Friday, June 19, 2009

Si Lembut atau Si Lembik atau Selembu Mula Bersuara

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mahu PAS berpecah dalam isu perbincangan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu.

“Saya berharap tidak berlaku perpecahan berhubung sokongan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa terhadap kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Jangan khuatir Hisham .....Pas tak mungkin akan berpecah cuma mungkin
Nasharuddin Mat Isa akan meletakkan jawatannya dalam Pas dan mungkin sebagai MP atau dia akan masuk UMNO..

Siapa Rais Yatim - Presiden Pas ke Atau Tim Presiden Pas atau HamPAS ??


KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan anggota Parlimen Bachok ekoran menyokong idea penubuhan kerajaan perpaduan, adalah tidak wajar.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Nasharuddin dipilih oleh perwakilan parti itu untuk bergandingan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerajui parti itu.


Siapa orang yang tidak sedar diri ini.???? ..Siapakah dia Rais Yatim yang boleh cakap begini ?????? - Adakah dia Presiden Pas ke Atau Tim Presiden Pas atau
HamPAS ????.

Nizar fail rayuan, minta kes didengar 11 hakim

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin petang tadi menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan di sini berhubung pengisytiharan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Permohonan rayuan itu difailkan jam 3.30 petang tadi dengan meminta kes rayuan itu didengar oleh 11 penal hakim.

Pada 22 Mei lalu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah. -- Berita Harian.

Thursday, June 18, 2009

poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan dinaikkan

Pilihanraya DUN Manek Urai akan menyaksikan poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang selalunya diganding bersama Nik Aziz tidak akan dinaikkan sebagai strategi kempen.

Jentera pilihanraya PAS Kelantan berhasrat hanya menonjolkan poster calon bersama Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar bersama dengan calun PAS di pilihanraya Manek Urai nanti.

Kemungkinan tindakan tersebut ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan - yang hangat diperkatakan dan memberi gambaran dua tokoh sedang bergeser walaupun dinafikan olehTimbalan Pengarah Pilihanraya PAS negeri, Nasir Daud.

Petikan Malaysiakini

Wednesday, June 17, 2009

Satu Nasihat Untuk Nasharudin - Tak mahu dengar tak apa.

Jika Nasharudin teringin mahu jadi menteri melompatlah terus ke UMNO dan jangan meletakkan jawatan sebagai MP Bachok. Rasanya sudah tentu DS Najib akan menawarkan jawatan menteri dalam kabinetnya.

Tidak perlulah Nasharuddin mengheboh hebohkan kerajaan perpaduan iaitu kerjasama antara PAS dan UMNO kerana TG Nik Aziz telah pun berkata bahawa isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi.

Sudah tentu idea peribadi yang dimaksudkan ialah idea peribadi Nasharudin sendiri kerana perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

Dengan cara ini PAS akan terselamat dari cemuhan parti parti komponen Pakatan Rakyat. Rasanya penyokong PAS, PKR dan DAP lebih rela Nasharudin melompat ke UMNO dari melihat Pakatan Rakyat berselisih faham antara satu dengan lain yang mungkin membuatkan UMNO tersenyum riang.


DAP sudah ada ADUN nya (Jelapang) menjadi katak betina, manakala PKR ada 2 orang ADUN nya (Behrang dan Changkat Jering) menjadi katak jantan dan belum ada lagi ADUN atau MP dari parti PAS yang melompat. Jadi demi untuk berlaku adil Nasharudin boleh menjadi katak dan terus melompat ke UMNO.





TG Nik Aziz dah Mula Marah ....Manakala UMNO Berpesta

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

nik aziz angry 170609"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008. Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Tuesday, June 16, 2009

Berhati Hatilah dengan Pujian Najib kepada PAS. Ada udang sebalik Mee.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau percaya PAS jujur berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara kedua parti.

Oleh itu, katanya, Umno akan bersifat terbuka dalam perkara tersebut. Umno, tegasnya, bersedia berbincang dengan PAS mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan. .. Malaysiakini

Alamak ... Isu Kerajaan Perpaduan Lagi ...

Pas haruslah berjaga jaga terhadap pujian pujian yang dilemparkan oleh UMNO. Mungkin ada udang sebalik mee segera.

Sikap memuji, membodek dan terlibat dengan banyak aktiviti yang tidak bermoral seperti menikam kawan dari belakang, merampas adalah permainan mereka. Apa sahaja yang boleh dirampas akan mereka rampas darilah negeri, tanah dan anak dan isteri orang hinggakan kerusi speaker akan dirampas jika ia membawa kelebihan kepada mereka..

Malahan fitnah menfitnah juga adalah makanan dan amalan rasuah adalah cara hidup dan menjadi amalan Jadi jangan terlalu ghairah menerima pujian dari UMNO.

Janganlah percayakan dengan UMNO lagi... yang sudah tu sudahlah . Kepada pemimpin tertinggi PAS hentikanlah isu dan rancangan mengujudkan Kerajaan Perpaduan. Pereratkan lagi perpaduan diantara parti parti Pakatan Rakyat.


Monday, June 15, 2009

Patutnya Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia diusung keluar oleh MP Pakatan Rakyat.

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia menggantung Ahli Parlimen Nizar Jamaluddin dan enam ahli Parlimen lain daripada Parlimen dua hari kerana kononnya melanggar kod baju Dewan Rakyat.

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia sepatutnya diusung keluar oleh MP Pakatan Rakyat sepertimana ADUN BN Perak lakukan Speaker Perak V Sivakumar. Dia juga patut dikunci di dalam bilik kecil sepertimana yang ADUN BN Perak lakukan didalam Persidangan Dewan Negeri Perak.

Kalau nak usung kena usung macam ini ........ni baru adil.

Tahniah Untuk Dato Seri Ir Nizar bin Jamaluddin

Salam TAHNIAH kepada Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin yang akan mengangkat SUMPAH sebagai Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Bukit Gantang pada jam 9.00 pagi ini.

Semoga dengan kehadiran DS di dalam Parlimen akan dapat terus menguatkan suara Pakatan Rakyat

***Tahniah***




Sunday, June 14, 2009

Perbezaan Tuan Guru Nik Aziz dan Tun Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew yang sedang melawat Malaysia selama lapan hari tidak mungkin bertemu beliau kerana "siapalah saya ini"..... Kesiannya Mahathir orang dah lupakan dia.

"Saya tak nampak kenapa beliau akan memohon untuk berjumpa saya. Siapalah saya ini," katanya kepada pemberita Khamis di Kuala Lumpur ketika ditanya sama ada pemimpin kanan Singapura itu berhasrat menemui beliau......Kesiannya Mahathir orang dah tidak hormatkan dia

Manakala Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew (kiri) telah melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS di pejabatnya. Lee, 85, yang juga Bapa Singapura Moden melakukan kunjungan lapan hari ke Malaysia sejak Isnin lepas... Tanda hormat pada Tuan Guru Nik Aziz


Huan Cheng Guan batal hasrat keluar Gerakan

BUTTERWORTH: Naib Presiden Gerakan Huan Cheng Guan, menarik balik hasrat untuk keluar parti selepas mengambil kira pandangan pemimpin dan akar umbi.

Beliau yang juga Naib Ketua Gerakan Batu Kawan membuat pengumuman itu di depan kira kira 50 penyokong di Seberang Jaya di sini, sebentar tadi.


Berita Harian


BERITA DARI BLOGGER 2