Tuesday, May 31, 2011

Demo Lynas hampir undang pergaduhan

Perhimpunan membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan oleh kumpulan “Selamatkan Malaysia” hampir bertukar menjadi pergaduhan apabila diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Tindakan kira-kira 120 orang yang menyertai kumpulan itu tidak disenangi kira-kira 20 lagi yang berkelah di pantai itu.

NONEMereka, yang mengaku penduduk tempatan, meminta aktivis Save Malaysia beredar kerana didakwa mencemarkan pantai.

'Selamatkan Malaysia' mengadakan bantahan pagi ini di pantai peranginan Teluk Cempaka, lokasi di mana sembilan anggota panel IAEA yang mengkaji kesesuaian pembinaan kilang itu menginap.

Ia juga lokasi rundingan awam dijalankan.

Kumpulan 20 orang itu kemudiannya dilihat mahu menyuraikan Save Malaysia dengan kasar tetapi dihalang pihak polis.

NONEBagaimanapun, perkara itu terus mengundang kemarahan pihak itu yang mendakwa penunjuk perasaan itu bukan orang tempatan.

"Kami memang daripada Kuantan, ini Tanah Melayu!" kata seorang lelaki yang dikenali sebagai Azman Attar ketika ditanya sama ada mereka mewakili mana-mana kumpulan.

Save Malaysia -- pimpinan pengerusinya Tan Boon Teet -- kemudiannya hanya duduk dan menunggu di penjuru pantai dan meninggalkan tempat itu kira-kira jam 9.30am.

Sementara kumpulan yang menyokong projek Lynas masih tetap di situ.

malaysiakini

BERITA DARI BLOGGER 2