Wednesday, January 11, 2012

Untuk Membuktikan Badan Kehakiman Adil Pembebasan Anwar Saja tak cukup kata Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir

Ketika pemimpin BN bermegah kononnya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II membuktikan badan kehakiman adil dan bebas, seorang bekas menteri dan veteran Umno berpandangan sebaliknya.

NONETan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang kini timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berkata keputusan itu "tidak cukup" untuk menepis persepsi umum yang sering mempersoalkan kebebasan institusi badan kehakiman dari pengaruh kerajaan.

"Ini tidak cukup... Saya harap ia permulaan yang baik, peluang keemasan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya supaya kita semua dapat tidur nyenyak," katanya yang juga bekas menteri pelancongan dan penerangan.

Kadir menjawab soalan berhubung laporan media arus perdana termasuk kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata keputusan mahkamah yang memutuskan Anwar tidak bersalah itu membersihkan kerajaan daripada tuduhan campur tangan dan konspirasi politik.

"Bersejarah tetapi mengejutkan"

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai "bersejarah tetapi mengejutkan", Kadir menegaskan ia peluang terbaik bagi memulihkan imej badan kehakiman termasuk pelantikan Ketua Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria dilihat berpeluang untuk memperbetulkan persepsi itu.
zaki azmi interview 140911Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Kadir berkata Ariffin tidak pernah terbabit dengan parti politik dan seorang yang ‘takut’ kepada Allah berbanding penyandang sebelum ini Tun Zaki Azmi (kiri) yang pernah menjadi penasihat undang-undang Umno.

Sebelum keputusan diumumkan, Kadir berkata beliau pergi ke kediaman Anwar dan menemaninya sehingga ke mahkamah sebagai tanda rasa simpati dan memberi sokongan kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya lagi, sebelum keputusan diumumkan, beliau percaya 70 peratus Anwar yang juga ketua pembangkang akan dihumbankan ke penjara.

Malaysiakini

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2