Friday, April 24, 2009

Zambri Tak Terfikir Jual Camry Membazir

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata ia kerana kereta berkenaan yang baru digunakan antara satu hingga dua bulan dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar, dibeli pada harga sekitar RM158,000 sebuah selepas mendapat diskaun kira-kira RM10,000 seunit daripada pengedarnya.

"Selepas mengambil kira faktor susut nilai serta permintaan di pasaran, saya tidak fikir melelong kereta itu membazir sebab itu kita letak pada harga rizab RM148,00 seunit.

Beli kereta RM 158,000.00 dan jual pada harga RM 148,000.00 tidak membazir ????? Yang kerugian RM 10,000.00 tu apa ????

Jikalau 16 buah kereta jumlah keseluruhannya dah RM 160,000.00.... Yang itu tidak membazir ke ????. ..

Baru 2 bulan pakai ada susut nilai ke .. Itu susut nilai dibuat buat.

Bengaaaaap betul lah ....

Hebatnya Pemimpin Umno

Pemimpin Umno ramai yang hebat hebat kerana mereka susah nak disabitkan kesalahan. Jika terdapat kes kes yang membicarakan pemimpin UMNO dimahkamah atas hal salah laku selalunya pemimpin Umno akan menang.

Jika kes membabitkan pemimpin bukan UMNO atau musuhnya, hukuman tetap dijatuhkan. paling tidak pun atas dasar menyalah gunakan kuasa.

Antara yang pernah dilapurkan dan tiada tindakan salah laku dikenakan atau tiada siasatan dilakukan ialah ..

1. memperkosa gadis bawah umur
2. disyaki menerima rasuah dan memberi rasuah
3. terbabit dengan pembunuhan
4. menderhaka kepada raja
5. ditangkap berkhalwat dengan penyanyi
6. mengedar dadah diluar negeri gunakan van UMno
7. menyalah gunakan duit anak syarikat kerajaan negeri untuk perbelanjaan peribadi
8. menyalah gunakan kuasa dalam pemberian tender dan hutan kayu balak

Mungkin banyak lagi......

Thursday, April 23, 2009

Gobind saman Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Speaker Dewan Rakyat dan Kerajaan Malaysia kerana menggantung beliau selama setahun daripada menghadiri persidangan.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, dan Setiausaha Dewan Rakyat.

Berita Harian

Rasanya pening para hakim Mahkamah Tinggi hendak memutuskan kes saman ini.

Wednesday, April 22, 2009

Apa Dah Jadi Dengan YB Dato Seri Dr Zambri

Tindakan YB Dato' Seri Dr Zambri melelong kereta Toyota Camry amatlah mendukacitakan. Perbuatan ini sepatutnya tidak datang dari seorang ADUN atau MB yang dikatakan berpelajaran tinggi tambahan pula mempunyai PhD.

Maksud tindakan beliau berbuat demikian tidak lain hanya mempunyai perasaan marah dan dengki keatas kerajaan yang menerajui Negeri Perak sebelumnya. Tidak kah ini merugikan ? Adakah beliau berniat untuk membeli Mercedes seperti yang dilakukan oleh kerajaan Trengganu.?Atau berkemungkinan YB Dato' Zambri menghadapi banyak tekanan sehingga tidak dapat berfikir dengan waras aatau kemungkinan telah nyanyok.

Hina sangat kah ADUN dan Exco yang menggunakan kereta tersebut sehinggakan kereta tersebut dianggap seperti najis dan perlu dilupuskan?? Tidakkah SUK atau Pegawai Kewangan Negeri memberi maklumat tentang usia dan atas sebab apa pelupusan kenderaan kerajaan dibenarkan ??

SPRM boleh menyiasat perkara ini ..

...........Biar kulit hitam ..tetapi hati bersih .. jangan semua hitam dan busuk pula.....

Interaksi Pak Lubis dan Dato' Shamsudin Nawawi berkaitan kes Speaker DUN Perak - Sambungan

Dato' Shamsuddin Nawawi (DSN). Political Secretary since 1999 i.e when Tun M was still Prime Minister. Been in legal practice since 1982.

Dato' Shamsudin said

Hahaha Pak Lubis,Kalau masih boleh "think" kira ok lagi lah kan? Kalau dah tak boleh think....dah tak boleh tulis lagi lah...dah sampai ajal!Seriously I "think" tu sebab grounds of judgment belum keluar.

Salam Pak Lubis
April 21, 2009 3:11 PM
Pak Lubis said

Salam Dato' Sham.

"Think" dimaksudkan disini adalah 'fikiran.' Kalau dalam hearing di mahkamah apabila ditanya oleh peguam sesuatu perkara kalau kita kata 'i think" tidak cukup meyakinkan. Kalau peguam yang garang tentunya kita kena herdik. Jawapan yang patut dijawap samaada 'Ya' atau 'Tidak' atau yang seumpamanya. Dato sendiri tentu lebih ariff kerana itu adalah bidang Dato'.

Kalau dah ajal memang kita tidak boleh menulis langsung tetapi adakalanya kita tidak boleh'think" dan seterusnya tidak boleh/dapat menulis kerana tidak tahu apa yang nak ditulis.

Anyway Dato'. Thanks for interaction. Hoping to meet again in another issue and hope that the Ground of Judgement be release for us to have a discussion again.

April 22, 2009 2:14 AM

Tuesday, April 21, 2009

Interaksi Pak Lubis dan Dato' Shamsudin Nawawi berkaitan kes Speaker DUN Perak

Dato' Shamsuddin Nawawi (DSN). Political Secretary since 1999 i.e when Tun M was still Prime Minister. Been in legal practice since 1982.

Dari saya (Pak Lubis)

Thank You DSN.

During my study in ITM and now UiTM from a diploma level to a Degree (not as a law student) but as an accounting student was informed that the Federal Constitution is above all other Act in the Malaysia (correct me if I am wrong).

For the Federal Court which is the highest court in the country to ignore what is mentioned in the Federal Constitution is something that a layman like me is puzzled about. Further, no appeal can be made at another higher court because there is no court higher than Federal Court.

Anyway lets us hope that when the Ground of Judgement is release will clear people understanding of the case.


Balas Dato Shamsudin Nawawi

Pak Lubis,

I dont blame you for understanding the law in that way. It is true that the Consitution is the highest law of the land BUT law must be applied with the facts of the case as I had explained earlier.

Whilst the Federal Ct is the highest Ct in Malaysia, its decision can be reviewed by its FULL Quorum i.e with a panel of 7 judges if the present decision is found to be manifestly or fundamentally wrong.

I dont think the present Fed. Ct is wrong in the decision of the Perak case.

Memang lah kita akan merasa marah kalau keputusan tidak memihak kepada kita. Kita hanya akan berpuas hati kalau kita yang dapat atau menang. Bagi lawyer kalah menang kes adalah perkara biasa...tidak perlu marah2.
Salam

Dari saya (Pak Lubis)

Dato Sham.

Quoting your statement " I dont think the present Fed. Ct is wrong in the decision of the Perak case."

There you are Dato'.. You "think".. You said it. It is only your thinking. To me what is right may not be what you think or what you think is right may not be right.

Quoting you "Memang lah kita akan merasa marah kalau keputusan tidak memihak kepada kita."

Saya tidak pernah merasa marah tetapi hanya sedikit puzzled kenapa Perlembagaan Malaysia diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Saya boleh menerima kalau ia mempunyai asas sperti.. mungkin speaker bertindak di luar persidangan dewan ...

Dato Ahmad Said Batal Lawatan ke Luar Negeri


Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (DAS) telah membatalkan lawatannya ke luar negara sedangkan serba-serbi dah pun diatur.


Adakah DAS takut apabila berada di luar negara DUN akan mengadakan sidang tergempar untuk menjatuhkan nya melalui undi tidak percaya. Perkara ini bole berlaku seperti terjadinya di Thailand.

Nakhoda Zaman dan Satu Malaysia

Selepas Dato Seri Najib dilantik menjadi Perdana Menteri maka riuh rendah dan gegak gempita sekali dengan program pembaharuan yang dicanangkan dalam Umno@BN. Maka munculah slogan Satu Malaysia...menenggelamkan slogan 'Islam Hadhari' sebelum ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkata, Barisan Nasional (BN) mesti mampu menjadi parti 'nakhoda zaman' untuk membawa perubahan kepada negara ini.

Adakah dengan perubahan tampuk kepimpinan dan pembaharuan dalam Umno maka dilantik pemandu ambulan dan guru sekolah rendah layak pengarah anak syarikat kerajaan negeri (GLC) di Trengganu.???? Mungkin ini yang perubahan yang dimulakan oleh Kerajaan Trengganu bagi menyambut saranan PM, DS Najib


Monday, April 20, 2009

Imej Baru Elizabeth


Ini gambar terbaru YB Elizabeth Wong semasa berjumpa Tuan Guru Nik Aziz.

Pandangan Prof Madya Abdul Rani b Kamarudin IIUM

Petikan Dari Laman Marhaen
oleh Naspazi

http://naspazi.multiply.com

Pada pandangan saya,(Dr Abdul Rani) permohonan kesepuluh-puloh permohonan itu bertindih (overlapping) dan mahkamah pada kewajaannya tidak perlu memberikan kesepuloh-puloh permohonan itu. Dengan membatalkan keputusan Speaker Dun Perak V. Sivakumar terhadap Dato Zambry dan 6 Exconya lagi (tersirat dan tersuratnya) adalah tindak-tanduk V.Sivakumar tidak mengikut Undang2. Dua permohonan yang dibenarkan itu sudah cukup (res ipsa loquitor) untuk mereka menghadiri sidang DUN.

Res ipsa loquitor bermaksud, perkara itu menjelaskan sendiri kedudukan perkara berkenaan – tiada perlu nak dibuktikan. Contohnya, jika sampah terdapat didepan rumah A, maka A yang bertanggungjawab terhadapnya melainkan ada bukti sebaliknya (lihat juga seksyen 106 Akta Keterangan – fakta yang dalam pengetahuan seseorang),


Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apa perbezaan diantara “berhenti makan sebelum kenyang” dengan “jangan makan sampai kenyang”? atau air “separuh penuh” dengan “separuh kosong”? Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apahalnya pula mereka tidak boleh hadir?

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
Fakulit Undang2 IIUM

Sunday, April 19, 2009

Sembang Petang Minggu - Akuan Seorang Pemberita

Semasa menghantar anak di salah sebuah IPTA, sempat berkenalan dengan seorang bapa yang turut menghantar anaknya. Berkisar cerita tentang keluarga dan anak anak, beralih kepada isu politik di tanah air.

Beliau bekerja sebagai pemberita dari sebuah akhbar Bahasa Melayu berkata " Kebanyakkan berita yang kami tulis tertakluk suntingan editor. Banyak cerita yang ditulis telah diedit sehinggakan kebenarannya terhakis. "

Katanya lagi "Untuk berita berita politik tanah air kami diarahkan untuk memburukkan parti parti pembangkang dan segala perkembangan baik yang dilakukan oleh parti parti pembangkang tidak dikeluarkan dan sedikit keburukan atau cacat cela di lapurkan dengan besar besaran.

Tambahnya lagi "Seandainya kelemahan parti parti pemerintah kami di arahkan supaya tidak memperbesarkan atau tidak melapur terus, malah kalau terdapat sedikit kebaikan haruslah diberi liputan yang luas. Jika terdapat pilihanraya kecil kami juga bertungkus sambil mencari berita kami turut berkempen menyokong parti pemerintah dalam berita yang kami lapurkan.

"Walaupun ianya salah dari segi etika tetapi kami terpaksa akur terhadap arahan orang orang atasan. Kami bekerja hanya untuk mencari makan." Tambahnya lagi sebelum dia beredar.

BERITA DARI BLOGGER 2