Saturday, May 16, 2009

Protes Aman 2 Warganegara Malaysia


Seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat dari Pulau Pinang telah menyatakan bantahan dengan caranya sendiri atas apa yang sedang berlaku di Perak sekarang.

Beliau telah mengambil tindakan nekad yang mungkin boleh membahayakan diri sendiri dengan memanjat sebatang pokok berhampiran Esplanade, Padang Kota Lama dan berada di atas pokok tersebut selama 8 jam.


Sementara di Ipoh seorang pemuda berketurunan India semalam telah berdiri
seorang diri di pintu belakang bangunan pentadbiran kerajaan negeri Perak bagi menunjukan protes secara aman (silent protest) terhadap kemelut politik di negeri itu. Dengan menampal mulut beliau dengan pita pelekat sambil memegang bendera negeri Perak dan hanya berdiam diri ketika polis hadir.

Pemuda berkenaan juga tidak memengang apa-apa sepanduk bagi mewakili mana-mana parti politik.


Adakah lagi protes protes sebegini akan dilakukan oleh rakyat rakyat Malaysia ???



2 comments:

Seladang said...

Hari ini 2 di 2 tempat. Esok lusa mungkin 20000 di 20000 tempat. Polis tak boleh buat apa-apa. Tak ganggu ketenteraman awam. Tak taulah kalau ganggu otak gila pemimpin Umno.

ADUN Bn Perak boleh naik bas ramai-ramai pergi pejabat SPRM buat aduan katakan: Ada pihak salahguna kuasa, dimana duduk diam-diam tak mahu bercakap tak mahu bergerak!

Buat tuduhan terus ke mahkamah rayuan kerana hakim di situ baik-baik belaka dengan pemimpin Umno.

Pak Lubis said...

Rasa nya kene buat jugak ramai

BERITA DARI BLOGGER 2