Saturday, March 28, 2009

Najib Kata Keputusan Pilihanraya Kecil Bukannya Petunjuk Yang Baik Sokongan Rakyat

Petikan dari BERNAMA

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gantang, Bukit Selambau and Batang Air bukan semestinya petunjuk yang baik terhadap sokongan rakyat.

Katanya lagi PRK bukannya referendum, referendum hanya bila tibanya dalam pilihanraya umum dimana kita akan tahu samaada rakyat menyokong atau tidak.


P/S Dato Seri dah tahu yang BN akan kalah agaknya .. Itulah sebabnya dia kata PRK bukan satu kayu pengukur terhadap sokongan rakyat .... Elok lah tu Dato' ...


-

Benarkah Bahagian Kehakiman Dibawah Telunjuk Umno

En Mohd Zaidi Mohd Said dari Pulau Pinang salah seorang pembahas di Perhimpunan Agong Umno telah berkata bahawa UMNO tersilap membebaskan Dato Seri Anuar Ibrahim.

Kesimpulan yang saya dapat dari kata katnya diatas ialah selama ini UMNO menguasai Mahkamah dan para hakim hakim apabila membuat keputusan mendapat kelulusan UMNO.
Jadi kalau begitu keadaannya UMNO akan selalu menang dalam semua bicaraan menentang pembangkang, dan ahli ahli UMNO seolah olah menerima imuniti dari segi undang undang.

Dari perkembangan semasa seolah macam ada logik nye kerana semua agensi yang berkaitan dengan siasatan salah laku rakyat seperti PDRM, SPRM agak serius terhadap kes kes yang melibatkan orang bukan UMNO tetapi kalau ia melibatkan orang UMNO dianggap " tiada kes"

Kalau apa yang diucapkannya tdak betul En Mohd Zaidi boleh dianggap telah menghina mahkamah dan lapuran polis harus dibuat.

Dato Seri Dr Rais Yatim Tidak Akan Letak Jawatan

Saya tak berhasrat letak jawatan: Rais

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berhasrat mengikut jejak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Luar selepas tidak terpilih sebagai Naib Presiden dalam pemilihan Umno, semalam.


Beliau berkata, walaupun keputusan seseorang menteri yang tidak berjaya dalam pemilihan partinya untuk meletak jawatan adalah suatu prinsip yang sangat mulia, namun banyak aspek perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.

"Prinsip ini memang lumrah di dunia luar, dan di Malaysia jarang sekali berlaku tapi kita harus menghormati pandangan beliau (Shahrir).


"Namun saya masih berharap agar Shahrir tidak meninggalkan jawatannya sebelum bermuafakat dengan Perdana Menteri akan datang iaitu Datuk Seri Najib Razak," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai keputusan Shahrir hari ini yang meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet selepas kecundang dalam saingan menganggotai Majlis Tertinggi (MT).

Rais berkata apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara rasminya meletak jawatan, menteri di bawah pimpinan Abdullah secara teknikalnya turut dianggap letak jawatan.

"Apabila Perdana Menteri letak jawatan, semua menteri-menterinya dianggap meletak jawatan, ini adalah intepretasi konvensional sistem Westminster.

"Ini ialah prinsip yang diamalkan dan ia sejajar dengan prinsip tanggungjawab bersama. Sama ada ia dipatuhi atau tidak, ia terserah kepada seseorang menteri berkenaan," katanya. - Bernama

P/S Rugi lah letak jawatan kan . Siapa nak bagi bersamaan gaji menteri.... Apa yang penting poket tak kosong ,, Letak jawatan nanti tak berduit pulak...

Friday, March 27, 2009

Khir Toyo Kalah di Sebabkan Pakatan Rakyat

Dari AntiKhirToyo Blogspot:

Wak KHir Toyo menyalahkan Pakatan Rakyat sebagai salah satu punca kekalahannya dalam persaingan merebut jawatan ketua Pemuda Umno Rabu lalu.Jadi 50 undi yang dia kalah tuh adalah anatara yang percayakan kes Balkis. .

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini - tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno wak Khir Toyo berkata kerajaan siasatan Pakatan Rakyat Selangor terhadap isu Balkis telah mempengaruhi pengundian perwakilan.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu bertegas bahawa beliau tidak bersalah kerana siasatan pihak polis mendapati beliau dan pertubuhan tersebut, tidak melakukan sebarang kesalahan.Tak salah lagi, Tak pernah salah, tapi kaya. Macam mana tuh....

Kontroversi membabitkan Balkis tercetus apabila dilaporkan dana miliknya dipindah ke akaun lain apabila Selangor jatuh ke tangan Pakatan dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008.

Bekas presiden Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik, yang juga isteri Wak Khir, dilaporkan telah mengadakan mesyuarat tergempar pada 11 Mac tahun lalu untuk membubarkan pertubuhan itu dan menutup akaunnya sehari kemudiannya.

Siasatan awam kemudiannya diadakan untuk menyiasat perkara itu tetapi Wak Khir hari ini berkata, adalah tidak masuk akal bagi kerajaan Selangor mengadakan siasatan tersebut, sedangkan tiada seorang daripada mereka merupakan 'penyiasat terlatih'.

"Mereka hanya membazirkan masa. Mereka tidak menumpukan perhatian untuk mentadbir negeri itu, walaupun sudah setahun mereka mengambil alih pentadbirannya," tambahnya.

Berita sepenuhnya http://antikhirtoyo.blogspot.com/2009/03/wak-khir-salahkan-pakatan-rakyat-antara.html

Datuk Shahrir Samad Letak Jawatan

Datuk Shahrir Samad akan menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai menteri pada hari Rabu . Tak kan sebab kalah bertanding sampai letak jawatan atau baru tahu yang ahli UMNO dah tak suka kan dirinya. Kalau Ahli umno dah tak suka .... apatah lagi yang bukan ahli umno.

Itu lah bila harga minyak naik cepat cepat naikkan harga minyak tapi bila harga minyak turun tak pula cepat turun harga .

Nampaknya Datuk Sharil Samad yang kena turun ...... elok lah tu sebelum di keluarkan oleh DS Najib .

Menteri menteri lain yang kalah tu ... seperti Azalina bila pulak nak letak jawatan

http://thestar.com.my//umno/story.asp?file=/2009/3/27/umno/20090327122045&sec=umno
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20090327122517/Article/index_html

Thursday, March 26, 2009

SPRM bebaskan Mohammad Fairus

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, yang ditahan malam tadi bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan syarikat kuari di Seberang Prai, dibebaskan petang ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu dibebaskan kira-kira jam 4 petang selepas beberapa jam memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim, mengesahkan pembebasan Mohamad Fairus yang ditahan kira-kira jam 11 malam tadi di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Johor Bahru.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090326180819/Article

Wednesday, March 25, 2009

Shahrizat menang Ketua Wanita Umno

Shahrizat menang Ketua Wanita Umno dan berikrar berjuang bersama Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil menang Ketua Wanita Umno dengan peroleh 507 undi tewaskan Tan Sri Rafidah Aziz (280 undi).

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno yang baru dipilih, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berikrar akan berjuang bersama kepimpinan parti untuk mengembalikan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara untuk semua rakyat Malaysia.

Berucap untuk kali pertama selepas diumumkan pemenang jawatan itu, Shahrizat berkata beliau dan pemimpin dan ahli Wanita Umno lain akan memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai bakal Presiden parti untuk menjayakan perjuangan itu.

"Saya percaya jika 1.3 juta ahli Wanita beri sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak, insyaAllah kita boleh beri kemakmuran kepada bukan saja orang Melayu tetapi juga semua kaum dan agama," katanya.

Pada pemilihan itu, Shahrizat memperoleh 507 undi manakala penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz, mendapat 280 undi.

Mengenai hubungannya dengan Rafidah, beliau berkata: "Masih ada tempat untuk Tan Sri Rafidah Aziz bersama-sama kami dalam pergerakan ini."


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090325215147/Article



Kit Siang diarah keluar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, diarah keluar Dewan Rakyat sehingga selepas rehat tengahari kerana enggan menarik balik perkataan "Umno gila".

Arahan itu diberikan Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat,
Datuk Ronald Kiandee, kerana wakil DAP itu menggunakan perkataan tidak sopan.

Bagaimanapun, Lim mendakwa beliau tidak mengungkapkan perkataan "Umno gila" sebaliknya "Umno gila kuasa". http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090325113243/Article/index_html

P/S . Apa lah ....... Asyik asyik keluar dewan .. gantung lah .. entah apa apa ntah Parlimen ni






Tuesday, March 24, 2009

Zambry tak terkejut pencalonan Nizar

Zambry tak terkejut pencalonan Nizar

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak terkejut dengan pemilihan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Pas bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.


Zambry berkata, Barisan Nasional (BN) akan menghadapi siapa juga yang dipertaruhkan oleh pembangkang kerana ia adalah pilihan parti berkenaan untuk mencalonkan sesiapa sahaja sebagai calon.


"Pilihan itu adalah hak mereka. Nanti kita akan tengok pandangan rakyat terhadap pilihan mereka itu semasa pilihan raya nanti. Pilihan mereka itu tidak mengejutkan," katanya.


Kerajaan Perak pimpinan pakatan DAP-Pas-Parti Keadilan Rakyat (PKR) tumbang pada awal Februari lalu apabila tiga daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu dua Adun PKR dan seorang Adun DAP keluar meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas serta menyokong kerajaan BN.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang pada satu perhimpunan Pas di Taman Kota Jaya di Taiping.

BN telah menamakan Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang, Ismail Saffian, 49, sebagai calon bagi kerusi itu.

Bagi kebanyakan pihak, pilihan raya kecil Bukit Gantang akan menjadi pengukur senario politik negeri Perak. - Bernama


P/s . Tak terkejut tapi takut .. Takut kerana BN /Umno akan hilang wang deposit

Monday, March 23, 2009

Nizar Calon Pakatan Rakyat di PRK P059


Monday, March 23 @ 23:00:12 MYT oleh TokBatin


 Sebentar tadi tepat jam 10.47 malam Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah mengumumkan DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calon Pakatan Rakyat sempena PRK P059 Bukit Gantang. Nizar yang masih menjawat jawatan Menteri Besar yang sah mengikut undang-undang telah dinafikan hak beliau oleh Kerajaan Haram Negeri Perak sekarang ini.

TG Hj Hadi telah memberikan laluan kepada beliau sebagai Calon P059 untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin akan bertemu dengan Ismail Suffian, 49 iaitu seorang anak tempatan Bukit Gantang mewakili Barisan Nasional.

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3864

Wanita Umno perlu berubah: Shahrizat

KUALA LUMPUR: Wanita Umno mesti berani membuat perubahan dan pembaharuan seperti yang dituntut oleh rakyat Malaysia, kata Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Beliau berkata, pergerakan itu perlu bertindak sedemikian jika mereka serius untuk membantu kepimpinan Datuk Seri Najib Razak bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Kepimpinan Wanita Umno tidak boleh mengabaikan nasib 1.3 juta ahli wanita itu sendiri terutama dalam bidang pembangunan ekonomi dan sahsiah mereka serta peluang dan hak mereka dalam parti dan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Shahrizat yang juga penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri berkata, kepimpinan Wanita Umno juga mesti kembali menjadi "juara" dalam isu wanita, keluarga dan syariah serta tidak "lepas tangan" dalam perkara itu kepada kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).


Katanya, langkah itu akan menarik pengundi wanita supaya kembali memberi sokongan kepada Wanita Umno sebagai pembela nasib mereka.

Shahrizat juga berkata, masa depan pergerakan itu kini terletak di tangan setiap perwakilan yang akan mengundi pada Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung mulai esok hingga Sabtu ini.

"Saya yakin mereka akan menunaikan tanggunjawab ini dengan penuh amanah dan bijaksana," katanya.

Shahrizat akan menentang bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, bagi jawatan ketua pergerakan itu. - Bernama

Polis akan mohon waran tangkap Helmi Malek

KUALA LUMPUR: Polis akan memohon perintah mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas teman lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, kerana gagal hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes gambar separuh bogel Adun itu.

Polis telah memberi tempoh kepada Helmi Malek, 32, sehingga Khamis lalu supaya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, namun beliau gagal menghadirkan diri.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat, berkata tempoh yang diberikan kepada Helmi telah tamat dan waran tangkap terhadapnya wajar dikeluarkan.


"Kita telah mengambil keterangan bapanya (Helmi) baru-baru ini. Notis (surat perintah) untuk hadir memberi keterangan telah dihantar kepada Helmi melalui bapanya namun beliau masih gagal hadirkan diri," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.


Minggu lalu, polis mengeluarkan surat perintah bagi memanggil Helmi agar tampil untuk membantu siasatan berhubung penyebaran gambar separuh bogel Wong di Internet yang diserahkan melalui bapanya.

Polis sebelum ini juga mengesahkan Helmi adalah satu-satunya saksi yang dicari bagi membantu siasatan berhubung kes gambar separuh bogel Wong yang tersebar luas di Internet awal bulan lepas.

Mengenai laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Abdul Samah berkata pihaknya akan memanggil penulis buku "Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin" untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Semalam, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Brickfields terhadap penulis buku tersebut yang dikatakan mengugut dan memfitnah beliau. - Bernama

BERITA DARI BLOGGER 2