Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membuat lawatan ke kompleks PKNS di Shah Alam semalam sebagai berkata beliau mahu menitiskan air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga tentang kenaikan kadar sewa di Kompleks PKNS.
Sementara Setiausaha Akhbar Menteri Besar Faekah Husin pula telah mengulas dengan menyifatkan gelagat Najib itu sebagai hero filem Tamil. Lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak, katanya. Sebaliknya beliau mendakwa kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.
“ Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.
“Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin Umno yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan Felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka.
“Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan,” kata Faekah
Ulasan.
Nak tergelak pun ada.. Meluat pun ada dengan gelagat Najib ni ......