Friday, March 4, 2016

YANG MANA SATU ..

Yang mana satu tujuan PAN, DAP dan PKR, Jatuhkan Najib atau jatuhkan Umno. Jika semua pembangkang kecuali PAS menyokong tindakan Mahathir tentunya jatuhkan Najib dan bukannya jatuhkan Umno/BN.

Muhyuddin dan Mukriz masih berada didalam Umno dan Mahathir walau pun dikatakan sudah keluar dari Umno dia masih tetap sayangkan Umno cuma dia tidak mahu lagi Najib menjadi PM. Dan ingatlah jatuhnya Najib tidak semestinya jatuhnya Umno. Orang Umno akan bangkit mengambil alih menerajui negara. Kembali balik pada asal juga.

Tujuan pembangkang termasuk PAS pada awalnya menjatuhkan Umno dan mengambil alih pemerintahan dari Umno/Barisan. Tetapi kebelakangan ini sudah lain pulak jadinya. Menyokong menjatuhkan Najib dan diwaktu yang sama seolah olah bersetuju Umno dipulihkan.

Cuba terangkan yang mana satu tujuan sebenar.

Wednesday, March 2, 2016

TIDAK MAHU MELIHAT NEGARA DIURUS ORANG YANG BANYAK BUAT KESALAHAN

Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan terus bersuara dan mendedahkan salah laku Najib walaupun berada di luar parti UMNO.

“Saya tidak mahu melihat negara diuruskan oleh seseorang yang telah banyak melakukan kesalahan,” katanya dalam sidang media Proton Centre of Excellence, di sini hari ini.

Beliau juga menegaskan ia tidak bermakna beliau akan menyertai mana-mana parti pembangkang untuk berbuat demikian.

In kerana, Mahathir akui jiwanya masih bersama UMNO dan sebab beliau keluar parti adalah kerana ia menjadi parti milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

BERITA DARI BLOGGER 2