima duit UMNO. Tentu sahaja orang yang hadir sahaja yang tahu latar belaka...5 years ago
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!! - Penganalisis jelaskan kenapa baht Thailand naik mendadak berbanding ringgitRanjit Singh dan Robin Augustin Pakar strategi mata wang berkata, ekonomi Malays...5 years ago
-
Selamat Tahun Baru 2019 - Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri agar ...5 years ago
-
Zaid Ibrahim Terjun Dengan Botol2nya, Biarkan.. biarkan.. - Zaid Ibrahim bukan nama kecik. Dia seorang peguam yg punya firma guaman sendiri kalau tak silap. Dia juga ahli politik yg pernah menganggotai HAMNO. Pena...6 years ago
-
Hukum gemar hisap buah dada - *Suami gemar menghisap buah dada isteri? Adakah suami menjadi mahram kerana menjadi anak susuan isteri jika terminum susunya?* Ikuti soalan dan jawapannya....6 years ago
-
-
Pendidikan bukan perkara main main - Pelaburan untuk pendidikan tidak akan sia sia. Kerajaan perlu serius mengkaji keperluan sebenar masyarakat dalam negara, mengenalpasti apakah ilmu yang di...6 years ago
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya - Saya adalah pembekal bendera murah Pakatan Harapan dan Barangan Kempen Pilihan Raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Hubungi...6 years ago
-
hello blog. - Ini kali lah...! Posting menentang arus itu memang tak popular. Tapi jika posting membodek dan mengampu tetap digemar oran " Jika kita mengejar AKHIRAT, DU...7 years ago
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud. - Assalamualaikum Wrb. Sholat sunnah Tahajjud adalah ibadah yang istimewa. Berbagai keistimewaan dan manfaatnya sangat menakjubkan. Mulai dari ketenangan ba...7 years ago
-
Cheng Boon Ong: Mygration Story: Postcolonial musings from Asia to Europe - United Nations University (UNU-MERIT): "*Our ‘Mygration Story’ series tracks the family histories of staff and fellows at UNU. The aim is to show that man...7 years ago
-
SVille Homestay Ukay Perdana Kuala Lumpur - Teletak di lokasi strategik di pinggir ibu kota, SVille Homestay yang dikelilingi kehijauan alam menggamit kedatangan anda ke sini. SVille Homestay yang ...7 years ago
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru - Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara. Lokasi yang m...7 years ago
-
Berehat sementara ... - dollahyankee - Blog dan team dollah yankee akan berehat buat sementara waktu kerana sedang bermusafir ...8 years ago
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni - Oleh *HARIS ZALKAPLI* Persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam dunia Islam, terutama melibatkan rantau Asia Barat antara Arab Saudi dan sekutu dengan ...8 years ago
-
Pecah Berita Lagi!!! - *MAKAR & MUNGKAR II* Seperti yang di dedahkan sebelum ini akan ada suatu pertemuan sulit untuk satu pakatan mungkar, maka sekitar jam 3 petang 24/08/16 tel...8 years ago
-
Sama tapi serupa!!! - Macam-macam la pemimpin kita hari ini tak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan. Yang terbaru mengenai kes salahguna dana RM100 juta dari Kementer...8 years ago
-
Selfie OK.. Tanya Soalan KO.. - Seorang ahli parlimen DAP bingung mengapa mengambil selfie dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dibenarkan tetapi bukannya mengajukan soa...8 years ago
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...8 years ago
-
Penangkapan Artis NM dan PR atas Kasus Prostitusi - Dunia selebritis kita kembali dihebohkan dengan kasus prostitusi artis setelah sebelumnya terbongkar kasus prostitusi artis yang melibatkan model majalah...9 years ago
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara - Raja-Raja Melayu dipohon bertindak lebih keras dengan memecat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali susul...9 years ago
-
Dasar Jantan Tak Tahu Malu... Kah Kah Kah - Apasal ya beb... semenjak dua menjak ni asalkan saja Ketua Penerang PAS tak kira sama ada Ketua Penerangan PAS Peringkat Kawasan mahu pun Negeri dan leb...9 years ago
-
Tepu - Otak tepu. Masa lapang pun tepu. Sibuk sampai tak sempat fikir tentang blog. Dulu tak macam ni. Mungkin ia kesan penuaan. Nasib baik sedar diri dah tua. Itup...9 years ago
-
PAS, PR,dan DAP 2015 - Setelah PRU 13 dan akan menghadapi PRU 14, tiba2 muktamar ke 61 memecahkan hubungan Pakatan Rakyat Copyright © 2008 Abu Muhammad Haikal! All rights reserved.9 years ago
-
PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS - [image: https://towardsmardhatillah.files.wordpress.com/2010/01/hj-hadi-awang.jpg] Kedudukan pencalonan Presiden Penyandang Tuan Guru DS Abdul Hadi (16...9 years ago
-
JazakAllah Bil Khair hadirmu saudara Islamku. - *بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَ...9 years ago
-
Inexpensive Bedroom Makeover Ideas - I accept a baby bedchamber and charge to makeover it by abacus accessories, lamp, rug, blind and wanna adumbrate those annoyed affairs of cable. I aswell d...9 years ago
-
Lagi Pencalonan Untuk TG Hj Abd Hadi Dan Tuan Ibrahim - PRESIDEN PAS DISAMBUT TARIAN SINGA KUALA KRAU: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan sahaja kekal dicalonkan sebagai Presiden untuk ses...9 years ago
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS? - Sebelum ni kereta Dr. Hatta kena bakar, rumah Hanifa Maidin kena ceroboh dan pintu ofis Zulhazmi disimbah cat, kali ni Dr. Dzul pulak ditumbuk dimuka tim...9 years ago
-
Zambry Kadir mungkir janji dihadapan Al-Marhum Sultan Perak kata Rahamat anak Yok Bek [ Video ] - Janji MB Perak di hadapan Al-Marhum Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pu...9 years ago
-
AWAT TAK SEDIA AWAL2 CALON alternatif? - Aku meronda sakan malam ni. Baca macam2 blog...tiba-tiba terjumpa cite tentang calon alternatif... Ini bukan idea aku..aku copy face je..best jugak... Naib...10 years ago
-
-
Lelaki ini terselamat dari keduadua nahas MH370 dan MH17 - Alam semesta ini turut memberi jawapannya apabila se org lelaki Belanda Marten de Jonge secara kebetulannya terselamat dari kedua dua nahas kapalterbang MA...10 years ago
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio - PRU13 DAP : 27,399 BN : 20,086 Majoriti : 7,313 PRK DAP : 19,919 BN : 20,157 Majoriti : 238 Apah tak ha .. BN dapat tambah 71 undi ato 0.35% je. Mak...10 years ago
-
Kronologi Israk dan Mikraj - Kronologi Israk dan Mikraj (Ambil sedikit masa untuk baca dan kongsikan) 1. Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / peru...10 years ago
-
-
Justice for Mejar Zaidi. - Dah lama saya terfikir untuk menutup saja blog MerahHitam ini kerana ISA telah mansuh dan semua tahanan telah di bebaskan. Namun setiap kali saya ingin be...10 years ago
-
Analisa PRK DUN N.25 Kajang - Ini Keputusan RASMI Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Kajang -: Datin Seri DR. Wan Azizah Wan Ismail (PKR)- 16,741 Undi (-1,445) ...10 years ago
-
Adenan Satem Diumum Ketua Menteri Sarawak Baru - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengumumkan bahawa penggantinya ialah Tan Sri Adenan Satem. Taib mengumumkan demikian selepas beli...10 years ago
-
menilai hudud dengan hati munafik ....hudud tidak berjaya kurangkan jenayah, kata bekas ketua hakim negara tapi wa tengok tak de hudud pun jenayah makin menjadi menjadi bila bagi penampar kat orang lain dah bukan ancaman....!!!! - *kedua duanya syaitan.....maka mahathir adalah sifoonya* *Tun Abdul Hamid Mohamad berkata negara Islam yang melaksanakan hukum hud...10 years ago
-
A MESSAGE FOR ALL - Dear Friends and members Clamouring for the Almighty The ‘Allah’ controversy rages on relentlessly in this beloved land of ours, wreaking havoc to the very...10 years ago
-
Pendekar taik minyak - Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kristian dn di izink...10 years ago
-
GEMPAR!! MAT SABU CALON TAJAAN UTUSAN-UMNO PULAK?? - baru-baru ini Ust Nik Amar yang juga calon timbalan presiden PAS, di katakan mendapat tempat di dalam utusan asbab salah seorang wartawan mereka menulis...11 years ago
-
PRICE CONTROL - Idea dari Pekerja2 PETRONAS,CALTEX kalau betul.....why not try?..... - Azman Yusof about an hour ago via Mobile · this is not scam and hot talking about political issues..just read it..tq.. PRICE CONTROL - Idea dari Pekerja2 P...11 years ago
-
Polemik Kalimah ALLAH - *Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan mereka.....11 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan - Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau se...11 years ago
-
-
AJK PKR Kuala Krau melawati saya - Semalam Abang Haji Dollah dan Kak Zainunayah AJK PKR Cabang Kuala Krau datang melawat saya. Malam ini, Azmi Zainun dan isterinya dan Kin Kasim serta Nyah ...11 years ago
-
PERJUANGAN AKHIR HAYAT SI JEBAT - Setelah Jebat luka di istana ketika berlaku pertikaman dengan Tuah - Maka Tuah pun melangkah turun meninggalkan Jebat dengan keris Pamong Sari ...11 years ago
-
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai - *KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak k...11 years ago
-
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH... - Tuan-tuan hari ini kita sedang berhadapan dgn satu lagi ujian. Banyakkan berdoa, berselawat dan istiqomah. Moga kejayaan di pihak kita, amin...11 years ago
-
22 Hadis berkaitan dengan dosa - 1. Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu durhakai. (HR. Aththusi) 2. Perbuatan dosa mengakibatkan sial terhad...12 years ago
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah - Walau pun PAS pernah memecah kubu UMNO di Terengganu sekitar tahun 60an tetapi tumbang semula dalam masa tak sampai dua tahun. Selepas itu UMNO nampak s...15 years ago
-
-
-
-
-
-