Saturday, July 9, 2011

MAAF BANYAK BANYAK KAMI HANYA MENERIMA ARAHAN


Polis berkata. "Maaf banyak banyak. Kami hanya menerima arahan dari orang atas. Semoga tiada dendam antara kita." Harap tuntutan tuan semua diluluskan"

Peserta BERSIH. " Terima kasih kerana bagi kami bom asap dan air pancut."

Ambiga dan Hadi dibebaskan

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.
Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

Thursday, July 7, 2011

Menteri KDN di Harap Dapat Membezakan Antara Kempen dan Pertubuhan


“Saya berpendapat Bersih bukan sejenis pertubuhan tetapi adalah sejenis kempen,” kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat, Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang telah menuduh Bersih adalah sebuah pertubuhan haram.

Atas tuduhan itumaka pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang ceramah-ceramah, menggeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang memakai baju Bersih dan lain-lain lagi.

Suhaizan berkata, dalam Akta Pertubuhan di bawah seksyen 2 akta itu menyatakan bahawa sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal.

Menurutnya, mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kempen pula bermaksud segala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dll) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll) Bersih adalah sejenis kempen untuk menjayakan suatu pilihanraya yang adil dan bersih.

“Kempen ini disingkatkan sebagai Bersih,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, bagi menjayakan kempen itu, maka ditubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh 63 NGO yang diketuai oleh Datuk Ambiga.

Katanya, jawatankuasa kempen ini bergerak keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan bagi mengadakan Himpunan Bersih pada 9hb Julai 2011.

Tambahnya, kempen Bersih adalah seperti Kempen Tak Nak Rokok dan Kempen Kami Benci Dadah.

Jelasnya, kempen-kempen itu dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Luar Bandar, Pemadam, Pengasih dan lain-lain lagi.

Kempen itu, ujarnya tidak memerlukan pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang diwujudkan pada tahun 1966 untuk menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966.

Kempen ini adalah sejenis aktiviti agensi kerajaan dan NGO sahaja. Oleh itu Kempen Bersih adalah aktiviti 63 NGO terbabit.

“Saya berpendapat adalah wajar Menteri Dalam Negeri menarik balik tuduhan Bersihsebagai pertubuhan haram,” katanya.

Baginya, Menteri Dalam Negeri sebenarnya gagal membezakan antara pertubuhan dan kempen.

Oleh itu, ujarnya tuduhan-tuduhan di bawah seksyen 47 dan 50(3), Akta Pertubuhan 1966 yang melibatkan kesalahan menyebarkan bahan-bahan berkaitan dengan pertubuhan haram hendaklah digugurkan dengan segera.

-Harakahdaily

MUHYIDDIN YASSIN - STADIUM MERDEKA TAK BOLEH


Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kegigihan Bersih untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka yang bersejarah menandakan ketidakjujuran dalam mencapai penyelesaian secara baik dan adalah bertujuan untuk memprovok.


Beliau juga berkata bahawa Bersih telah tidak berterima kasih keatas kelembutan kerajaan sebaliknya mencabar keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan perhimpunan yang akan diadakan di mana-mana sahaja dalam ibu kota.


"Saya melihat tindakan mereka sebagai agak provokatif. Mereka sentiasa mahu melawan. Saya rasa seolah-olah ada ketidakjujuran dalam tindakan mereka, "katanya pada sidang akhbar di sini.

Muhyiddin berkata keputusan (tidak membenarkan perhimpunan di stadium lama) telah dicapai berdasarkan empat sebab: kapasiti Stadium Merdeka yang kecil yang dapat menampung 30.000 penonton; sifat bersejarah infrastruktur; pemilikan stadium dan lalu lintas kesesakan.

Bersih telah menyatakan niatnya untuk mengumpul sebanyak 300,000 peserta perhimpunan tersebut, tetapi Muhyiddin berkata pihak penganjur tahu sepenuhnya dan kapasiti stadium.


"Kapasiti tersebut adalah rendah dan mereka tahu ini, jadi apa yang sebenarnya niat mereka untuk mengadakan perhimpunan di sana?" Katanya, sambil menambah bahawa gabungan 62 NGO mungkin menaruh udang di sebalik batu.

FMT

ULASAN.

Muhyiddin tidak pula kata BERSIH itu haram dia hanya kata Stadium Merdeka tidak boleh menampung begitu ramai penyokong kerana kapasiti nya kecil.

Jadi dengan ini maksudnya perhimpunan bersih boleh dia adakan tetapi bukan di Stadium Merdeka.

Wednesday, July 6, 2011

Siapakah Yang Menderhaka Sekarang Ini


DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada BERSIH untuk berhimpun di stadium pada 9 Julai ini. Titah baginda atas kapasiti Ketua Pelembagaan yang tertinggi dalam negara. Atas menghormati status baginda sebagai tunggak negara maka Bersih berkrompomi dengan berhimpun di stadium.

Walaupun telah mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, BERSIH 2.0 masih sebuah pertubuhan haram. NONE"Ia masih lagi diharamkan. Tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Hanya bila berjumpa dengan Tuanku tidak bermaksud ia halal," katanya.

Beliau juga berkata, pengharaman gabungan NGO itu sebelum ini dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk atas nasihat peguam negara. Hishamuddin seperti sengaja meneruskan provokasi agar 9 Julai ini berlaku huru hara walhal semua pimpinan Bersih telah berjanji di hadapan DYMM Tuanku bahawa perhimpunan ini akan berlangsung aman di tempat yang diperkenankan oleh baginda.


Dengan ini kita boleh merumuskan yang titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong tidak dipedulikan oleh Hishamuddin dan seterusnya Najib gagal menasiahti KDN tentang titah baginda disamping tidak mengarahkan PDRM supaya berhenti bertindak terhadap kumpulan BERSIH.

Dari segi logiknya mereka yang cuba menyanggah/melanggar nasihat, titah dan arahan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong adalah penderhaka!

Jadi siapakah yang menderhaka sekarang ini ......? Fikirkan dan jawap sendiri..

Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk

Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan
teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha
melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
(BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

Antara jalan-jalan yangterjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir
Subang Parade,Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya
DamansaraPuchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Tuesday, July 5, 2011

MB benar guna stadium Shah Alam tetapi bersyarat

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia membenarkan Bersih menggunakan stadium di negeri itu bagi perhimpunan pada 9 Julai, tetapi bersyarat.

“Jika NGO Bersih minta untuk menggunakan Stadium Shah Alam saya akan setuju.

“Tetapi mereka perlu ada tatatertib dan disiplin sepanjang perhimpunan itu.

“Segala kerosakan ke atas stadium terbabit juga mereka perlu bertanggungjawab dan membayarnya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Perumahan Mampu Milik Selangor 2011 di SACC di sini hari ini.

Khalid berkata segala keputusan itu masih tertakluk kepada Bersih, malah beliau terbuka dalam menerima apa sahaja permintaan.

FMT


BERITA DARI BLOGGER 2