Saturday, August 15, 2009

Tindakan kepada Yang Menggangu Gugat Perlembagaan

Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak, termasuk penulis blog yang cuba mengganggu gugat pelbagai perkara yang sudah dipersetujui dalam Perlembagaan negara, demi menjaga kepentingan seluruh rakyat yang selama ini menikmati kestabilan dan keamanan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Kabinet sudah mengarahkan beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

Kalau Barisan Nasional mengenepikan Perlembagaan apa pula tindakan yang akan diambil. ???? . DS Hishamuddin perlu jawap ini.

Thursday, August 13, 2009

Zambri tak pernah iktiraf Sivakumar sebagai Speaker

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak pernah mengiktiraf V Sivakumar sebagai Speaker sejak Barisan Nasional (BN) menerajui kembali kerajaan negeri pada Februari lalu apabila Sivakumar sekali lagi menggantung beliau daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan didenda RM250,000.

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor berkata sejak BN mengambil alih kerajaan negeri selepas mempunyai majoriti dengan disokong tiga Adun bebas serta melantik Speaker yang baru, beliau tidak pernah mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker.

Apa lah bodoh punya Zambri. Speaker tetap speaker. Bagaimana pula tidak diiktiraf. Perlantikan Sivakumar sebagai Speaker adalah mengikut undang undang. Kalau nak dibuang mestilah mengikut undang undang, bukan dengan mengusung keluar.

Zambri oh Zambri ...

Wednesday, August 12, 2009

Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.


Nik Aziz berkata, untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pengkhianat.

Sebaliknya, beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya. - Bernama

Tuesday, August 11, 2009

Kerosakan Kebel Telepon - Menyepi Hampir Seminggu

Akibat kerosakan kabel telefon , hampir seminggu tak dapat on line. Mail berlambak lambak dan posting diblog yang diikuti juga terlalu banyak. Kena ambil masa nak baca satu persatu. Inilah dia Telekom Malaysia. Kerosakan terpaksa mengambil seminggu untuk dibaiki.

Kalaulah seminggu tak dapat online boleh ditolak pada bil bulanan kan bagus. Ini tidak .. biar sebulan kabel rosak ... sewa bulanan tetap kena bayar.. Tak adil lah macam ini.

BERITA DARI BLOGGER 2