Friday, April 12, 2013

Husam menang saman NST

 
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menang dalam samannya terhadap akhbar The New Straits Times, dalam satu keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Tingi Sivil Kuala Lumpur sebentar tadi.

Hakim Datuk Su Geok Yiam membenarkan tuntutan Husam dengan mengarahkan pihak NST membayar gantirugi terhadap Husam yang ditohmah terbabit dalam penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan.

Peguam yang mewakili Husam, Md Yunos Shariff berkata, pihak mahkamah menetapkan tarikh 17 Mei depan untuk membincangkan pengurusan kes dan segala aspek berkaitan gantirugi.

harakahdaily

Thursday, April 11, 2013

Guan Eng anggap Rais mempermainkan demokrasi

 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempermainkan demokrasi dan institusi awam apabila menyatakan kerajaan sementara berhak mengguna jentera kerajaan selagi belum bermula waktu kempen.
Katanya, keengganan BN memulangkan kapal terbang, helikopter dan kenderaan milik kerajaan membuktikan mereka akan memberi fokus kepada 3M iaitu Media, Wang (Money), Jentera (Machinery) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Wednesday, April 10, 2013

BN Ciplak Manifesto - Penyokong PR Ciplak Sayangi Selangor



Manifesto PR di ciplak . Disini penyokong PR pula yang ciplak logo Sayangi Selangor

Tuesday, April 9, 2013

Tan Sri Muhyiddin Yassin dah Malu Terus Merapu


NONE Pakatan Sebenarnya menyalin idea BN ketika merangkan manifesto mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas persamaan antara kedua-dua dokumen itu.

Menolak dakwaan ciplak yang dibuat Pakatan, timbalan pengerusi BN itu menunjukkan beberapa unsur yang didakwa disalin daripada idea dan dasar BN, seperti ikrar untuk mengurangkan harga tol dan harga kereta.

Muhyiddin berkata, pengurangan harga kereta akan dilaksanakan sepenuhnya bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Asean dan akan dicapai "walaupun tanpa cadangan daripada sesiapa" selepas cukai import dimansuhkan.


Malaysiakini
Ulasan

Mitsubishi keluar Lancer. Proton keluar Inspira. Tiba2 Proton kata Mitsubishi tiru Proton.
 

Nie semua salah DS Anwar. He he he .. Kenapalah DS Anwar buat macam ni..........

BERITA DARI BLOGGER 2