Saturday, August 1, 2015

BERIKAN TAUFIK DAN HIDAYAH KEPADA NAJIB - TS MUHYIDDIN

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan agar Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan taufik dan hidayah oleh ALLAH supaya dapat mentadbir negara dengan cara yang betul.
Menurutnya, ia untuk kesejahteraan dan keselamatan negara supaya sentiasa berada dalam perlindungan rahmat ALLAH serta dijauhkan daripada sebarang malapetaka serta rakyat boleh hidup dalam keadaan selamat.
“Kita berdoa supaya ALLAH buka pinta hati pemimpin kita (Najib) diberikan sebanyak-banyak taufik dan hidayah, kekuatan supaya beliau tahu apa hendak dibuat dan betulkan mana yang salah

Wednesday, July 29, 2015

RASUAH KE ?

Rombakan kabinet dengan melantik tiga ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) termasuk pengerusinya iaitu Datuk Nur Jazlan sebagai Timbalan Menteri boleh lah dianggap satu suapan (rasuah) untuk tidak melapurkan perkara yang sebenar dalam siasata 1MDB.

KATA KATA SINIS TMJ



Nampaknya Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat lagi bermadah melalui laman Facebook selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyingkirkan beberapa nama besar dari barisan kabinet kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri yang merupakan orang Johor.
 

Reaksi TMJ sejak kebelakangan terhadap suasana politik di Malaysia dilihat semakin hangat dengan tindakan yang berani daripada beliau.

Berikut adalah apa yang ditulis oleh beliau di laman Facebook  JOHOR Southern Tigers.


"Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM?" tanya wartawan.
Soalan itu dijawab dengan bersahaja oleh TMJ: "Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai."
Walaupun itu adalah reaksi Tunku Ismail mengenai FAM, soalan berikutnya daripada wartawan - yang tidak didedahkan identitinya itu - menjadi jawapan beliau lebih menarik.
Wartawan: Apa maksud Tunku?
TMJ: Fikir-fikirkanlah sendiri.
Wartawan: Adakah ini berkenaan bola sepak ataupun berkenaan isu-isu yang lain?
TMJ: (senyum)... Terima kasih.

Sungguh mendalam dan menusuk kalbu ayat kiasan dari TMJ itu. Apapun cuma yang rakyat harapkan barisan kabinet baru yang baru dibentuk ini dapat menjalankan amanah rakyat dengan baik demi kepentingan bersama



Petikan SK

Tuesday, July 28, 2015

Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pecat

Mungkinkah Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat atas kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan oleh Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

Dan mungkin juga dia akan disabitkan kesalahan dan seterusnya bersama sama dengan Dato Seri Anwar Ibrahim di penjarakan untuk menamatkan kariernya

BERITA DARI BLOGGER 2