Friday, March 4, 2016

YANG MANA SATU ..

Yang mana satu tujuan PAN, DAP dan PKR, Jatuhkan Najib atau jatuhkan Umno. Jika semua pembangkang kecuali PAS menyokong tindakan Mahathir tentunya jatuhkan Najib dan bukannya jatuhkan Umno/BN.

Muhyuddin dan Mukriz masih berada didalam Umno dan Mahathir walau pun dikatakan sudah keluar dari Umno dia masih tetap sayangkan Umno cuma dia tidak mahu lagi Najib menjadi PM. Dan ingatlah jatuhnya Najib tidak semestinya jatuhnya Umno. Orang Umno akan bangkit mengambil alih menerajui negara. Kembali balik pada asal juga.

Tujuan pembangkang termasuk PAS pada awalnya menjatuhkan Umno dan mengambil alih pemerintahan dari Umno/Barisan. Tetapi kebelakangan ini sudah lain pulak jadinya. Menyokong menjatuhkan Najib dan diwaktu yang sama seolah olah bersetuju Umno dipulihkan.

Cuba terangkan yang mana satu tujuan sebenar.

BERITA DARI BLOGGER 2