Saturday, November 23, 2013

IMELDA MARCOS DAN ROSMAH MANSUR



Puas saya tercari-cari apa bezanya Puan Imelda Marcos dengan PUan Rosmah Mansur. Bagaimana perbelanjaan Imelda menghabiskan wang rakyat begitu juga Rosmah. Imelda dengan koleksi kasutnya dan beg tangan manakala Rosmah dengan koleksi beg tangan dan kasutnya juga.

Imelda cantik manakala Rosmah pula terserlah keayuannya (Uiiiiiikkkk..nak muntah rasanya). Dua dua badan besar. 


Imelda suka berjalan makan angin begitu juga Rosmah akan mencari peluang untuk makan angin dan berbelanja besar di gedung gedung terkenal di serata dunia. Kedua-duanya isteri Ketua Kerajaan di Asia Tenggara yang berbelanja besar menggunakan duit rakyat dengan menggunakan jet peribadi dan menginap di hotel yang termahal di merata tempat yang dikunjungi.

Yang masih belum mempunyai persamaan adalah Imelda telah menjadi bekas isteri Presiden Filpina manakala Rosmah masih menjadi isteri Perdana Menteri Malaysia.Marcos dijatuhkan oleh rakyat dan boleh kah ini terjadi pada Najib melalui proses Pilihan Raya.

Adakah persamaan ini akan terjadi.

Wednesday, November 20, 2013

TARIFF LETRIK NAIK ATAU TURUN NI ??????

Kerajaan akan mengumumkan hasil kajian semula mengenai tarif elektrik negara pada tahun depan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ketika ini proses kajian semula itu sudah 50 peratus dijalankan meliputi secara holistik faktor-faktor seperti kos bahan mentah, pengguna dan syarikat penyedia utiliti.

"Sebarang kenaikan kadar tarif elektrik bergantung kepada keputusan kajian semula yang akan selesai pada tahun depan itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Elektrik 2013 di sini hari ini.

Monday, November 18, 2013

ISU BIAYAI JET ROSMAH DIPERSOALKAN.

 Kerajaan hari ini dipersoalkan bertalu-talu oleh beberapa wakil rakyat pembangkang di Parlimen hari ini dalam isu pembiayaan kerajaan terhadap jet eksekutif swasta dalam lawatannya ke Qatar awal bulan ini oleh isteri perdana menteri, Rosmah Mansor

Mereka mempersoalkan sama ada Rosmah diperuntukkan keistimewaan itu berdasarkan peraturan kerajaan.

Menjawab soalan tersebut, Shahidan (kanan) menjelaskan lawatan tersebut diluluskan kabinet.

Mendengar kenyataan itu, MP Gombak, Azmin Ali berdiri dan mendakwa kelulusan itu mengandungi elemen konflik kepentingan kerana perdana menteri sendiri mengetuai kabinet.

MP Sepang, Hanipa Maidin turut bangkit dan mendakwa perdana menteri boleh didakwa di mahkamah jika beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur dalam membuat keputusan yang melibatkan konflik kepentingan.

Diasak bertalu-talu, Shahidan tidak menjawab kedua-dua pertanyaan tersebut.Beliau hanya menjelaskan yang ada perkara tertentu dalam mesyuarat jemaah menteri kabinet bersifat rahsia dan tidak boleh didedahkan.

Beliau juga menegaskan yang lawatan yang dilakukan Rosmah adalah demi kepentingan negara.

Malaysiakini

BERITA DARI BLOGGER 2