Friday, January 21, 2011

Permohonan Anwar pinda pernyataan saman Khairy

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 27 Januari ini untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminda bahagian tertentu penyataan tuntutannya dalam saman fitnah beliau terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Fa'erah Nurul Aini Izany. Timbalan Pendaftar menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas bertemu peguam Gobind Singh Deo, Malik Imtiaz Sarwar dan S Prakash yang mewakili Anwar dan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Khairy.

Perbicaraan kes saman itu ditetapkan selama dua hari mulai 13 April di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Dr Prasad Sandosham Abraham.

Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 Sept, 2007, dan mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO memfitnah beliau dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Beliau berkata, kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007.

Anwar mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu; yang tidak meletakkan kepentingan terhadap perjuangan dan hak orang Melayu dan beliau sanggup mengkhianati perjuangan serta hak orang Melayu hanya untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu menegaskan bahawa Khairy mengeluarkan kenyataan itu untuk membayangkan bahawa Anwar merupakan ejen politik Amerika Syarikat dan Yahudi, selain untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan beliau mempunyai niat jahat semasa membuat kenyataan itu, yang dusta, tidak berasas dan bohong.

Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi untuk menghalang Khairy atau ejennya daripada mengulangi kenyataan itu. - BERNAMA

Monday, January 17, 2011

CALON WANITA DARI PAS MEWAKILI PAKATAN RAKYAT

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Sementara itu suami beliau telah di arahkan bertukar dengan notis 24 jam. Suami beliau adalah seorang guru di Labis ditukar ke Johore Bharu.

UMNO SEMAKIN KRITIKAL..PERMULAAN BAIK UNTUK PR

Sunday, January 16, 2011

Freedom House : Malaysia Disenarai Dalam Kumpulan Negara "Separa Bebas"

Malaysia disenaraikan dalam kumpulan negara "separa-bebas" yang dibelenggui gejala rasuah, pengurusan kerajaan yang lemah serta ketegangan agama dan kaum yang berterusan.

Badan demokrasi antarabangsa, Freedom House, meletakkan Malaysia dibelakang Indonesia, Tanzania dan Israel dalam laporan terbaru yang mengukur tahap demokrasi global.

Laporan Freedom House dibuat berdasarkan tinjauan ke atas laporan media dalam dan luar negara, laporan akademik serta badan bukan kerajaan di Malaysia.

Dari skala satu hingga tujuh, Malaysia sekadar meraih empat mata untuk kategori hak politik dan kebebasan sivil, berbanding Indonesia dua dantiga, Tanzania empat dan tiga dan Israel satu dan dua mata.

Filipina juga kekal di hadapan Malaysia dengan mencatat empat dan tiga mata.

Kebebasan yang menjadi takrif Freedom House adalah kebebasan untuk bertindak secara spontan dalam pelbagai isu.

Dalam menyediakan laporan ini, Freedom House melantik 40 penganalisa dan 17 penasihat akademik menguruskan kaji selidik dan rating, manakala satu pasukan kaji selidik 11 anggota dibantu oleh 20 penganalisa bebas menyediakan laporan serantau.

Tinjauan tertumpu kepada menjawab 25 isu menyentuh proses pilihanraya, penyertaan politik, fungsi-fungsi kerajaan, kebebasan bersuara, hak berpersatuan, kedaulatan undang-undang serta hak individu.

Freedom House menonjolkan manipulasi daftar pemilih dan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang memihak kepada parti pemerintah.

Siasatan tidak berpenghujung seperti kematian Teoh Beng Hock di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, serta hak wanita Islam yang dinafikan keadilan di mahkamah Syariah ekoran layanan yang memihak kepada lelaki turut menjadi perhatian.

Penyalahgunaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menghimpit kebebasan bersuara di ruang maya, penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Universiti dan Kolej Universiti yang berterusan dan menghadkan suara kolektif kesatuan sekerja disebut dengan jelas dalam laporan mereka.


Petikan http://tvsnews.net/v1/


Fuhhhhhhhh ... Banyaknya duit ....

Pendedahan WikiLeaks -

Mahathir n Family ada USD 199.45 MILLION & S$42Mil di Singapura

lihat kat sini

BERITA DARI BLOGGER 2