Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek menafikan bahawa BN membuat
persetujuan untuk menyerahkan kerusi DUN Jelapang untuk ditandingi wakil
bebas Hee Yit Foong dengan tiket BN.
Dalam satu kenyataan hari
ini, Chua menjelaskan bahawa parti itu tidak pernah membuat apa-apa
perbincangan dengan perdana menteri untuk menyerahkan kerusi Jelapang di
Perak.
Bahagian MCA Jelapang dan saya tidak pernah membincangkan untuk membenarkan orang luar bertanding di kerusi itu dengan tiket MCA, katanya.
Beliau mengulas kenyataan Hee semalam yang menyatakan akan bertanding di kerusi berkenaan "dengan tiket BN" dan dakwaan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan maklumat lanjut sedikit masa lagi.
Hee memenangi kerusi itu pada 2008 ketika bertanding dengan tiket DAP namun kemudiannya mengumumkan dirinya sebagai wakil mesra BN yang kemudiannya membolehkan BN mengambil alih pentadbiran Pakatan di Perak.
Usaha untuk memenangi pilihan raya memerlukan sokongan parti komponen, kata Chua yang mengulas kenyataan Hee yang yakin memenangi kerusi itu dengan sokongan pengundi kawasan tersebut.
Chua berkata, Hee boleh mengumumkan diri sebagai calon Jelapang namun mungkin tidak berjaya menang tanpa sokongan bahagian dan akar umbi MCA.