Saturday, April 11, 2009

ADUN BN kemuka usul undi tidak percaya boleh dipecat - MB Terengganu

Petikan Dari Mstar

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini berkata mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta ADUN Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

"Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

"Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas khabar angin bahawa akan berlaku perubahan beberapa jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa tentang hal itu.

"Itu saya tidak tahulah....Terengganu kena tanya Tuankulah," katanya. sambil menyelar pihak media yang disifatkannya sebagai suka mengembar-gemburkan isu yang tidak diketahui kesahihannya. BERNAMA

Tak tahu apa nak buat ...

Aku tak tahu nak buat apa hari ini.. Nak pergi tengok si indon tu yang tengah buat rumah aku .. aku tau memang tak ada apa apa kemajuan yang menyenangkan mata.

Nak sambar camera SLR digital Nikon konon nak ambik gambar gambar kat Putra dan Cyber ... pulak .. anak aku dah sambar dulu buat spare ambik gambar orang kawin.

Kamera aku pulak ditibainya. Dia pengguna Canon aku pengguna Nikon... selalunya tak berapa sesuai.

Nak pegi memancing ... tak ada pulak member yang mau join .... Takut apa terjadi tak ade pulak orang tau .... nak cari ikan Tilapia... lagi pun hari macam nak hujan aje ..

Terbaca kat blog komen Mahathir perampasan kuasa kat Perak dan komen negatifnya terhadap UMNO/BN . ... Apa lagi Najib .... kembalikan lah kuasa memilih pentadbiran Negeri Perak ke[ada rakyat.

Terbaca juga Pak Imam masjid Simpang Bukit Gantang kena buang .... Tak habis habis UMNO ini dengan perangai buruknya walaupun pilihanraya dah berakhir ....

Friday, April 10, 2009

Padah Politik Cara Lama

Petikan dari Akhbar Metro

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendedahkan bahawa Barisan Nasional (BN), tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN), Bukit Selambau, disebabkan mereka mengamalkan pendekatan politik lama, berbanding parti pembangkang yang menggunakan pendekatan politik baru.

“Kalau lihat pilihan raya kecil di dua bukit (Bukit Gantang dan Bukit Selambau), lihat parti lain, guna methodologi baru tapi Umno dan BN guna methodologi lama.

Komen.

Dah 52 tahun memerintah masih tak tahu UMNO yang gaya mentadbir cara lama. Sekarang baru tahu parti pembangkang telah maju berpuluh puluh tapak kehadapan.

“Kalau zaman muda kita dulu, kita letak songkok, kita letak batang pisang pun menang. Tapi, keadaan berbeza ketika ini,” katanya.

Komen

Jangan menghina Orang Melayu macam itu.. Orang Melayu dulu tak semua macam itu. Ada jugak yang memihak kepada pembangkang seperti Parti PAS dan Parti Socialis.

Yang pentingnya benteras rasuah dalam UMNO mulai dari mesyuarat Cawangan dan Bahagian dan seterusnya Perhimpunan Agong hinggalah ke Pilihanraya.





Tak Malu Ke

Kepada Azalina dan Pak Syed Hamid Albar ......

Dulu orang suruh letakkan jawatan sebagai menteri ... tak mau .. masih.. mahu mempertahankan jawatan. Buat macam Shahril .. gentelman .. terus letak jawatan. Muhamammad Taib pun sama .... kan elok letak jawatan dulu.

Tu lah .... muka tak malu ...... Malu malu ..... tapi mahu .... orang dah tak mahu ... malu kau jadi menteri ..... Sekarang najib yang tak mahu .... Dok lah diam diam ....

Thursday, April 9, 2009

Bolehlah Kemaskan Pejabat..

Puas aku tengok senarai Menteri baru dibawah kepimpinan PM Malaysia ke 6 DS Najib. Aku dok belek sana sini .. dan selak sana dan sini. Tak jumpa menteri menteri yang dulu yang paling aku tak berkenan. Pak Syed Hamid, Pak Muhammad Taib dan of course si Azalina ....

Nampak nya semua Dato dan Tan Sri diatas tak tersenarai dalam kabinet Najib. . Boleh lah kemas pejabat sebelum kena halau.. Aku tak kesian pun tgk kau bertiga ni.. Memang aku tak suka. Selamat jalan ......

DS Nizar pun dulu kena halau tapi statusnya belum selesai... ini aku kesian

Bilakah DUN Perak Akan Di Bubar Secara Otomatis

Kerana tidak bersidang dalam tempoh 6 bulan maka Kerajaan Negeri Perak akan terbubar dengan secara otomatis.

Tetapi bila kah tarikh sebenar tempoh 6 bulan ini ???? . Adakah persidangan dibawah pokok diambil kira. Jika ia diambil kira maka persidangan tersebut dianggap sah oleh BN.

Kalau ia tidak dianggap sah oleh mahkamah maka DUN Perak mesti bersidang sebelum 15hb Mei 2009. Jika persidangan tidak dibuat DUN Perak dengan otomatisnya terbubar dan PilihanRaya negeri patut diumumkan.

Umno /BN berada dalam serba tak kena dalam hal ini.

Kes Altantuya: 2 Dihukum Gantung,

Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Adakah kedua-dua tertuduh itu melakukan
pembunuhan wanita Mongolia atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain. Pada saya ini lah soalan utama yang harus diselesaikan kerana jika mereka ni diarahkan oleh sesaorang .... SIAPAKAH ORANGNYA.. (mungkinkah seperti yang kita dimaklumkan). Dan orang ini tentunya mempunyai hubungan dengan Altantuya.

Apakah hubungan kedua dua yang dituduh dengan Altantuya ??? .
masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan gadis Mongolia tersebut.

Bagi rakyat biasa tentunya pembunuhan dengan cara meletupkan dengan C4 diarahkan oleh sesaorang yang amat berkuasa.



Che Det Ingat dia Boleh Bantu BN Menang

Che Det masuk balik UMNO selepas dia sendiri keluardan dia ingat dia boleh bantu BN untuk menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kesian dia .... tak dapat nak tunjuk pada Pak Lah dan Najib yang dia boleh menggunakan pengaruhnya untuk mengalahkan Pakataan Rakyat.

Che DEt berehat lah ... buat apa nak susahkan diri.. Duduk di rumah je .. bergurau senda dengan isteri dan cucu cucu. Tak kan nak jadi menteri kanan pulak dibawah Najib. Pencen pun dah banyak ... Pencen PM .. pencen MP .... pencen menteri yang mana portfolio yang dipegang sebelum menyerahkan tugas pada Pak Lah. .dan menjadi penasihat syarikat GLC sana sini ... tentunya makan tak habis ..... buat apa susahkan diri ... awak dah tua.....elok lah berehat dan banyakkan amal ibadat

Kenderaan rasmi Fairus diambil semula


BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengambil balik kenderaan rasmi yang digunakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin berikutan peletakan jawatannya berkuatkuasa hari ini.


Kereta jenis Mercedes Benz S320 berwarna hitam dengan nombor pendaftaran P1, yang ditinggalkan di luar pagar rumah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu, diambil oleh kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira jam 3.10 petang ini.

Sebelum ini, kereta itu berada di perkarangan rumah Mohammad Fairus di Taman Guar Perahu tetapi tinjauan di situ hari ini mendapati kereta berkenaan diletak di luar pagar rumah itu.

Bagaimanapun, rumah itu berkunci dan kelihatan kosong ketika dikunjungi pegawai Unit Protokol Pejabat SUK, Azizan Hassan dan beberapa rakannya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Mutakhir/20090408181914/Article

Rombongan umrah Malaysia nahas di Madinah, dua terbunuh

KUALA LUMPUR: Dua anggota rombongan umrah dari Malaysia meninggal dunia manakala empat masih tidak sedarkan diri dan 13 orang cedera ringan apabila bas yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bir Ali, Madinah, Arab Saudi, hari ini.

Jurucakap Wisma Putra, berkata bas yang membawa 19 anggota rombongan itu terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 1.30 petang waktu Malaysia.

"Berdasarkan maklumat awal, dua orang masing-masing lelaki dan perempuan meninggal dunia dipercayai di tempat kejadian manakala empat lagi masih tidak sedarkan diri di Hospital Besar Neeqat, Madinah. Tiga belas lagi ahli rombongan hanya cedera ringan, sudah dibenarkan keluar.

"Semua yang dibenarkan keluar itu, kini sudah pulang ke hotel mereka iaitu Hotel Jawharat Fairus di Madinah," katanya ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika bas dalam perjalanan ke Madinah dari Jeddah.

"Kemalangan berlaku kira-kira 40 kilometer dari Madinah. Bagaimana dan punca kemalangan itu berlaku, kami (Wisma Putra) masih belum menerima laporan lengkap kerana pihak berkuasa di sana masih menyiasat," katanya.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim ketika dihubungi, berkata pihaknya akan memaklumkan laporan penuh esok apabila menerima laporan lengkap dari Kedutaan Malaysia di Jeddah.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090408233009/Article


Kes Saman Malu RM10 Juta Terhadap Ali Rustam


Sebutan kes saman malu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Southern (kini dikenali Hospital Putra) dikemukakan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditangguh 7 dan 8 September depan.

Plaintif, Abdul Hamid Mustapah, 49, diwakili pembantu peguamnya, Noraida Md Noor dari Tetuan Putchucheary Firoz & Mai di Mahkamah Tinggi semalam hampa berikutan defendan gagal menghadirkan diri.

Mohd Ali diwakili Lee Hishammudin Allen & Gledhill memohon di hadapan Hakim Datuk Wira Moktarudin Baki supaya sebutan ditangguhkan berikutan beliau memberikan alasan defendan tidak sihat.

Bagaimanapun, Moktarudin memberi amaran tidak mahu ia ditangguhkan dan menasihatkan jangan mengambil mudah perkara itu berikutan ia boleh membebankan mahkamah.

Manakala, Abdul Hamid yang tertekan dengan tindakan Mohd Ali, memberi peluang terakhir kepada defendan selepas permohonan peguamnya memohon selesai di luar mahkamah dipersetujui.

Saman malu sebanyak RM10 juta difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhir 2005 juga pernah tertangguh dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka pada 30 dan 31 Julai lalu.

Terdahulu, saman itu merupakan tindakan susulan selepas Mohd Ali enggan memohon maaf dan membayar ganti rugi sebagaimana yang diminta Abdul Hamid menerusi peguamnya.

Plaintif mendakwa Mohd Ali memfitnahnya dengan menuduh beliau mengarahkan kakitangan Hospital Southern supaya tidak memberi rawatan kepada bekas Exco, Datuk Ab Rahaman Ab Karim yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor.

Selain itu, beliau juga mendakwa turut dituduh enggan memberi rawatan kepada isteri Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Datuk Ahmad Roslie Johari.

Tuduhan itu dilakukan Mohd Ali ketika mesyuarat Jawatankuasa Kakitangan dan Kewangan Hospital Southern di kediamannya di Seri Bendahara, di sini pada 15 Ogos 2005.

Beliau mendakwa dalam mesyuarat itu defendan memfitnahnya dengan mengatakan Abdul Hamid membuat penipuan akaun hospital terbabit.

Dalam tuntutan samannya, Abdul Hamid mendakwa tindakan Mohd Ali membawa makna beliau (Mohd Hamid) bertindak secara tidak beretika selain menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua sebuah organisasi milik kerajaan.

-sinarharian

Wednesday, April 8, 2009

Mahkamah Persekutuan ada kuasa tentukan isu kerusi DUN Perak

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini menentapkan bahawa ia mempunyai bidang kuasa menentukan isu perlembagaan negeri Perak mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

President Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, menolak bantahan awal oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar.





\http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090408115544/Article/index_html

Tuesday, April 7, 2009

Keputusan Tidak Rasmi Pakatan Rakyat Menang 2 Bukit


Kemenangan gemilang Pakatan Rakyat menerusi calon PAS, DS Ir. M. Nizar Jamaluddin dengan majoriti belum resmi sebanyak 3283 undi

Manakala Calon PKR S. Manikumar di Bukit Selambau menang dengan majoriti belum rasmi sebanyak 2092 undi


(untuk keputusan resmi sila tunggu pengumuman dari SPR ) !


Tahniah diucapkan kepada semua jentera PR, bloggers dan tidak ketinggalan kepada YB Dr Zambri, YB DS Najib, TS Muhyiddin, petugas petugas BN, Berita Harian, Utusan Melayu TV3, RTM 1 dan RTM kerana menyumbang kemenangan PAS- PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau...

Jual Topeng Salah dan Melondehkan Pakaian Perempuqn Tak Salah

Sepasang suami isteri telah ditahan kerana menjual topeng Altantuya dan sehingga kini masih ditahan. Yang menghairankan sangat tu kenapa takut dengan topeng tersebut. Apa ada pada topeng atau adakah topeng yang merupakan wajah Altantuya telah menghantui sesaorang dan orang itu tidak senang duduk dan tidor kerana diganggu..?

Apakah yang hendak disiasat oleh polis dan diambil statement kepada pasangan suami isteri ini...? Adalah tidak dapat difikirkan apakah kesalahan pasangan ini ? Adakah salah menjual topeng yang berwajahkan Altantuya ? Kenapa menjual topeng berwajahkan DS Nizar tidak ditahan..? Tentunya PDRM diarahkan oleh sesaorang yang berkuasa untuk mengambil tindakkan keatas sesiapa yang menjual topeng ini.

Manakala ada pulak dengar berita yang melondehkan seluar petugas wanita PR ditahan. Rasanya boleh dikenakan caj paling teruk seperti cubaan merogol, mengaibkan atau apa apa yang sewaktu dengannya. Yang UMNO dudok diam aje kenapa ? seolah olah bersetuju dengan tindakan petugasnya. Walaupun lapuran polis telah dibuat tentunya ia akan mengambil masa lama dan perbuatan tidak berakhlak tersebut yang dilakukan oleh petugas UMNO akan terus terpendam..

Biasalah PDRM .. Kalau komponen BN buat salah, siasatan dibuat sambil lewa, tetapi jual topeng Altantuya oleh penyokong parti komponen PR ..tak tahu pulak apa salahnya macam kilat bertindak.... Adakah jualan topeng itu mengaibkan sesaorang ??? Apa pula kaitannya ???
Allah juga yang amat mengetahui...

Monday, April 6, 2009

Mahathir - Pelakun Badut Bollywood

Hanya dua hari selepas berpelukan dengan Abdullah, Mahathir terus menyerang Abdullah dan mengulangi kenyataannya dalam temuramah BBC bahawa beliau tersilap melantik Abdullah menjadi penggantinya.

Dalam temuramah itu juga Mahathir menyerang Khairy dan kroni-kroni Abdullah, yang didakwa beliau mempunyai pengaruh yang besar dalam kerajaan
menyebabkan lebih 2000 perwakilan yang menghadiri perhimpunan Umno terkejut dan tergamam.

Mahathir sekarang ini dah masuk UMNO balik. Elok betul perangai dia ini. Bila tak suka meludah dengan berkahak sekali tetapi bila ada sesuatu agenda yang tersirat dia sanggup menjilat balik kahak kahak tadi yang dah dihurungi semut dan lalat. Apa yang di kehendakinya didalam UMNO yang hampir lumpuh tu .....???? . Sama sama lah kita fikirkan . Salah satu sebab mungkin kerana mempertahankan anaknya Mukhriz supaya tidak di tendang atau di peti aiskan oleh Najib. Tapai dirasakan ada lebih dari itu....

Berehat aje lah Che Det ooooi. Berehat macam Pak Lah........ main dengan cucu.

Sunday, April 5, 2009

Kejutan Dari Anuar - Tak Ada Apa Apa Pun

Puas aku tunggu kejutan yang dihebah hebohkan atau digembar gemburkan oleh DS Anuar Ibrahim Dewan Hock Seng in Bukit Selambau. Tak ada apa apa pun yang sensasi. Yang ada cuma penyertaan 6000 ahli PPP kedalam PKR.

Penyertaan 6000 ahli PPP aku rasa bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan kejutan. Kalau lah Pak Lah masuk PKR, itu mungkin satu yang amat mengejutkan atau Tengku Razaleigh Hamzah masuk PKR.

Mata pun dah naik mengantuk duduk depan PC sambil mata liar memerhatikan aktiviti di web anilnetto.com. Ada lebih baik aku tidor dan biar jam loceng aku membuat kejutan dari tidorku subuh esok ..

BERITA DARI BLOGGER 2