Saturday, April 2, 2011

Ku Li: Dedah video seks bukan budaya Melayu, Islam

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini membidas pihak yang mendalangi video lucah untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang. Katanya, rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

NONE
"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya.

“Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," kata mantan menteri kewangan dan bekas naib presiden Umno itu.

Dalam wawancaranya di
TV Selangor, Tengku Razaeligh yang juga dikenali 'Ku Li' menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu, menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah.


"Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," katanya.

Menurut Razaleigh biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.

"Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," katanya.

Bukan budaya Melayu, Islam

Tiga individu - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mengaku mendalangi penayangan video itu kepada wartawan terplih pada 21 Mac lalu.

azlanMereka mendakwa rakaman itu menunjukkkan seorang pemimpin kanan pembangkang yang mirip Anwar sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari.

Anwar kemudiannya membuat laporan polis bagi membolehkan polis menyiasat siapa pelaku dalam rakaman itu.

Pada sidang mediannya, ketua umum PKR itu menjelaskan pada malam adengan rakaman itu, beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitternya.

Razaleigh berkata perbuatan mencantas ahli politik dengan taktik-taktik keji seperti menayangkan video seks "bukan budaya" Melayu mahupun Islam kerana ia amat keji.

azlan"Saya tak tahu di mana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau.

Semalam, Ketua Polis Negara Ismail Omar membuat pengumuman bahawa video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Kenyataan Ketua Polis Negara itu menimbulkan pelbagai kecurigaan kerana adalah difahamkan polis tidak mengambil keterangan daripada pihak-pihak yang relevan untuk memperakukan keterangan Anwar sebelum ini.

Malaysiakini.

Ku Li kata:Dedah video seks bukan budaya Melayu, Islam
Saya kata:Dedah video seks adalah budaya Umno.


Video Aksi Seks Tulin kata Ketua Polis Negara


Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa video tesebut adalah tulin.

Jadi sahlah video tersebut adalah video lucah yang tidak disuperimpose atau telah di photoshop atau yang telah diolah dan diedit dan bukanlah video pasangan yang hanya baring diatas katil atau tengah minum teh tetapi telah di olah dan di edit menjadikan ia sebua filem aksi panas.

Apa lagi yang harus ditunggu, pengedar dan penerbit filem serta yang memilki video ini ini harus di tangkap dan di hadapkan ke mahkamah dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Penapisan Filem 2002.

Pihak polis dan peguam negara kenalah bertindak segera supaya mereka serta kuncu-kuncunya yang terlibat yang memiliki dan menayangkan bahan lucah ini ditahan tanpa mengira siapa mereka dan jangan memilih.


Friday, April 1, 2011

UTUSAN TIDAK SIARKAN SEPENUHNYA ULASAN HARUSSANI, MUFTI PERAK

Semalam dalam laporan The Malaysian Insider, Harussani menafikan tanggapan itu konon beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.



“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” kata Harussani kepada The Malaysian Insider semalam.

Dalam hal ini, Utusan Malaysia perlu bertanggungjawab kerana tidak amanah menyebarkan berita yang jujur dan tepat.

Kenapa perlu disembunyikan kenyataan penuh Harussani dan hanya sekadar menulis video seks itu adalah fitnah sahaja.

warkahdaily

Thursday, March 31, 2011

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru Rakyat Sarawak perlu menolak "hantu" dan "jembalang"

Rakyat Sarawak perlu menolak "hantu" dan "jembalang" yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April depan adalah peluang terbaik bagi rakyat Sarawak berbuat demikian.


Muhyiddin berkata "hantu" dan "jembalang" itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini.


"Perjuangan mereka hanya untuk kepentingan suku sakat mereka... bukan untuk semua rakyat. Ini (pilihan raya negeri) adalah detik penentuan yang penting bagi rakyat Sarawak untuk masa depan yang terjamin," katanya ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching hari ini.


Ulasan

Apa orang lain kata tentang kata TPM ????Sebahagian komen tentang Mahyuddin ...untuk membaca semua komen baca Malaysiakini

Roslee Ayob · Top Commenter · Sek men jitra
Janji Jembalang

Jangan kata janji jembalang tuan, tak elok. Nak tau jembalang atau tidak, bagilah Pakatan Rakyat perintah selama tiga penggal. Kalau tak tertunai janji dlm tiga penggal, barulah boleh kata janji jembalang.

Pelik, seorng timbalan perdana menteri boleh cakap mcm tu sedangkan PR belum lagi perintah negara. Harap rakyat Sarawak tidak bodoh termakan kata2 TPM ini. Nak tau janji jembalang atau tidak bagi PR peluang perintah. Umno dh perintah 53 tahun pun negara masih mundur ke belakang, sebab otak mereka maju!

Cucu Mat Candu: Tak sabar nak tengok Sarawak tumbang.

Ahmad Shafei · Top Commenter · Perunding Takaful at Zol's OrganisationSeorang TPM telah menghina pemimpin yang dipilih secara sah oleh rakyat dgn hinaan hantu dan jembalang....ini menunjukkan betapa despradonya BN utk menang.TPM telah menghina RAKYAT apabila memberi label itu kepada pemimpin yang dipilih rakyat..malang sungguh TPM membodoh dan mendungukan dirinya sendiri...

  • Irex Dan · Univeristy of Herbs
    Kenapa selepas 47 tahun bersama2 membentuk Persekutuan Msia, isu2 pembangunan masih hebat diperkatakan di swak? Ambil contoh, jalan2 yg menghubungkan bandar Sibu - Bintulu, ada part yg masih tahap "jalan kampung". kalau nak ke pedalaman, lagilah teruk jalannya... ops... lupa pulak saya.. Swak "negeri TERMISKIN" di Msia...hahaha

  • Shahabudin Shah · Works at Jabatan Kerja Raya
    deorang la tu hantu jembalang tu..dok buat janji2..dh berapa lama memerintah tp pa pun tak da..bla nk pilihanraya br nk terhegeh..bg api, air, jln..masa memerintah dlu buat tak tau ja...harap rakyat kat sana boleh pikir la...dh lama deorang memerintah...

  • Ismail Rosiah · Top commenter · Shah Alam, Malaysia
    yang menjadi pembakang pun rakyat malaysia...yang menyokong pembakang pun rakyat malaysia...ada ker patut seorang TPM menyatakan rakyat nya jembalang atau lebih tepat hantu...

  • Erika Natasha
    hehe, jembalang? dah terlebih tgk tv cerita seram la tuuu...

  • Muqlis Al-jabbar
    bro otak TPM kita..sama ngan otak burung kasawari...otak kecik..kekeke

  • Shaifuddin Sulaiman · SMBAS 82~86
    Tahniah RA: mai kita rakyat swk ni pi undi PR. tlg sebarkan azam kita nak tengok BN tumbang....

  • Syahreer Hadi Munir · Johor Bahru
    org tua tak sedar diri mahyuddin ni rupanya.. yg dia cakap tu sume tentang BN. taib cilaka tu dah kikis harta sarawak. jembalang tanah. tua kutuk tak sedar diri. negeri kaya tapi rakyat miskin.. miskin habis! ni nak pilihanraya, juta2 masuk.. sapa yg dpt? rakyat? pegidah mabuk! orang2 kampung sarawak! ini la masa utk anda mgubah nasib.. bagi peluang kat PR.. takyah lama.. klu Roslee kata 3 penggal.. sy kata sepenggal pun jadik la.. PR gagal.. korang pangkah la malaon2 BN ni balik. p mmpos sama BN..

  • Subki Arabi Abdul Rahman · Pembuat Keputusan at Persendirian
    aku tengok muka mahyudin di macam cepat muak.

  • Akiro Kiro
    Bomoh-bomoh dan jembalang memang permainan mereka yang gilakan kuasa......

  • Yazid Bon · New York, New York
    Kalau nak membodohkan diri sendiri lantak awaklah TPM jgn nak bodohkn rakyat yg hidup di era teknologi cyber ni melainkan org yg sanggup membodohkn diri sendiri je iaitu di kalangan puak2 mereka sj boleh percaya bulat2 wlu mereka hidup di era teknologi cyber ni di mana maklumat byk boleh diperolehi dan buat perbandingan.

  • Muhamad Shahril · Johor Bahru
    nampak bebeno byk sgt tengok cite hantu kat tv amngok. sebaik2 percakapan tu disertai dgn nas alquran dan sunnah sbg peringatan. rasanya susah nak tengok depa nak berhujah ngn alquran dan sunnah sbb berhujah tuk dunia semata2.

  • Zahari Bin Selamat · Kuala Lumpur, Malaysia
    Yg jembalang ni Bee End lah tu apa yg d'maksudkn oleh TPM ! kita tengok nanti Sarawak Bee End tumbang, sah lari lah smue jembalang2 yd ada d'Sarawak nanti....

  • Abdul Samad Alias · SM Methodist (ACS) Kampar Perak Darul Ridzuan
Inilah otak dungu TPM yang tak mahu malu sanggup gelar orang dengan perkataan seperti itu. Dizaman serba canggih masih percaya kepada hantu dan jembalang. Yang orang tak tahu hanyalah penyamun dan penyanggak zaman seperti yang Taib mahmud dan kuncu2nya buat di Sarawak. Tak percaya pergi tengok sendiri di kawasan pendalaman keadaannya lebih teruk macam sebelum merdeka setelah 30 tahun Taib Mahmud dan kuncu2nya memerintah. Bagi peluang kepada Pakatan Rakyat wahai rakyat Sarawak kamu pasti akan melihat perubahan tersebut dengan mata dan kepala kamu sendiri. Ngap Sayot Sarawak.......

Rosman Kadir · Kuala Lumpur, Malaysia
Siapa jembalang sebenarnya???? mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan...siapa????bukan ke Umno/Bn? bukan setakat janji perbodohkan rakyat 54thn memerentah janji macam2 janji..lepas menang pilihan raya habuk pun tara...Buku Jinga janji pakatan dibuktikan jika memerentah...tgk aja Negeri diperentah PR rakyat lebih hidup selesa berbanding pemerentah BN......jadi siapa jembalang sebenarnya?????jembalang tanah,jembalang air jembalang langit jembalang bumi dan segala bapak, hatuk jembalang sebenarnya adalah UNNGOK/ Be End...

Tuesday, March 29, 2011

Trio 'Datuk T'akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat

Trio 'Datuk T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.


Woooi Nazri ...... kenapa bangang sangat ,,,,, Apa yang kau cerita tentang Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat.... Trio T tu akan di tuduh memiliki dan menayangkan filem lucah....

Yang boleh diberi perlindungan adalah siapa yang menjadi saksi kepada kes ini.... bukan yang OKT


Dah berapa kali cakap ...... awak tu memang banganng,,,, kenapa lah Najib lantik kau jadi menteri...... memalukan

Sunday, March 27, 2011

Tidak Tahan Sebab Tidak Cukup Bukti - Ketua Polis Negara

Sepasukan empat pegawai dan anggota Bahagian Kawalan Filem (BKF), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Cawangan Negeri Sembilan telah menyerbu sebuah kedai di kompleks beli-belah Terminal1 kerana disyaki menjual permainan komputer berunsur lucah dalam bentuk cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) kepada pelanggan termasuk golongan remaja.

Dalam serbuan itu, penjaga kedai, seorang remaja lelaki berumur 17 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) kerana disyaki mengedar filem lucah.

Sementara itu berhubung dengan pengedaran/menayangkan video lucah oleh Dato' T, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah ditanya berhubung laporan bahawa mereka telah pun ditangkap.

"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti,"

Ulasan,

Kalau video nya dah dapat dan telah pun diserahkan apa bukti lagi yang diperlukan untuk disabitkan kesalahan mengedar/memiliki video lucah. Mengapa tidak ditahan untuk siasatan lanjut seperti kes diatas???

Kenapa pula sekarang malu atau takut orang gelakkan polis. Sebenarnya rakyat dah lama gelakkan polis. Tak kan tak tau ...

Tak kan tak cukup bukti lagi. Kalau kurang boleh lah cari bukti lain ..... macam tak biasa pulak.... Tllam dan bantal boleh di usung ke mahkamah sebagai barang bukti.
Macam tak biasa pulak ....

BERITA DARI BLOGGER 2