Monday, March 30, 2009

Nizar cuba 'rampas' majlis BN: Zambry

TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajant anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam.

Perkara itu didedahkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.

"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program lawatan dan memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong, di sini,

Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Beliau berkata, tindakan Nizar itu seperti dirancang dan jelas calon Pas itu sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk berceramah.

"Perbuatan Nizar sanggat menyedihkan dan satu tindakan provokatif.

"Saya percaya beliau, selepas ini tidak teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu.

Berita Harian

P/S Betul ke ni .. Bukan ke Imam Masjid tu yang meminta Nizar menjadi imam ????

Cuba baca apa yang saya ambil Dari anje-online.blogspot.com

"Cerita gembaq rupernyer... Berita hairan tetiba cuba menyeleweng fakta,dato seri nizar dikatakan rampas majlis di masjid simpang awal mlm td.

Hehehe...

aku dah tgk schedule dato seri 2 hari lepas, mmg dato seri ade majlis kt situ...

Hampeh berita hairan online ni...

Cerita sebenaqnya, majlis tu memang majlis Dato Seri Nizar, clash ng Majlis depa kat Masjid Simpang...

Memang betui depa mai dulu, Dato Seri sampai ja teriuh duduk, mai kat imam masjid tu jumpa dato seri dan offer untuk jadi imam... tanpa banyak cakap Dato Seri teriuh jer mengimamkan solat maghrib tu... sebelum tu imam duk umum yang kat orang ramai sapa lagi yang ada masa solat tu...

adalah 3 orang besaq pembangkang(BN) duk belakang dato seri tuk solat sama...

lepaih solat tu, imam pulak umum nak bagi dato seri nizar taskirah barang 2 minit... tapi dihalang oleh jawatan kuasa masjid...

tu yang sebenaq yang terjadi...

hampa adjust la fahaman hangpa...
asai yang betui jadi fakta...
yang tak betui jadi auta...
"

http://anje-online.blogspot.com/2009/03/cerita-gembaq-pulak.html

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2