Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Happy Mother's Day kepada semua blogger berstatus IBU.

Kepada yang masih ada ibu (emak) berdoalah untuk kesejahteraan ibu bukan untuk hari ini sahaja tetapi setiap saat dan ketika.

Aku dah tiada mak kandung. Emak ku pergi secara mengejut kerana serangan angin akhmar. Malah emak mertua pun dah tiada. Kedua duanya telah pergi meninggalkan aku. Adik beradik emak yang perempuan semua sudah pergi . Kepada siapa lagi aku hendak panggil " ibu atau emak" Ada emak tiri dah berpisah pulak dengan ayahku.

Aku masih terkenang dengan ibu atau emak ku . Kadang kadang dengan tidak sengaja aku menjerit memanggil " mak !!!!!!!" Aku rindukan emak .. aku teringatkan masakan emak .. Terutama sambal tumis ikan bilis nya yang aku anggap paling sedap dalam dunia. Ini lah yang selalu dibekalnya apabila aku kembali keasrama dan ini juga yang dimasaknya apabila aku balik kekampung setelah bekerja bersama sama dengan lauk lauk lain kegemaranku.. seperti ikan keli masak lemak cili padi padahal dia sendiri pun tak makan ikan keli tersebut.

Tiga hari iaitu pada hari Rabu sebelum emak ku "pergi," dia meneleponku sambil bertanya samada aku balik kekampung minggu tersebut. Aku kata aku akan kekampung. Emakku seterusnya berkata " kalau balik kampung dan jika emak tiada, sambal ikan bilis bersama lauk lauk lain emak akan masak kan.. makanlah. " Aku tidak menyangka perkataan " jika emak tiada" tu bermaksud dia akan mengadap Allah. Aku ingatkan tentunya dia pergi ke pertunangan sepupuku pada hari sabtu.

Memang aku balik pada hari Sabtu jam 1.oo tengah hari. Tapi apa aku lihat orang ramai diperkarangan rumahku. Setelah dimaklumkan aku terkedu dan sebagai orang lelaki dan anak yang sulung aku cuba menyorokkan kesedihan.

Setelah menatap emakku dan membaca Surah Yassin aku kedapur dan menjengok dibawah tudung saji. Aku dapati sambal tumis kegemaranku dan lauk lauk lain telah tersedia. Aku meraung .... sehingga ditenteramkan oleh saudara maraku .. Itulah kenangan ku semasa pemergian emakku. Emak ku meninggal kira kira jam 12.30 hari.

Saudara mara ku agak terkejut bagaimana aku boleh balik ke kampung dalam masa 1/2 jam selepas emak ku meninggal. Aku duduk di Ipoh manakala kampung di Bangi yang mana perjalanan antara kedua tempat mengambil masa 3 1/2 jam. Sebenarnya aku memang dah berjanji dengan emak ku untuk balik ke kampung pada hari tersebut.

Itu hanya sedikit pengorbanannya. banyak lagi yang tidak dapat ku luahkan mungkin sama macam ibu ibu lain dalam membesarkan anak anaknya. Hanya aku sedikit terkilan.. kejayaanku tidak dapat aku kongsi bersama emak... Emak pergi dulu semasa aku baru meniti ketangga kejayaan. Terima kasih emak (ibu).... terima kasih mak .... terima kasih mak

2 comments:

Seladang said...

Ibu ku sudah tiada! Aku hanya menumang kasih ibu mertuaku. Dia kerap menegur aku dan aku menerima tegurannya seperti menerima teguran ibuku dulu - kini usiaku 60 tahun.

Pak Lubis said...

setidak tidaknya masih ada ibu mertua.. aku semua sudah tiada.

BERITA DARI BLOGGER 2