Saturday, May 16, 2009

Protes Aman 2 Warganegara Malaysia


Seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat dari Pulau Pinang telah menyatakan bantahan dengan caranya sendiri atas apa yang sedang berlaku di Perak sekarang.

Beliau telah mengambil tindakan nekad yang mungkin boleh membahayakan diri sendiri dengan memanjat sebatang pokok berhampiran Esplanade, Padang Kota Lama dan berada di atas pokok tersebut selama 8 jam.


Sementara di Ipoh seorang pemuda berketurunan India semalam telah berdiri
seorang diri di pintu belakang bangunan pentadbiran kerajaan negeri Perak bagi menunjukan protes secara aman (silent protest) terhadap kemelut politik di negeri itu. Dengan menampal mulut beliau dengan pita pelekat sambil memegang bendera negeri Perak dan hanya berdiam diri ketika polis hadir.

Pemuda berkenaan juga tidak memengang apa-apa sepanduk bagi mewakili mana-mana parti politik.


Adakah lagi protes protes sebegini akan dilakukan oleh rakyat rakyat Malaysia ???



Mahathir kata Tidak Perlu Pilihanraya


Bekas Perdana Menteri Mamak Mahathir dilaporkan berkata mengapa perlu adakan pilihanraya jika hasilnya ialah satu kesimpulan yang sudah dapat dijangka kerana pakatan pembangkang akan menang. Jadi mengapa hendak pilihan raya," kata Mahathir.

Nampaknya piliharaya hanya akan diadakan jika BN mempunyai harapan akan menang. Oleh itu disarankan kepada BN/UMNO supaya pada pilihanraya akan datang hanya diadakan untuk negeri negeri yang BN/UMNO boleh menang atau dijangka menang. Manakala bagi negeri negeri seperti Penang, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor tidak perlu diadakan Pilihan Raya . Beri sahaja kemenangan percuma kepada PR.

Friday, May 15, 2009

Maklumat Najib di Wikipedia

Seandainya lah orang hendak tahu maklumat tentang Najib Ab Razak, Perdana Menteri Malaysia tentunya dia cari di Wikipedia. Tetapi maklumat yang diberi di wikipedia banyak yang negatif. Sesiapa yang belum baca KLIK disini

Lawak Tan Sri Muhyiddin Yassin - Part Politik Islam Harus Bersatu

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta kepimpinan parti politik Islam di negara ini bersatu untuk meningkatkan kekuatan ummah dan juga mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka.

Beliau berkata, sebarang perpecahan dan perbalahan antara umat Islam di negara ini akan menyebabkan kehancuran negara.

"Logiknya perpaduan umat Islam di negara ini sebagai majoriti adalah sebagai teras kepada pembangunan dan kekuatan negara," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Rahmah, Bukit Rambai, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Muhyidin berkata, terdapat ‘gangguan politik’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam soal menyatukan umat Islam di negara ini.

"Ini juga mungkin disebabkan oleh (suasana) politik yang berlainan selepas pilihan raya umum lalu dengan keadaan yang berlaku iaitu umat Islam kini sudah berpecah dan mempunyai beberapa kelompok yang dibeza oleh dasar fahaman politik," katanya. - Bernama

Najib Nafi Beliau Punca Politik di Perak

MANADO: Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau punca kemelut politik di Perak dan meminta rakyat tidak menyalahkan Sultan Perak kerana pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar mematuhi undang-undang.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) di sini, hari ini.

Berita Harian Onlne


Ulasan.


Kalau perlantikan Zambri telah diistiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi bagaimana Najib kata ianya mematuhi undang undang . Janganlah kelentong raayat Najib .!!!!!!!

Andainya DUN Perak Bubar

Seandainya DUN Perak dibubarkan apakah ada peluang untuk 3 ekor katak yang melompat keluar dari PR dicalunkan oleh BN untuk bertanding ?? Untuk kembali kepada PR memang tidak ada peluang sama sekali kerana kemelut politik di Perak yang terjadi adalah disebabkan oleh mereka mereka ini.

Dan apakah ada peluang untuk seorang ADUN yang melompat keluar dari UMNO masuk ke PKR dan kembali balik kepangkuan UMNO untuk menjadi calun BN pada pilihanraya negeri nanti.

Terpulanglah pada Najib.


Diktator Dalam Demokrasi.

Petikan dari Suara Perak.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat sidang DUN Perak 7 Mei lalu tidak sah. Sidang itu sendiri dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan. Aziz berpendapat V.Sivakumar masih lagi Speaker DUN Perak yang sah.

Sebelum ini polis menghalang sidang DUN Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok. Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang bawah pokok 2 bulan yang lalu, sekali lagi polis memainkan peranan yang utama.

Kita telah mendengar bagaimana Ketua Polis Negara sendiri dalam kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat dengan mengakui yang mereka tidak boleh masuk dewan. Anehnya di Perak ada pula undang-undang lain yang mereka pakai. Apa yang polis lakukan ialah pencerobohan dan jenayah. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa kerana kita bergantung kepada polis. Ini kes pagar makan padi," katanya kesal.

Tiada cara lain menyelesaikan krisis Perak hanyalah dengan membubarkan DUN kerana keadaan menjadi semakin teruk dan Kerajaan haram pimpinan Dato Seri Dr Zambry akan terus menghadapi masalah dan terpaksa bergantung kepada istana dan polis untuk berfungsi.


Hanya kerajaan diktator yang berfungsi begitu dan dalam sistem demokrasi kerajaan hidup dan tegak berdasarkan sokongan rakyat bukan atas bantuan polis dan mahkamah. Hanya golongan fasis sahaja tidak percaya dengan pilihanraya. Mereka akan mengambil tindakan ganas dan di luar kebiasaan untuk berkuasa.

Apa yang dilakukan oleh Ahli-ahli DUN di Perak adalah respons yang dilakukan oleh sesiapa pun termasuk oleh BN sendiri kalau mereka melaluinya. Dengan itu adalah tidak adil untuk menuduh mereka ganas, liar dan sebgainya sedangkan kita tahu bagaimana mereka dilayan oleh polis dan pihak sekretariat kerajaan negeri.

Thursday, May 14, 2009

Mahathir kata Umno akan Kecundang di Perak pada Pilihanraya akan datang

Jika ia diadakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri.

Pilihanraya negeri itu, tambahnya, hanya membazirkan wang rakyat

Ulasan

Ini yang lah ditakuti oleh Najib dan Zambri . Takut pada kekalahan. Itulah sebabnya berbagai cara dilakukan untuk menghalang pembubaran DUN.

Dengan telatah dan perangai Zambri yang meloyakan rakyat berkemungkinan Zambri sendiri turut kecundang ditempatya sendiri pada pilihanraya kecl yang akan diadakan nanti.

Wednesday, May 13, 2009

Dah Berbuih Mulut Minta Bubarkan DUN.

Dah ramai orang bersetuju bahawa cara menyelesaikan kemelut politik Perak ialah dengan membubarkan DUN. Bagi rakyat pilih balik kerajaan pilihan mereka .

Parti Gerakan sudah bercakap .
Parti MCA pun dah setuju.
Suhakam pun kata begitu .
Tengku Razaleigh pun setuju.
TS Mahyuddin macam bersetuju tetapi takut bos dia marah.
MIC belum nampak setuju tetapi mereka mungkin setuju kerana nak letak calun dalam PRK nanti.
Anak Mahathir si Marina pun dah cakap suruh bubarkan DUN

Jadi apa yang ditunggu lagi. Zambri dan YAB Nizar pergi mohon mengadap Tuanku Sultan minta perkenan bubarkan DUN. YAB Nizar tak ada masaalah .... memang dia berhasrat nak bubarkan DUN ....Jangan biarkan mulut rakyat berbuih buih macam buih sabun mencadangkan Bubarkan DUN ...........Bubarkan DUN....... Bubarkan Dun

Zambri yang berpendidikan sampai Phd patutnya tahu bahawa kemelut ini tentunya tidak akan berkesudahan. Tak tahu lah pulak kalau Phd tu ikut cara pintu belakang untuk mendapatnya. Sebab itu tak faham faham agaknya hasrat rakyat.

Tetapi kalau tak ada Phd pun tak kan tak faham faham. Tak kan bodoh sangat. Budak sekolah pun faham. Kata taraf macam Gandhi dan Mandela.
Mungkin takut hilang kuasa kerana kalau UMNO menang mungkin MB orang lain yang dipilih oleh Tuanku Sultan sebab dah pernah menjadi haram. kalau dah haram tetap haram selama lamanya . Macam Daging babi dan arak..... Sekarang ini nak menghalalkan yang haram lah ini.

Kalau UMNO/BN menang pada PRK tu nanti aku rasa PR menerima akan pilihan rakyat. Dan kalau PR menang UMNO /BN kena lah terima. UMno jangan lah bawak pulak kemahkamah kalau kalah. Kalau bawak ke mahkamah dah tentu PR tidak boleh menang . Itu semua orang dah tahu.

Bubarkan lah DUN......


Mungkinkah Benar ???????

Berita ini aku petik dari http://gomo-no1.blogspot.com/


Adun PKR Kuala Kurau dan Ahli Parlimen PKR Bagan Serai akan keluar dari PKR. Difahamkan rundingan telah pun diadakan malam tadi dengan wakil BN Perak. Adun Kuala Kurau ini saya difahamkan terlalu meluat dengan perangai Nizar,kerana langsung tidak berbincang dengan semua Adun dalam kemelut poltik di Perak.


Manakala Ahli Parlimen Bagan Serai itu pula ada masalah dengan Ketua Bahagiannya. Difahamkan ketua bahagiannya telah memberi amaran kepadanya yang berbunyi begini 'jangan harap kamu akan dipilih sebagai calon dalam pru akan datang'.

Ulasan
Kalau ianya benar bertambah kelamkabutlah politik Perak

Hari ini Lambat - Semalam Cepat

Semalam 12hb Mei Mahkamah Rayuan dengan pantas mendengar rayuan dari Zambry dan membuat keputusan dalam tempoh 3 jam.

Pada hari ini 13hb Mei YAB Nizar telah memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bagi mengenepikan perintah yang diperolehi Zambry daripada mahkamah yang sama semalam.

Malangnya permohonan Nizar dilayan dengan sikap sambil lewa dan sehingga kini pihak mahkamah belum menetapkan tarikh.

Yang pastinya ada arahan untuk melayan rayuan Zambri dengan segera dan mengarahkan supaya tidak melayan kes rayuan Nizar.

Kalau cara layanan oleh Mahkamah pun tak adil bagaimanakah rakyat mahu menerima keputusan Mahkamah itu adil ????



Zambri Halang Nizar Bubarkan DUN Perak

Zambri buat rayuan di Mahkamah Rayuan untuk menghalang YAB Nizar dari membubarkan DUN. Lihatlah betapa busuk hati Zambri ini. Dah lah warna kulit tu bukan nya putih bersih hati dia pun tak putih bersih.

Perbuatan dia menghalang YAB Nizar dari membubarkan DUN amat lah dikesali. Dia menghalang untuk mengembalikan kuasa pada rakyat. Memang dia ini tak berguna satu sen pun .... kalau lah dah tak menjadi wakil rakyat memang kena sepak terajang oleh rakyat.

Dia masih tak faham yang dia bukan MB yang sah. Dah pada dulu lagi tak sah ... macam mana boleh jadi sah pulak. Mahkamah Rayuan hanya tangguh keputusan mahkamah tinggi bukan nya dia kata si Zambri ni MB yang sah.. Tak faham faham dan tak tahu malu betul. Elok di benam benam kepala tu kat Pulau Sembilan baru boleh faham.

Tuesday, May 12, 2009

MENTERI BESAR HARAM DIBENARKAN JALANKAN TUGAS MENTERI BESAR HALAL

Petikan dari Blog MOHAMED HANIPA MAIDIN

Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zambri adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

Bagaimana Cara Rakyat Membubarkan Dewan Undangan Negeri. ????

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman.

Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebagai ulasan diatas, adalah memang hasrat rakyat untuk menggunakan hak mereka untuk memilih kerajaan pilihan mereka. Telah banyak permohonan rakyat secara individu, melalui blog dan juga melalui NGO ingin kan demikian. Malah MB yang telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi pun berhasrat untuk memberi rakyat kuasa untuk memilih kerajaan pilihannya.

Tetapi masaalahnya banyak penghalangnya terutama UMNO sendiri yang tidak mahu DUN dibubarkan. Jika YB Zambri dan YAB Nizar mengadap Sultan bersama sama untuk membubarkan DUN sudah tentunya Sultan akan bersetuju dan perkara ini sudah lama selesai.

Tetapi bagaimana rakyat biasa mahu membubarkan dewan ???? Rakyat tiada kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Hanya Sultan dan Dewan sendiri sahaja yang mampu berbuat demikian.

Rakyat dah serik dengan kemelut politik ini. Segala protes yang dibuat semuanya memakan diri. Memakai baju hitam pun kena tangkap apalagi kalau berdemo. Silap silap nanti di ISA kan.

Kalaulah dengan kehendak Allah mati 3 orang (3 ekor) yang membuat hal ini mungkin masaalah akan selesai. Kalau tidak berlaku kematian kepada 3 ekor katak ini kemelut dan kekalutan politik ini tidak akan selesai dengan mudah. Walaupun cuba diselesaikan melalui proses perundangan. Plaintif dan defenden mempunyai hak merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi segala keputusan sebelumnya akibatnya ia akan berterusan sehingga PRK akan datang.

Hanya Tuanku sahaja yang boleh menyelesaikan kekalutan ini.

Kedudukan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim -Hakim Mahkamah Tinggi

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan YB Nizar adalah MB Perak yang sah. Hari ini Mahkamah Rayuan mengenepikan buat sementara keputusan tersebut atas permohonan Zambri.

Apakah akan jadi pada Yang Ariff ini kerana tidak berpihak kepada UMNO apabila membuat keputusan tempoh hari. Adakah tindakan akan diambil oleh UMNO atau pihak atasannya atas keptusan tersebut. Sama sama lah kita lihat..

Balik Pada Asal

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Dengan keputusan itu bermakna keadaan di Perak kembali ke asal...

Adakah Kemenangan YB Nizar di Mahkamah Tinggi Satu Strategi BN

Agak hairan sekali apabila Panel Hakim Mahkamah Rayuan bingkas bersetuju mendengar permohonan itu sejurus selepas peguam Zambry menfailkan rayuan itu pagi tadi.

Peguam Nizar, Sulaiman Abdullah hanya mengetahui mengenai persetujuan hakim mendengar permohonan itu secara kebetulan apabila beliau berada di mahkamah untuk kes lain.

Apa yang aku fikirkan bahawa BN mempunyai plan A dan plan B.

Plan A nya ialah seandai nya YB Nizar kalah di Mahkamah Tinggi sudah tentunya YAB Nizar akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Seperti yang kita tahu apabila peringkat mahkamah semakin tinggi semakin kuat BN akan mempengaruhi keputusan yang dibuat. Berkemungkinan besar rayuan YAB Nizar akan ditolak

Plan B nya seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, YAB Nizar adalah MB yang sah dan Zambri memfailkan rayuan sehinggakan para hakim serta merta bersetuju untuk mendengar rayuan tersebut. Apakah keberangkalian Hakim Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi ???? . Kita dengar dan lihat keputusannya .

Monday, May 11, 2009

Kenyataan Peguam Umno Berkaitan Keputusan Mahkamah Tinggi _DS Nizar MB Perak yang Sah

Dr Shafie Abdullah peguam UMNO memberi kenyataan dalam Berita TV3 pada jam 8.30 malam dengan berkata"keputusan itu hanyalah keputusan Mahkamah Tinggi dan bukan nya keputusan Mahkamah Persekutuan."

Aku tak berapa faham maksud yang dinyatakannya. Apa yang aku faham akan maksudnya ialah keputusan mahkamah tinggi ni macam tak laku atau boleh diperlekeh atau dipusing pusingkan.

Apa maksud beliau yang sebenar ? Boleh kah kita anggap kata kata beliau itu seperti menghina Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan yang DS Nizar adalah MB Perak yang sah?.

Kenapa Nak Kawal Sangat Pejabat SUK Perak ?

Aku tersangatlah hairan kenapa FRU mesti mengawal pejabat SUK dengan begitu ketat sekali ? Apa yang ditakutkan sangat.? Takutkan DS Nizar masuk ke pejabat atau takutkan Zambri keluar pejabat. ?

Arahan siapa agaknya untuk buat kawalan sebegitu rupa .? Tak kan arahan YB Nizar atau mungkin arahan Zambri. Kemungkinannya arahan SUK Negeri. Mungkin Zambri malu nak jumpa orang atau SUK Negeri dan kuncu kuncunya malu dengan orang.

Apalah nak dimalukan .. selagi kita manusia tidak terlepas membuat kesilapan dan jika kita sedar akan kesilapan itu bertaubatlah dan pohon ampun pada orang yang telah kita aniaya. Moga moga dia mengampunkan...

Ingatlah SUK .... awak pernah menengking seorang dikhalayak ramai dan malah didepan tuanku. Orang yang ditengking itu seolah awak anggap macam kucing kurap. Dan sekarang orang ini lah yang bakal menjadi bos awak.. Kalau saya macam awak . saya akan minta ditukarkan ke kementerian lain.. atau letak jawatan .. kalau tidak pun buat opsyen bersara pilihan ...


Adakah Zambri Pemegang Rekod Paling Singkat Menjadi MB

Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Adakah dengan ini Zambri boleh dinobatkan sebagai Menteri Besar yang paling singkat memegang jawatan. ????

Aku dan mungkin semua setuju jawapannya adalah Zambri tidak boleh dinobatkan sebagai orang yang paling singkat memegang jawatan MB kerana mahkamah telah memutuskan YB DS Nizar adalah MB yang sah dan tak secara langsung Zambri adalah MB haram.

Oleh kerana Zambri tidak pernah menjadi MB maka rekod MB paling singkat memegang jawatan tidak ujud atau belum lagi ujud.

Nizar MB Perak Yang Sah

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah pun mengumumkan keputusannya bahawa DS Nizar Jamaluddin adalah MB Perak yang sah

berita lanjut klik disini
juga klik disini dari beritaharian

Pembangkang Selangor Yang Angkuh



Komen ini aku 'culik' dari blog Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi. Klik di sini

Kedudukan UMNO di Selangor adalah pembangkang. Setelah lebih setahun kenyataan ini masih belum diterima oleh sebilangan pemimpin dan ahli mereka. Dalam keadaan tertentu mereka masih lagi menggunakan lambang kerajaan negeri bersama logo keris bersilang untuk program-program mereka.

Tindakan ini cuba mengaburi dan mempengaruhi rakyat akan kedudukan sebenar mereka. Tidak keterlaluan untuk menyatakan mereka masih angkuh dan selalunya kerajaan pusat dijadikan sandaran.


Ulasan.

Dah seronok lama memerintah mereka terlupa yang mereka sekarang ini pembangkang dan bukan parti pemerintah. Mereka senang senang boleh gunakan logo Negeri Selangor.

Hormatilah Undang Undang - Najib

Pekan 10 Mei . Petikan Dari UtusanMalaysia:


Perdana Menteri berkata, kemelut politik di Perak tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terutama pembangkang menghormati peraturan dan undang-undang negara.

Bagaimanapun, katanya, tindakan pembangkang yang 'menegakkan benang basah' menyebabkan timbul kekecohan seperti yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

Ulasan.

Najib....!!!!!! Jangan terus menuding jari pembangkang tidak menghormati peraturan dan undang-undang negara. Sudah pastikah pembangkang yang tak menghormati undang undang ???? Yang aku nampak UMNO yang tak menghormati undang undang Dewan?? . .....

Tak kanlah pembangkang yang heret Speakernya ??? .. Fikir dulu sebelum bercakap kerana awak tu Perdana Menteri. Jangan bercakap macam ikut suka hati....macam budak tadika...

Individu Pertama - Ambil Borang Pencalonan

GEORGETOWN: Calon Bebas, Aminah Abdullah, menjadi individu pertama mengambil borang pencalonan untuk bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

Beliau ditemani suami, Mohd Rofi Osman, mengambil borang berkenaan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri pada jam 10 pagi tadi.

Petikan .Berita Harian

Ucapan selamat Hari Ibu kepada Puan Aminah Abdullah serta selamat datang dihari penamaan calun .

Sunday, May 10, 2009

Keputusan Mahkamah Esok - YB DS Nizar lwn Zambri


Ramai orang berpendapat bahawa keputusan mahkamah berhubung dengan kedudukan MB Perak sudah dijangka. YB DS Nizar akan kalah dalam kes ini.

Sememangnya kalau diikut rekod rekod yang lepas isu politik Perak tidak menyebelahi Pakatan Rakyat tetapi berpihak kepada Umno/BN. Kes ADUN yang telah meletakkan jawatan, kes Speaker dan kes penggantungan Zambri oleh Speaker semuanya tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Sehinggakan perkara yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan segala keputusan di dewan Undangan Negeri sepatutnya tidak boleh dipertikaikan oleh mana mahkamah pun boleh diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan. Apatah lagi kes yang melibatkan kesahihan antara 2 Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan.

Oleh itu bila 2 MB memohon untuk mahkamah membuat peristiharan yang mana Menteri Besar yang sah sudah tentunya kita sedia maklum akan keputusannya.


Walau apa pun keputusan oleh Mahkamah Tinggi pihak yang kalah sudah tentunya membuat rayuan dan kemelut krisis Negeri Perak tidak akan berakhir semudah itu kecuali mengembalikan kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya.

Selamat Hari Ibu

Happy Mother's Day kepada semua blogger berstatus IBU.

Kepada yang masih ada ibu (emak) berdoalah untuk kesejahteraan ibu bukan untuk hari ini sahaja tetapi setiap saat dan ketika.

Aku dah tiada mak kandung. Emak ku pergi secara mengejut kerana serangan angin akhmar. Malah emak mertua pun dah tiada. Kedua duanya telah pergi meninggalkan aku. Adik beradik emak yang perempuan semua sudah pergi . Kepada siapa lagi aku hendak panggil " ibu atau emak" Ada emak tiri dah berpisah pulak dengan ayahku.

Aku masih terkenang dengan ibu atau emak ku . Kadang kadang dengan tidak sengaja aku menjerit memanggil " mak !!!!!!!" Aku rindukan emak .. aku teringatkan masakan emak .. Terutama sambal tumis ikan bilis nya yang aku anggap paling sedap dalam dunia. Ini lah yang selalu dibekalnya apabila aku kembali keasrama dan ini juga yang dimasaknya apabila aku balik kekampung setelah bekerja bersama sama dengan lauk lauk lain kegemaranku.. seperti ikan keli masak lemak cili padi padahal dia sendiri pun tak makan ikan keli tersebut.

Tiga hari iaitu pada hari Rabu sebelum emak ku "pergi," dia meneleponku sambil bertanya samada aku balik kekampung minggu tersebut. Aku kata aku akan kekampung. Emakku seterusnya berkata " kalau balik kampung dan jika emak tiada, sambal ikan bilis bersama lauk lauk lain emak akan masak kan.. makanlah. " Aku tidak menyangka perkataan " jika emak tiada" tu bermaksud dia akan mengadap Allah. Aku ingatkan tentunya dia pergi ke pertunangan sepupuku pada hari sabtu.

Memang aku balik pada hari Sabtu jam 1.oo tengah hari. Tapi apa aku lihat orang ramai diperkarangan rumahku. Setelah dimaklumkan aku terkedu dan sebagai orang lelaki dan anak yang sulung aku cuba menyorokkan kesedihan.

Setelah menatap emakku dan membaca Surah Yassin aku kedapur dan menjengok dibawah tudung saji. Aku dapati sambal tumis kegemaranku dan lauk lauk lain telah tersedia. Aku meraung .... sehingga ditenteramkan oleh saudara maraku .. Itulah kenangan ku semasa pemergian emakku. Emak ku meninggal kira kira jam 12.30 hari.

Saudara mara ku agak terkejut bagaimana aku boleh balik ke kampung dalam masa 1/2 jam selepas emak ku meninggal. Aku duduk di Ipoh manakala kampung di Bangi yang mana perjalanan antara kedua tempat mengambil masa 3 1/2 jam. Sebenarnya aku memang dah berjanji dengan emak ku untuk balik ke kampung pada hari tersebut.

Itu hanya sedikit pengorbanannya. banyak lagi yang tidak dapat ku luahkan mungkin sama macam ibu ibu lain dalam membesarkan anak anaknya. Hanya aku sedikit terkilan.. kejayaanku tidak dapat aku kongsi bersama emak... Emak pergi dulu semasa aku baru meniti ketangga kejayaan. Terima kasih emak (ibu).... terima kasih mak .... terima kasih mak

BERITA DARI BLOGGER 2