Sunday, May 10, 2009

Keputusan Mahkamah Esok - YB DS Nizar lwn Zambri


Ramai orang berpendapat bahawa keputusan mahkamah berhubung dengan kedudukan MB Perak sudah dijangka. YB DS Nizar akan kalah dalam kes ini.

Sememangnya kalau diikut rekod rekod yang lepas isu politik Perak tidak menyebelahi Pakatan Rakyat tetapi berpihak kepada Umno/BN. Kes ADUN yang telah meletakkan jawatan, kes Speaker dan kes penggantungan Zambri oleh Speaker semuanya tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Sehinggakan perkara yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan segala keputusan di dewan Undangan Negeri sepatutnya tidak boleh dipertikaikan oleh mana mahkamah pun boleh diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan. Apatah lagi kes yang melibatkan kesahihan antara 2 Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan.

Oleh itu bila 2 MB memohon untuk mahkamah membuat peristiharan yang mana Menteri Besar yang sah sudah tentunya kita sedia maklum akan keputusannya.


Walau apa pun keputusan oleh Mahkamah Tinggi pihak yang kalah sudah tentunya membuat rayuan dan kemelut krisis Negeri Perak tidak akan berakhir semudah itu kecuali mengembalikan kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya.

1 comment:

PenaKiri said...

Saya menyeru agar semua pemimpin dan rakyat menerima keputusan mahkamah walau sesiapapun yang diputuskan sebagai MB.

Jika PR kalah, sila beri laluan kepada BN. Lawan lah lagi pada PRU 13 nanti.

Apa yang berlaku sekarang, bila BN menang, Mahkamah tak adil, bila PR menang, mahkamah adil. Bila kita setuju untuk mahkamah buat keputusan, maka kita perlu terima keputusan tersebut. Walau bagaimanapun rakyat adalah mahkamah sebenar.

Harapan saya agar keputusan esok akan mengembalikan keamanan politik kepada Perak sekurang -kurangnya sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti.

http://penakiri.blogspot.com/2009/05/esok-penentuanya.html

BERITA DARI BLOGGER 2