Saturday, May 23, 2009

Suasana Aman Penamaan Calon di PRK DUN Penanti

Malaysia ini akan aman damai jika tiada Barisan Nasional demikian kata blogger blogger yang berada dan memerhati suasana semasa penamaan calun PRK Penanti.

Tiada aksi aksi atau "sign" lucah seperti dilakukan oleh Menteri BesarPahang dan tiada caci mencaci antara PR dan BN . Kalau lah begini keadaan nya setiap pilihanraya sudah tentu polis boleh berehat.

Adalah lebih baik BN tidak perlu bertanding pada mana mana pilihanraya akan datang untuk memastikan suasana aman dan damai. Malah pemakaian baju hitam tidak pula disekat kerana tiada pula berita penangkapan penyokong penyokong yang berbaju hitam yang banyak dipakai oleh penyokong penyokong PR.

Yang sedihnya Di Penanti penyokong UMNO tidak dapat menikmati habuan samaada dengan menikmati kemudahan pengangkutan percuma, makan percuma mau pun wang saku yang selalu dinikmati semasa pilihanraya.

Friday, May 22, 2009

kemenangan YB Zambri - Tidak Mungkin DUN Perak DiBubar

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan maka MB haram telah disahkah halal oleh Mahkamah Rayuan dengan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Kes ini belum lagi selesai dan akan terus ke satu peringkat lagi ia itu Mahkamah Persekutuan.

Yang pastinya kemelut politik di Perak tidak akan selesai. Sudah ramai yang mahukan DUN Perak dibubarkan untuk mengembalikan kepada rakyat sebagai penentu.

Yang pastinya YB Zambri tidak akan membubarkan DUN. Kalau boleh jawatan tersebut akan dipertahankan sehinga pilihanraya akan datang. Pembubaran DUN bermakna dia hilang kesemuanya. Hilang jawatan MB, Hilang pencen MB hilang pencen ADUN (Rasanya belum cukup untuk mendapat pencen sebagai ADUN ) dan hilang segala kemudahan. Seandainya pilihanraya diadakan dan katakanlah BN menang, tidak mungkin dia berpeluang untuk menjawat kembali jawatan MB.

Malah jika pilihanraya diadakan harapan BN untuk menang amatlah tipis. Oleh itu mengapa mesti menggadaikan dan memperjudikan kuasa yang ada untuk diadakan pilihanraya yang sudah tentunya peluang untuk mencapai kemenangan adalah tipis.

Kemungkinan besar juga MB Zambri akan kecundang juga di kawasan yang ditandinginya. Manakala bagi ADUN yang melompat tiada kemungkinan mereka akan dicalunkan dimana mana kawasan pilihanraya kecil nanti. Ramai lagi orang BN yang teringin menjadi calun.

Oleh itu pilihanraya DUN Perak adalah pilihanraya yang dianggap Mahkamah Rakyat. Mahkamah Rakyat melalui suara rakyat yang berkuasa berkaitan dengan sah atau tidak sahnya atau halal atau tidaknya seorang calun yang bertanding.

Oleh itu MB Zambri dan lain lain ADUN BN akan sedaya upaya tidak akan membubarkan DUN Perak agar kuasa yang disandang tidak hilang.


Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan beliau mengetepikan perisytiharan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Persidangan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Raus Mohd Shariff bersama Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, sebulat suara membuat keputusan itu selepas meneliti hujah lisan dan bertulis dikemukakan peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham, peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah serta celahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Thursday, May 21, 2009

Jangan Terlalu Yakin Akan Kemenangan - Zambri lwn Nizar

Sama ada YB DS Nizar mau pun YB DS Zambri masing masing berkeyakinan untuk menang dalam kes menentukan siapakah MB Perak yang sah dan siapakah MB Perak yang tidak sah.

Kepada YB Nizar adalah dinasihatkan jangan terlalu yakin kemenangan berpihak kepadanya kerana beberapa kes politik Negeri Perak yang dibawa ke mahkamah tidak banyak yang berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR). Kes V. Sivakumar dan kes ADUN melompat parti tidak berpihak kepada PR.

Manakala YB DS Zambri adalah juga dinasihatkan jangan juga terlalu yakin akan menang. Mahkamah Tinggi telah pun mengharamkan jawatan MB yang di pegang oleh YB DS Zambri. Sifat terlalu yakin selalunya akan memakan diri sendiri.

Rakyat Perak sentiasa berdoa semoga apa pun keputusan esok akan menjadi satu titik permulaan untuk menyelesaikan krisis politik Negeri Perak dengan pembubaran DUN untuk mengembalikan kuasa pada rakyat bagi memilih parti mana yang harus memerintah. Tanpa pembubaran DUN dan seterusnya mengadakan pilihanraya, kemelut politik negeri Perak tidak akan berakhir.

Jika diselesaikan melalui mahkamah apa apa pun keputusan kedua-dua pihak mempunyai hak untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah terakhir negara. Dan apa pun keputusan sudah pasti akan ada pihak yang memohon penggantungan apa-apa perintah.

Jika ianya memihak kepada DS Nizar, sudah pasti DS Zambry akan memohon penggantungan perintah kerana jika tidak, DS Nizar sebagai MB boleh memohon pembubaran Dewan dan ini sudah pasti akan menjejaskan kedudukan DS Zambry sebagai MB.

Sebaliknya jika ianya memihak kepada DS Zambry, sudah pasti DS Nizar akan memohon penggantungan perintah kerana sebagai MB DS Zambry berhak memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang. Jika ini berlaku, suatu undi tidak percaya boleh dikemukakan terhadap DS Nizar dan ini akan menjejaskan usaha DS Nizar merebut kembali jawatan MB.

Walau apa pun, insyallah Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan esok jam 3.30pm di Kompleks Kehakiman Putrajaya. Sama samalah kita tunggu.

Pertarungan akhir Nizar-Zambry

Perebutan kuasa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir berada di peringkat akhir di Mahkamah Rayuan hari ini.

Selepas pembentangan hujah peguam menteri besar BN itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, petang ini giliran peguam Mohammad Nizar berbuat demikian.

Jika tiada pembentangan lain selepas itu, panel tiga hakim dijangka akan membuat keputusan seawal-awalnya esok.


malaysiakini

Sama sama kita berdoa supaya keputusan berpihak kepada YAB DS Ir Nizar Jamaludin

Wednesday, May 20, 2009

Zambri lwn YAB Nizar - YAB Nizar lwn Zambri

Esok kes Zambri lwn YAB Nizar dan YAB Nizar lwn Zambri akan didengar oleh Mahkamah Rayuan. Ramai yang telah meramalkan keputusan kes ini berpandu cara layanan Mahkamah Rayuan kepada kedua duanya. Disatu pihak mahkamah telah membuat keputusan dalam masa tidak sampai 3 jam manakala di satu pihak lagi berhari hari menunggu untuk didengarkan.

Apa pun terjadi dan siapa pun yang menang DUN Perak hanya boleh di selesaikan dengan berhakimkan rakyat melalui pilihanraya. Jika ia berterusan melalui proses perundangan ianya tidak akan dapat menyelesaikan kemelut politik di Perak ini kerana ia akan berterusan ke Mahkamah Persekutuan.

Masaalah politik selesaikan melalui secara politik ...iaitu melalui pilihanraya .

Wak Tempe Akan Ambil Tindakan Mahkamah

SHAH ALAM 20 Mei – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mungkin mengambil tindakan mahkamah ekoran keputusan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang bercadang menggantung beliau daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama setahun.

Katanya, tindakan tersebut merupakan antara keputusan yang boleh dilakukan oleh beliau termasuk empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) mengenai perkara itu.

Bagaimanapun katanya, tindakan sebenar terhadap Selcat itu akan diputuskan setelah beliau menerima nasihat daripada peguamnya. - Utusan

Tuesday, May 19, 2009

Wak Tempe Kena Gantung

Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menggantung ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (Wak Tempe )daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.

Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.


Kabare Wak ????? .. Wak jangan risau . Wak boleh bawak ke Mahkamah Persekutuan. Mamak Zombie yang tak berapa cerah yang kena gantung pun boleh lepas. Masa kan Wak yang pipi gebu tak boleh lepas ???? ... Jangan tak bawak kemahkamah Wak .... Tetapi jangan bawak ke Mahkamah Tinggi ... Nanti wak kantoi macam Mamak Zombie ....

Siasat Umno atau Pas

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlakunya 'politik wang' dalam PAS menjelang Muktamar ke-55 parti itu bulan depan.

Mstar

Suruh SPRM siasat Ketua Pemuda tu dulu .... kan dah terang terang bersalah dan diberi amaran oleh UMNO. Suruh SPRM juga siasat Ali Rustam berhubung dengan kaitannya dengan politik wang dan sabitkan mereka mereka ini dibawah Akta Pencegah Rasuah .

BN nafi taja calon Bebas tanding di Penanti

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak pernah menaja mana-mana calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan.

Bercakap dalam sidang akhbar Ibu Pejabat Umno di sini, tengah hari ini, beliau berkata BN adalah parti berprinsip dan tidak akan terjebak dengan permainan politik pembangkang.

Semalam, mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memutuskan BN tidak meletakkan calonnya bertanding di Penanti.

Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Petaling Jaya, malam tadi berkata, pembangkang mungkin menghadapi calon Bebas yang ditaja Umno di Penanti.

Berita Harian Online

Bolehkah dipercayai cakap Najib ini ??????

Monday, May 18, 2009

Peristiwa Dalam Sejarah

The Star Online berkata: “Barisan Nasional memutuskan tidak bertanding pilihan raya kecil Pananti, Pulau Pinang, 31 Mei ini. “Pengerusi BN, Mohd Najib Abdul Razak sebagai berkata: “Kami berasa pilihan raya kecil ini tidak diperlukan; kami tidak akan turut serta dalam mainan politik pembangkang.” “Dia berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.”


Apa dah jadi ????? Kenapa mesti mengalah sebelum berjuang ???? Rasanya belum pernah BN nasional tidak meletakkan mana mana calun mahu pun dalam Pilihan Raya umum atau Pilihan Raya Kecil.. Apa dah jadi ....???? Mana perginya keberanian dan keangkuhan UMNO /BN.


Mungkin UMNO tidak berani melawan parti pembangkangan jika berhakimkan rakyat kerana sudah tahu keputusannya. Walau bagaimanapun parti pembangkang berani melawan kes kes dengan UMNO di mahkamah walaupun kemenangan berpihak kepada pembangkang adalah tipis.


Siapa anak jantan .. dan siapa yang bukan .... ????






Tiada Berita Pembubaran DUN Perak

Dah puas melompat dari satu blog ke satu blog untuk mencari maklumat mengenai pembubaran DUN Perak seperti mana yang telah dikhabar anginkan 2 atau 3 hari yang lepas.

Maklumat tentang pembubaran DUN ini telah dipetik dari TV Antara yang dijangka diumumkan hari ini. Tidak tahu dimana punca maklumat tersebut diperolehi . Walau bagaimana pun rakyat Negeri Perak menaruh harapan yang tinggi untuk DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya yang baru diadakan.

Semoga parti parti politik komponen BN dan parti politik komponen PR berbuat sesuatu berkaitan dengan perkara ini demi masa depan raayat Neger Perak.

Diharap Tuanku Sultan Perak perkenankan pembubaran DUN Perak.






Sunday, May 17, 2009

Keluar Dari Politik Sekejap - Penyakit Penyakit Berbahaya.

Dipetik dari http://meiyenn.blogspot.com/
Diterjemah dan diolah oleh Pak Lubis


Adakah anda semua bosan ? Adakah anda jemu dan benci apa yang terjadi pada politik dinegara ini ?? Jika kita fikir fikirkan seakan akan kita tidak dapat menerimanya ... fikirkanlah kecuali kita tidak dapat berfikir kerana mati tersungkur serta merta. Baca dan fikirlah apa yang dinyatakan dibawah ini.


Kes 1.
Selsema AH1N1 dinegara ini telah tiba dengan kapal terbang dari Newark, New Jersey pada 13 Mei. Ia tiba bersama sama seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang pada mulanya mengalami demam panas , sakit tekak dan sakit sakit badan pada hari ketibaan. Sehinga kesaat ini 6 orang telah pun dimasukkan ke hospital.


Kes 2 (Tengah Panas)
Kenalan wanita kepada pesakit kes yang pertama dalam penerbangan daripada Amerika Syarikat itu telah disahkan dijangkiti penyakit yang sama. Itu adalah jangkitan yang pertama.
Lima belas krew penerbangan MH091 dikurantin di rumah dan mereka dalam keadaan sihat
. Terdapat 192 penumpang lagi dalam penerbangan MH 091 tetapi dimanakah mereka ??? Kemungkinan salah seorang adalah jiran kita.

Kes 3
Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 20an adalah dalam pemerhatian dan dikuarantinkan di Hospital Sultan Amad Shah, Pahang selepas menunjukan tanda tanda dijangkiti oleh selsama AH1N1, sekembalinya dari Haadyai, Thailand
.

Kes 4
Seorang pendatang tanpa izin warga Myanmar yang ditahan di Kem Tahanan Juru, Bukit Mertajam didapati mati kerana menghidap penyakit " leptospirosis". Kita jarang mendengar penyakit ini. Leptospirosis adalah penyakit terpencil yang merbahaya yang bakterianya mudah berjangkit. Ia didapati didalam air tawar yang dicemari oleh kencing binatang ..... Yeeeeeeek .... Penyakit yang menjijikkan ...


Sejak itu 24 orang telah dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam dan 2 lagi di Hospital Seberang Jaya. Jika anda mengidap demam panas dan sejuk , sakit kepala, mata merah, sakit sakit otot, rasa loya dan muntah hendaklah cepat ke hospital.

Kes 5
29 orang pelatih dari Pusat Latihan Polis Air Hitam (Pulapah) dibawah pemerhatian di Hospital Jempol selepas salah seorang dari mereka mai kerana "acute pericarditis" .. Apa penyakit nya tu ????


Ia adalah radang selaput (yang menyerupai kantong atau karung) untuk melindungi jantung . Penyakit ini datang dengan rasa kesakitan serta merta dan menyebabkan cecair dan komponen komponen darah seperti "fibrin", darah merah dan putih memenuhuhi kantong tersebut. Saya harap saya betul tentang ini.

Kes 6
Penyakit meningitis yang merebak di Melaka, sehingga hari ini 46 orang telah diasingkan di Hospital Melaka. Seorang jurulatih telah meninggal dunia akibat penyakit ini.


Kes 7

Seramai 101 penumpang dan lima krew penerbangan AirAsia AK5358 penghidap influenca A (HINI) - dari Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu. Penumpang dan krew dalam penerbangan ini akan dikurantin di rumah berkuatkuasa serta.


Kes 8.
Sebuah tadika di Kajang telah ditutup selama seminggu sebagai langkah berjaga jaga selepas 4 orang kanak kanak menghidapi penyakit kaki kuku dan mulut. Telah dilapurkan juga 3 tadika lain di Kuala Lumpur telah ditutup buat sementara waktu berikut tersebarnya wabak penyakit ini. Tadika tersebut ialah Taman Desa (3 kes), Bandar Manjalara (3 kes) dan Bangsar (5 kes)

Apa dah jadi ???? Kenapa ramai orang yang sakit akibat berbagai penyakit penyakit berjangkit yang ujud dengan tiba tiba ??? Amat menakutkan ... Adakah amalan kesihatan dinegara ini terlalu buruk sehinggakan penyakit penyakit ini mudah mendekati kita ???

Apakah pekerja pekerja asing yang datang ke Negara ini telah melalui pemeriksaan kesihatan yang sepenuhnya dan disahkan tidak membawa penyakit penyakit oleh doktor yang bertauliah. ??? Bagaimanakah pula pendatang tanpa izin yang datang tanpa di periksa ???? Adakah mereka bebas dari sebarang penyakit yang berjangkit ???

Apakah tindakan Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai berhubung dengan kemunculan tiba tibanya penyakit penyakit ini diseluruh negeri. Apakah tindakan susulannya untuk mengatasi keadaan ini sebelum ia menjadi sukar dikawal. Kita bukan hanya berbincang mengenai AH1N1 sahaja tetapi terdapat 4 penyakit muncul pada waktu yang sama. Perkara yang amat menakutkan mungkinkah ada lagi penyakit yang akan muncul ????

Adakah kita perlu berjalan jalan dengan memakai topeng muka demi untuk keselamatan dan kesihatan. ???? Adakah ini cara hidup kita masa hadapan ????

Selamat Hari Ulang Tahun yang ke ?????

Selamat Hari Ulang Tahun
Kepada
Pak Lubis

semoga panjang umur
dan
murah rezeki.



kena bagi ucapan untuk diri sendiri

BERITA DARI BLOGGER 2