Friday, March 2, 2012

AG pulangkan kertas siasatan NFC kepada polis

Orang ramai yang mengikuti perkembangan skandal National Feedlot Corporation (NFC) perlu menunggu lebih lama lagi kerana Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Menurut laporan The Star Online, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata AG mahu siasatan lanjut dijalankan terhadap kes tersebut, tetapi tidak menyatakan mengapa kertas siasatan itu dipulangkan kepada polis.
NONESebelum itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mendedahkan bahawa pihak polis telah mencadangkan supaya AG mendakwa Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail (kiri) - suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, atas tuduhan pecah amanah.

Dalam reaksinya, NFC menegaskan bahawa kenyataan Syed Ismail sebagai "pra-matang" kerana siasatan masih dijalankan.

Manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pula dilaporkan berkata bahawa keputusan mengenai apa-apa tuduhan terhadap individu yang dikaitkan dengan NFC, akan diputuskan oleh Peguam Negara.



MALAYSIAKINI


Ulasan


Polis dah buat siasatan dan serah pada AG ...... AG tolak....... polis bagi balik siasatan.....  AG tolak ....... Polis fedup....... kes terus disenyapkan........ Begitulah skrip dan derama tersebut akan berkesudahan tanpa diambil tindakan....

Monday, February 27, 2012

RUPANYA SELAMA HARI SPRM TAK BEBAS SEPENUHNYA.

BN terus menaburkan janji pilihan raya hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  berkata sekiranya mereka merampas kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,

Antaranya, Najib yang juga pengerusi BN itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberi lebih kebebasan.

malaysiakini

ULASAN.

PM janji lebih kuasa bagi SPRM jika BN dapat 2/3  dan rupanya selama hari ini SPRM tak bebas.

Sunday, February 26, 2012

Najib akui BN pernah buat kesilapan di Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui kerajaan BN ada membuat sedikit kesilapan pada masa dulu hingga menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong mereka.

NONENamun katanya, BN kini sudah insaf daripada kesilapan sebelum ini dan juga memohon maaf kepada rakyat di Selangor.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya dipetik Bernamapada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di Pelabuhan Kelang, hari ini.

Sehubungan itu, Najib juga dipetik Bernama sebagai berkata Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Dakwanya, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.

Bernama
 bagaimanapun tidak melaporkan sama ada Najib ada menyatakan kesilapan-kesilapan BN itu dan di bawah Menteri Besar manakah perkara itu berlaku
.

Malaysiakini

Ulasan...  
Buat silap bukan di Selangor sahaja malah di semua negeri di Malaysia....

BERITA DARI BLOGGER 2