Saturday, January 14, 2012

Semua aset NFC telah dibekukan, kata PM

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah dibekukan pada masa ini.
    
Katanya, beliau juga sudah menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC, dengan siasatan polis yang dijalankan dan masa depan NFC itu sendiri.
    
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.

Perdana menteri juga menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk  Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti selama tiga minggu adalah keputusan yang tepat.
    
Katanya, ia akan membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Shahrizat sama ada beliau terbabit atau tidak dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC). - Malaysiakini

Ulasan.

Betul ke dibekukan atau cuma cakap ja ...... Lagi tepat kalau Sharizat tu letak jawatan.... kan lagi baik

NAJIB MERAYU KEPADA RAKYAT SELANGOR - KESIANNYA



Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji segala masalah penduduk di Selangor akan selesai sekiranya rakyat memilih perikatan tersebut untuk memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 depan.
Perdana Menteri(gambar) berkata demikian ketika Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Rimba Jaya, Seksyen 16, di sini.
“Segala masalah penduduk di Selangor termasuk masalah sampah sarap, air dan sebagainya akan selesai sekiranya kerajaan BN memerintah negeri ini,” katanya yang sudah melakukan tiga lawatan dalam sebulan ke Selangor dalam usaha yang dilihat sebagai usaha menawan kembali kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).
MI
Ulasan. 
Kenapa sekarang baru cuba nak selesaikan masaalah?????????????. Masih memerintah dulu kenapa tidak diselesaikan ????? Mungkin ADUN BN sibuk buat duit kot ???? Patut lah banyak ADUN BN kaya raya.. Pantang ada peluang mesti rembat. 

Saya tahu masaalah ini bukan wujud dalam masa 4 tahun ni tetapi telah lama wujud. Jangan percaya cakap Najib tu. Dia apa tahu???? Masaalah di kawasan dia di Pahang pun tidak diselesaikan ini pulak nak menyelesaikan tempat lain. 

Friday, January 13, 2012

Nazri Mengaku Halang Guna Dakwat Kekal Pada 2008

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengaku bahawa beliau merupakan pihak yang bertindak menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.

Jelasnya, cadangan itu dipersoal pada 2008 kerana berbangkit isu perlembagaan berhubung hak warganegara berumur lebih 21 tahun untuk mengundi.

"Pada 2008 ada cadangan menggunakan dakwat kekal. Orang yang persoalkan sayalah," katanya dalam wacana membincangkang pilihan raya bebas dan adil di Kota Bharu malam tadi.



Malaysiakini 

Wednesday, January 11, 2012

Untuk Membuktikan Badan Kehakiman Adil Pembebasan Anwar Saja tak cukup kata Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir

Ketika pemimpin BN bermegah kononnya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II membuktikan badan kehakiman adil dan bebas, seorang bekas menteri dan veteran Umno berpandangan sebaliknya.

NONETan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang kini timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berkata keputusan itu "tidak cukup" untuk menepis persepsi umum yang sering mempersoalkan kebebasan institusi badan kehakiman dari pengaruh kerajaan.

"Ini tidak cukup... Saya harap ia permulaan yang baik, peluang keemasan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya supaya kita semua dapat tidur nyenyak," katanya yang juga bekas menteri pelancongan dan penerangan.

Kadir menjawab soalan berhubung laporan media arus perdana termasuk kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata keputusan mahkamah yang memutuskan Anwar tidak bersalah itu membersihkan kerajaan daripada tuduhan campur tangan dan konspirasi politik.

"Bersejarah tetapi mengejutkan"

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai "bersejarah tetapi mengejutkan", Kadir menegaskan ia peluang terbaik bagi memulihkan imej badan kehakiman termasuk pelantikan Ketua Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria dilihat berpeluang untuk memperbetulkan persepsi itu.
zaki azmi interview 140911Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Kadir berkata Ariffin tidak pernah terbabit dengan parti politik dan seorang yang ‘takut’ kepada Allah berbanding penyandang sebelum ini Tun Zaki Azmi (kiri) yang pernah menjadi penasihat undang-undang Umno.

Sebelum keputusan diumumkan, Kadir berkata beliau pergi ke kediaman Anwar dan menemaninya sehingga ke mahkamah sebagai tanda rasa simpati dan memberi sokongan kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya lagi, sebelum keputusan diumumkan, beliau percaya 70 peratus Anwar yang juga ketua pembangkang akan dihumbankan ke penjara.

Malaysiakini

Monday, January 9, 2012

ESOK APA LAGI ????? SETELAH DATO SERI ANWAR DIBEBASKAN

Liwat 1 .... LIwat 2.... Berasmara dengan pelacur ..... dan lagi dan lagi


ESOK APA LAGI   tuduhan yang akan dikenakan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim  oleh yang membenci mahu pun diluar atau dikalangan sahabat sendiri. 


Harap kita tak akan mendengar lagi segala tohmahan dan cerca dari mana mana pihak terutama sekali semua saluran TV terutama TV3 dan surat khabar seperti Utusan Melayu dan lain lain akhbar yang berpihak kepada UMNO.


Kami akan menyokong dan memastikan yang PRU13 akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

BERITA DARI BLOGGER 2