Friday, June 17, 2011

HISHAMUDIN LAWAN KHAIRY

Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

NONEKetuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu.

“Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya.

“Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang,” tulisnya mengulas kenyataan Hishamuddin supaya hasrat pemuda Umno itu dibatalkan demi keselamatan negara.

Menurut Khairy, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapai apa sekalipun kemungkinannya.


Malaysiakini

Wednesday, June 15, 2011

PUM gesa dakwa pelukis kartun hina Islam

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 16 Jun: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) memandang serius penyiaran kartun di dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam.

“Perkara ini tidak harus dibiarkan,” ujar Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

Beliau berkata, sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

PUM juga, katanya meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara itu.

Tambahnya, kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“Perkara sebegini sepatutnya mereka mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya lagi.

Beliau menambah, PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan mengadakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama.

BERITA DARI BLOGGER 2