Friday, May 15, 2009

Lawak Tan Sri Muhyiddin Yassin - Part Politik Islam Harus Bersatu

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta kepimpinan parti politik Islam di negara ini bersatu untuk meningkatkan kekuatan ummah dan juga mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka.

Beliau berkata, sebarang perpecahan dan perbalahan antara umat Islam di negara ini akan menyebabkan kehancuran negara.

"Logiknya perpaduan umat Islam di negara ini sebagai majoriti adalah sebagai teras kepada pembangunan dan kekuatan negara," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Rahmah, Bukit Rambai, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Muhyidin berkata, terdapat ‘gangguan politik’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam soal menyatukan umat Islam di negara ini.

"Ini juga mungkin disebabkan oleh (suasana) politik yang berlainan selepas pilihan raya umum lalu dengan keadaan yang berlaku iaitu umat Islam kini sudah berpecah dan mempunyai beberapa kelompok yang dibeza oleh dasar fahaman politik," katanya. - Bernama

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2