Melihat para penyokong hadir pada ceramah PR di Negeri
Sembilan adalah sesuatu yang sangat menarik dan jika ianya dipindahkan ke dalam
bentuk undi ia akan berpihak kepada PR kerana mereka sekurang-kurangnya dapat
mengekalkan “status quo”. Sebelum ini
mereka mempunyai 16 kerusi negeri manakala BN mempunyai 20 . Dengan perbezaan yang hanya
4 kerusi DAP dan PR mempunyai 4 tahun untuk menyediakan dan
merancang untuk mengambil alih Negeri Sembilan.
Masaalah utama adalah penglibatan DAP dalam menentukan MB
Negeri Sembilan. DAP mempunyai 10 kerusi di DUN sebelum ini dan berperanan
besar bagi memutuskan arah tuju negeri ini. Jadi mengapa tidak DAP memilih calon sendiri
untuk MB? Mengetahui kaedah-kaedah yang menyatakan bahawa hanya seorang Melayu
mesti menjadi Menteri Besar adakah DAP tidak mahu mempunyai Menteri Besar di
negeri-negeri lain selain daripada Ketua Menteri sendiri di Pulau Pinang?
Dengan meletakkan hanya beberapa calon Cina dan India, DAP
telah kehilangan peluang untuk mencadangkan MB bagi negeri kerana ia juga tidak
mempunyai satu calon tunggal Melayu diseluruh Negeri Sembilan ?
DAP tidak ketandusan calon Melayu. ASPAN ALIAS adalah Blogger yang pergi ke semua ceramah dan telah meyakinkan orang Melayu di seluruh negara
bahawa DAP bukan sebuah parti cauvinis Cina tetapi juga menerima Melayu. Beliau
adalah seorang tokoh yang berwibawa dan seorang penulis blog terkenal di Negeri
Sembilan. Memberinya kawasan kemenangan pasti akan memastikan dia tempat
sebagai calun Menteri Besar.
Seandainya PR dapat menakluki Negeri Sembilan maka calun
Menteri Besar akan dipilih antara calun Pakatan Rakyat dan PAS.
Petikan dan diterjamakan dari MalaysiaToday