Wednesday, June 17, 2009

Satu Nasihat Untuk Nasharudin - Tak mahu dengar tak apa.

Jika Nasharudin teringin mahu jadi menteri melompatlah terus ke UMNO dan jangan meletakkan jawatan sebagai MP Bachok. Rasanya sudah tentu DS Najib akan menawarkan jawatan menteri dalam kabinetnya.

Tidak perlulah Nasharuddin mengheboh hebohkan kerajaan perpaduan iaitu kerjasama antara PAS dan UMNO kerana TG Nik Aziz telah pun berkata bahawa isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi.

Sudah tentu idea peribadi yang dimaksudkan ialah idea peribadi Nasharudin sendiri kerana perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

Dengan cara ini PAS akan terselamat dari cemuhan parti parti komponen Pakatan Rakyat. Rasanya penyokong PAS, PKR dan DAP lebih rela Nasharudin melompat ke UMNO dari melihat Pakatan Rakyat berselisih faham antara satu dengan lain yang mungkin membuatkan UMNO tersenyum riang.


DAP sudah ada ADUN nya (Jelapang) menjadi katak betina, manakala PKR ada 2 orang ADUN nya (Behrang dan Changkat Jering) menjadi katak jantan dan belum ada lagi ADUN atau MP dari parti PAS yang melompat. Jadi demi untuk berlaku adil Nasharudin boleh menjadi katak dan terus melompat ke UMNO.





No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2