Sunday, March 29, 2009

Dato Seri Khir Toyo Cabar Tan Sri Khalid Bubar DUN

KUALA LUMPUR 28 Mac — Dato' Seri Dr Khir Toyo hari ini mencabar Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor agar membubarkan Dun Negeri bagi diadakan pilihanraya semula di Selangor. Katanya lagi, rakyat Selangor kini makin cerdik dan matang dalam membuat penilaian dan pilihan.

Beliau juga nyata berang dengan usaha Pakatan Rakyat Selangor yang jelas memburukkan namanya dalam isu Balkis sehingga menjejaskan peluangnya untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dipertanding dan diputuskan oleh seluruh perwakilan UMNO kelmarin.

Sambil mengulangi cabaran agar Tan Sri Khalid membubarkan Dun negeri Selangor, Dr Khir menaruh keyakinan dan optimis UMNO dapat merampas kembali Selangor sekiranya pilihanraya diadakan semula dengan telus dan bebas.

-Bernama

Khir Toyo ni dah mabuk tempe agaknya .. Kenapa nak bubarkan Dewan pulak .. Atas dasar apa ???? Dah kalah masa PAU tu diam aje lah ... Atau teringin nak jawatan MB balik ke ..???
K alah tanding Ketua Pemuda salahkan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor pulak..

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2