TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajant anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam.
Perkara itu didedahkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.
Komen orang ramai.
Dari
http://politikbanjar.blogspot.com/
Ikut jadual wak hari ini, wak dah bagitau Ajijoi di Ipoh, tentang hasrat nak buat sidang video dengan imam tersebut lepas solat Asar di masjid berkenaan. Kantoi plak ! Bila dengar maklumat terkini, iman dah ke KL...nampaknya kena tunggu lagi !
Apa pun sahabat wak Anak Sengat lebih cepat keluar sengat dengan membawa catatan terkini dibawah. Jom baca apa imam itu kata.. Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara bekas Menteri Besar yang juga Calon PAS-DS Ir. Nizar Jamaluddin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taiping... Cantikkk !
Imamnya adalah sahabat baik saya...! Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di Taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
" Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..
beliau bercerita... Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin.
Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa )
Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyiddin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam. Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya ustaz MPT-Hoi..biar betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz).
Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat "wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah.
Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.
Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah...lepas ni mungkin kena pecat le ana...Beliau menghabiskan cerita.
Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya. Kesimpulan : Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu. Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu.
Dari
http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/
Jam 8.30 malam, Stesen Maya 1 menerima sms daripada jemaah maghrib Masjid Simpang memberitahu Dato' Seri Nizar dijemput oleh imam bertugas untuk menjadi imam solat Maghrib. Di antara makmum dalam saf pertama ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin, Dato' Zambry Kadir dan calon BN Ismail Sapian. Petugas Stesen Maya 1 kemudiannya memeriksa jadual aktiviti Dato' Seri Nizar yang diberikan oleh pegawai khasnya dua hari yang lalu. DS Nizar memang dijadualkan hadir ke Masjid Simpang untuk solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah pada 29 Mac. Sejurus kemudian Stesen Maya 1 menerima email memberitahu kisah itu telah diterbitkan dalam sebuah akhbar online utama lidah UMNO dengan tajuk 'Nizar cuba rampas majlis BN : Zambry'.
Berikutan itu Stesen Maya 1 menghubungi dan menemubual 3 orang penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:
1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan. 10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta. 11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain.
Dari
Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha! Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi. Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama. Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun. Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO. UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan. Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi. Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana. Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang. http://anje-online.blogspot.com/2009/03/cerita-gembaq-pulak.html
"Cerita gembaq rupernyer... Berita hairan tetiba cuba menyeleweng fakta,dato seri nizar dikatakan rampas majlis di masjid simpang awal mlm td.
Hehehe...
aku dah tgk schedule dato seri 2 hari lepas, mmg dato seri ade majlis kt situ...
Hampeh berita hairan online ni...
Cerita sebenaqnya, majlis tu memang majlis Dato Seri Nizar, clash ng Majlis depa kat Masjid Simpang...
Memang betui depa mai dulu, Dato Seri sampai ja teriuh duduk, mai kat imam masjid tu jumpa dato seri dan offer untuk jadi imam... tanpa banyak cakap Dato Seri teriuh jer mengimamkan solat maghrib tu... sebelum tu imam duk umum yang kat orang ramai sapa lagi yang ada masa solat tu...
adalah 3 orang besaq pembangkang(BN) duk belakang dato seri tuk solat sama...
lepaih solat tu, imam pulak umum nak bagi dato seri nizar taskirah barang 2 minit... tapi dihalang oleh jawatan kuasa masjid...
tu yang sebenaq yang terjadi...
hampa adjust la fahaman hangpa...
asai yang betui jadi fakta...
yang tak betui jadi auta... "
2 comments:
saya nak keluar paper gak la.. kalau depa kata nizar rampas majlis, tajuk saya zambry rampas perak dan suara rakyat
salam,
nak minta pendapat anda...
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
mohyidin bodoh? mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
abis pungutan duit poket die?
fakta telah beritahu..
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html
Salam BR
Terima kasih layari blog saya
Apa kata Muhyiddin tu ada perkara yang tersembunyi didalamnya.
Yang disembunyikan nya sebagai TPU adalah kekecewaannya kerana kekalahan BN di PRK di Semenanjung. Jadi sebagai mengubat kekecewaan tsbt itulah katanya.
Ini sama dengan " the fox and the sour grape".
Musang melompat lompat untuk mendapatkan buah anggor tetapi tak dapat.. akhirnya dia berkata ' tak dapat tak apa ..ni anggur masam .
Sekian wassalam
Post a Comment