Thursday, April 25, 2013

JIKA PAKATAN RAKYAT DAPAT MENAKLUKI NEGERI SEMBILAN DAP TIADA CALUN MB




Melihat para penyokong hadir pada ceramah PR di Negeri Sembilan adalah sesuatu yang sangat menarik dan jika ianya dipindahkan ke dalam bentuk undi ia akan berpihak kepada PR kerana mereka sekurang-kurangnya dapat mengekalkan “status quo”.  Sebelum ini mereka mempunyai 16 kerusi negeri manakala  BN mempunyai 20 . Dengan perbezaan yang hanya 4 kerusi  DAP dan PR  mempunyai 4 tahun untuk menyediakan dan merancang untuk mengambil alih Negeri Sembilan.

Masaalah utama  adalah penglibatan DAP dalam menentukan MB Negeri Sembilan. DAP mempunyai 10 kerusi di DUN sebelum ini dan berperanan besar bagi memutuskan arah tuju negeri ini.  Jadi mengapa tidak DAP memilih calon sendiri untuk MB? Mengetahui kaedah-kaedah yang menyatakan bahawa hanya seorang Melayu mesti menjadi Menteri Besar adakah DAP tidak mahu mempunyai Menteri Besar di negeri-negeri lain selain daripada Ketua Menteri sendiri di Pulau Pinang?

Dengan meletakkan hanya beberapa calon Cina dan India, DAP telah kehilangan peluang untuk mencadangkan MB bagi negeri kerana ia juga tidak mempunyai satu calon tunggal Melayu diseluruh Negeri Sembilan ?

DAP tidak ketandusan calon Melayu. ASPAN ALIAS adalah Blogger yang pergi ke semua ceramah dan telah meyakinkan orang Melayu di seluruh negara bahawa DAP bukan sebuah parti cauvinis Cina tetapi juga menerima Melayu. Beliau adalah seorang tokoh yang berwibawa dan seorang penulis blog terkenal di Negeri Sembilan. Memberinya kawasan kemenangan pasti akan memastikan dia tempat sebagai calun Menteri Besar.  

Seandainya PR dapat menakluki Negeri Sembilan maka calun Menteri Besar akan dipilih antara calun Pakatan Rakyat dan PAS. 

Petikan dan diterjamakan dari MalaysiaToday

1 comment:

Unknown said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m

BERITA DARI BLOGGER 2