Wednesday, May 18, 2011

Polis .... Oh Polis......

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

NONEKatanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada keselahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik."

Ulasan.

Habis tu kenapa tak caj ketiga malaon yang mengedar dan menayangkan video tu. Yang dok tunggu lagi kenapa ???? Tak mau tangkap RTC ke ???? Takut ke ?? SK tu ada .... cekup dia dulu ..... lepas tu si Shuib ...Lepas tu baru tangkap RTC.

Tak kan polis hanya berani dengan remaja dan penyokong PR sahaja dan kecut telur dengan orang kuat Umno dan bekas menteri.

Bangkit lah wahai polis jalan kan lah tugas dengan baik ??????

Sunday, May 15, 2011

VIDEO YANG BELUM DIKLASIFIKASKAN SEBAGAI LUCAH


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata ia hanya akan didedahkan sekiranya terdapat keperluan undang-undang.

"Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah," katanya.

Ditanya tentang keperluan polis menyiasat ketulenannya sedangkan kes disiasat, berkenaan penayangan video lucah,

Khalid berkata:
"Kita kena siasat adakah video itu video lucah. Jika bukan video lucah, bukan (Seksyen) 292 (Kanun Keseksaan)," katanya. Video berkenaan kali pertama dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Ulasan.

Oleh kerana video yang dinyatakan adalah tulen dan belum lagi diklasifikasikan sebagai video lucah maka perkara perkara dibawah adalah berkaitan.

1. Pengarah dan penerbitnya termasuk pengedar tidak boleh diambil tindakan. Oleh itu sehingga sekarang tiada tindakan diambil keatas pengedarannya yang dilakukan oleh Dato' T

2. VCD tersebut boleh di edarkan secara meluas, seperti di pasar malam, masjid, perhimpunan dan di pasar pasar minggu dan pasar tani. Peniaga bebas menjual dan membeli VCD ini tanpa diambil tindakan.

3. Pelaku atau pelakunnya tidak perlu dikenal pasti.

BERITA DARI BLOGGER 2