Tuesday, June 16, 2009

Berhati Hatilah dengan Pujian Najib kepada PAS. Ada udang sebalik Mee.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau percaya PAS jujur berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara kedua parti.

Oleh itu, katanya, Umno akan bersifat terbuka dalam perkara tersebut. Umno, tegasnya, bersedia berbincang dengan PAS mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan. .. Malaysiakini

Alamak ... Isu Kerajaan Perpaduan Lagi ...

Pas haruslah berjaga jaga terhadap pujian pujian yang dilemparkan oleh UMNO. Mungkin ada udang sebalik mee segera.

Sikap memuji, membodek dan terlibat dengan banyak aktiviti yang tidak bermoral seperti menikam kawan dari belakang, merampas adalah permainan mereka. Apa sahaja yang boleh dirampas akan mereka rampas darilah negeri, tanah dan anak dan isteri orang hinggakan kerusi speaker akan dirampas jika ia membawa kelebihan kepada mereka..

Malahan fitnah menfitnah juga adalah makanan dan amalan rasuah adalah cara hidup dan menjadi amalan Jadi jangan terlalu ghairah menerima pujian dari UMNO.

Janganlah percayakan dengan UMNO lagi... yang sudah tu sudahlah . Kepada pemimpin tertinggi PAS hentikanlah isu dan rancangan mengujudkan Kerajaan Perpaduan. Pereratkan lagi perpaduan diantara parti parti Pakatan Rakyat.


No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2