Saturday, October 26, 2013

NAJIB RISAU MASAALAH KENCING MANIS

Beginilah ungkapan kerajaan BN/Umno yang tak pandai (bodohlah tu) tentang penyakit kencing manis atau tak pandai (bangang) dari pelbagai aspek walau pun ramai pakar pakar dalam pentadbiranya.

Najib kata Kerajaan risau akan masalah kencing manis yang melanda rakyat Malaysia. Jumlah mereka yang menghidapi diabetes dianggarkan seramai lebih 2 juta orang dan itu hanyalah jumlah mereka yang mendapatkan rawatan kerana tahu ada masalah. Jika dicampurkan dengan mereka yang masih tak tahu angka itu mungkin meningkat kepada 4 juta orang!!!.

Oleh itu kerajaan buat keputusan untuk naikkan harga gula dengan manarik balik subsidinya. Kenaikannya taklah banyak sangat. Untuk sekilo harganya meningkat hanya RM0.35 sen sahaja.

Yang kerajaan BN/Umno tak pandai sangat (dungu) ialah mereka tak tahu bukan hanya gula penyebabkan kencing manis tetapi ialah makanan yang banyak mengandungi carbohydrate seperti beras dan gandum.

Tapi kebodohan nya itu ada baiknya, kalau dia orang tahu beras dan gandum dan lain lain makanan yang mengandungi carbohydrate penyebab kencing manis sudah tentu mereka mempunyai sebab untuk menaikkan harga beras atau gandum atau makanan yang seumpamanya.

Janganlah selepas Najib baca posting inji dia akan mengurangkan subsidi barang barang ini (jika Ada) atau menaikkan cukai gandum dan beras.

Monday, October 21, 2013

ALI KETAM TERKILAN KERANA PERWAKILAN UMNO MELAKA TAK SOKONG.



Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ali berasa terkilan apabila hanya satu daripada enam bahagian Umno di negeri itu mengundinya untuk jawatan tersebut.

"Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi satu daripada tiga tempat bagi jawatan naib presiden.

"Kalau nak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih berasa terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.

"Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat, tiada siapa nak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi ketua menteri, semua sokong saya," katanya seperti dilapor akhbar itu.

BERITA DARI BLOGGER 2